TIGA BELAS

428 86 4
                                    

"Mak?" Saifuddin terkejut melihat Datin Janet.

Saifuddin tidak sangka. Ibu tirinya yang membesarkan dia selepas pemergian ibu kandungnya akibat dibunuh kejam oleh Ahlong. Ternyata, wanita tua itu adalah dalang di sebalik semua ini!

"Kenapa yímā buat macam ni? Yímā setuju dengan saya untuk faraid harta ayah. Kenapa..." Carl termati kata. Dia bagaikan tidak percaya yang Datin Janet, ibu saudaranya kesayangan sanggup lakukan semua ini.

"Sebab memang yímā nak harta tu dari dulu lagi. Orang tua tu bodoh! Dia janji nak bagi semua harta tu dekat aku! Jadi... Biar I ambil hak I." Datin Janet menghalakan pistol tepat ke dahi Carl. Belum sempat dia melepaskan tembakan, Aisya menendang pistol itu hingga jatuh. Kemudian dia menggari tangan Puan Janet. Dan menolak tubuh tuanya hingga jatuh.

"Kan aku dah kata. Dia orang ni bengap," Aisya tersenyum sinis. Konco-konco Datin Janet memandang Saifuddin dan Sofea sebelum tangan mereka naik menghalakan pistol ke arah Sofea. Saifuddin tidak berputus asa memotong  ikatan tali pada kedua-dua tangan Sofea. Dan Carl tangkas menggunakan pisau tajam milik Aisya.

Zup! Zup! Zup!

Belum sempat konco-konco Datin Janet melepaskan tembakan. Seseorang pantas memanah mereka dari arah belakang. Yang tinggal hanya Syed.

Aisya memandang susuk tubuh yang memanah itu dengan senyuman lebar. Alhamdulillah! Rancangan berjalan lancar!

"Nasib baik kau tak belot Aisya, Syed." Suara Mia jelas kedengaran di earphones Syed. Dahi Syed berkerut seketika.

"Belot?" Syed terus memandang susuk tubuh seseorang. Matanya terbeliak melihat manusia yang sangat dikenali.

"Shah?" Suara Syed nak seoktaf. Terkejut apabila adik kembarnya ada di sini. Saifuddin menepuk dahi. Lah... dia marah salah orang!

"Shah yang belot aku rupanya..." Carl mengerlingkan matanya memandang Saifuddin.

"Kesian betul Syed. Kena tuduh jadi pembelot dengan abang sendiri."  Mendengar kata-kata Carl membuatkan Syed mencebik.

"Dari dulu sampai sekarang. Kau masih tak boleh bezakan aku dengan dia?" omel Syed. Shah menghayunkan penumbuknya ke arah Syed. Dengan tangkas, Syed mengelak.

Mereka berdua bergelut sesama sendiri. Penumbuk berlaga penumbuk. Lutut berlaga lutut. Siku berlaga siku. Carl terus mengeluarkan pistolnya. Dahinya berkerut. Tak tahu mana satu Shah!

"Sai! Mana satu Syed ni?" Saifuddin memegang kepalanya. Baju Syed dan Shah sama! Macam mana dia nak bezakan?

"Entah," jawab Saifuddin tanpa rasa bersalah. Carl berdengus geram. Tu je kau jawab?

Aisya mengetip-ngetip kukunya. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Mia! Nak tahu tak? Syed su..."

"Aisya! Jangan!" Muka Syed merona merah. Jangan buat lawak Aisya nak pecahkan rahsianya?

"Dekat situ Shah!" Aisya terus menghalakan jari telunjuknya. Carl terus melepaskan tembakan sebelum Shah menikam Syed.

Tubuh Shah dipenuhi darah. Dia terus rebah di atas lantai.

Penulis: Syafia_Fasihah Syafia_Fasihah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penulis: Syafia_Fasihah Syafia_Fasihah

AMARAH SANG PEWARIS (COMPLETED)Where stories live. Discover now