17

188 31 9
                                    

Soobin tersenyum teduh. Dia duduk bersila di atas pasir yang suam kuku. Kasutnya sudah ditanggalkan dan diletakkan elok di perdu pohon.

5 Disember.

Pada tarikh ini, untuk beberapa tahun sebelumnya, Soobin akan selalu di sini pada hari terbabit. Di pantai ini. Tempat dia meraikan ulang tahun kelahirannya sendiri.

Tak kira peristiwa suka atau duka yang berlaku, dia akan melawat pantai ini dan berbicara dengan hatinya. Sendiri. Buktinya, pada hari graduasinya di sekolah beberapa tahun lalu, dia terus singgah ke pantai ini untuk meraikannya sendiri sebelum pulang ke rumah dengan disambut oleh appanya.

Soobin hanya diam sambil memerhati hempasan ombak yang sesekali menyentuh kulit kakinya. Perasaannya berbelah bahagi. Gembira dan sedih.

Gembira? Tentunya kerana hari ini ulang tahun kelahirannya.

Sedih? Entah, dia pun tak pasti apa puncanya.

" Huff... " Soobin mengeluh perlahan dan kekal diam di tempatnya. Menunduk memandang pasir pantai. Tak menghiraukan suasana yang mulai gelap memandangkan matahari sudah tenggelam.

Dia memejamkan mata, menghayati suasana sunyi yang menimbulkan ketenangan. Ah, bukan sahaja ketenangan, satu persatu memori lama timbul dalam benaknya.

" Nak jumpa eomma " tuturnya dengan suara kecil. Lebih kecil daripada cahaya lampu jalan yang menerangi sekitar pantai yang suram.

Senyuman Soobin memudar. Pelupuk matanya mula berair. Dia berbaring di atas pasir pantai yang tidak berlapik. Menahan lengannya di sebalik sepasang mata yang bakal merembeskan mutiara jernih.

Di sinilah dia sekarang, melampiaskan perasaannya pada deruan ombak pantai dan angin bayu. Membiarkan pepohon yang tumbuh di sekitar menyaksikan tumpahnya air mata.

" Hiks... " suara tangisannya kedengaran cukup perlahan, amat mustahil untuk didengari oleh beberapa pengunjung yang ingin beransur pulang.

Soobin masih dengan posisi sama. Wajah ibunya yang dia ingat ingat lupa dibayangkan. Parah, air matanya kian melebat.

" Janganlah nangis, kan aku dah cakap kita kena kuat "

Satu suara perlahan menyapa pendengaran Soobin. Serentak dengan itu, lengannya disingkirkan dari atas wajah dan matanya dilap dengan jari seseorang.

" Nugu? " tanya Soobin sambil mendongakkan sedikit kepalanya.

Disebabkan cahaya yang menyerang pupilnya secara tiba ii, dia agak menyepetkan mata untuk mengecam seseorang yang kini menunduk dan memandang nya dari atas.

Samar ii kelibatan seorang lelaki yang tak asing wajahnya sedang tersenyum.

" Yeonjun? "

[ C ] freeze ⦂ 𝙮𝙚𝙤𝙣𝙗𝙞𝙣Where stories live. Discover now