1O

213 37 18
                                    

" Jadi saya fikir nak bawa Yeonjun dengan saya. Dah lama dia sendirian dekat sini " ujar Taehyun memulakan bicara. Dia membetulkan duduk di atas sofa di dalam bilik wad Yeonjun.

Soobin mengangguk angguk. Berdasarkan percakapan mereka tadi, Taehyun baru pulang dari luar negara dan dia dari lapangan terbang terus ke hospital.

" Awak yakin nak bawa dia? " tanya Soobin dan Taehyun mengangguk.

" Tapi keadaan dia tak mengizinkan, macam mana kalau nanti dia makin teruk? " mendegarnya, Taehyun tersenyum senget.

" Awak tak kenal dia, Soobin. Dia lagi terseksa kalau tinggal dekat bumi Korea ni " ujar Taehyun serius.

" Maksud awak? " tanya Soobin. Dia mula rasa pelik.

Taehyun memandang wajah Soobin lama membuatkan jururawat muda itu menyedarinya salah bicaranya.

" Ah, maaf. Saya tak sepatutnya tanya soalan peribadi macam tu " Soobin mengucap maaf dan dia berura ura hendak meninggalkan bilik wad dan mengurus urusan pengeluaran Yeonjun.

" Dia trauma " suara perlahan Taehyun menghentikan langkahnya.

" Eh? " Soobin berpusing. Taehyun masih tenang di tempatnya.

" Saya rasa awak layak untuk tahu pasal Yeonjun " Soobin kembali duduk. Entah kenapa dia rasa sangat berminat.

Taehyun menghela nafas pendek. Wajah bulat Soobin yang memancarkan riak bersemangat itu jelas di depan matanya.

" Dia ada dua orang adik. Empat tahun lalu mereka kemalangan dan adik bongsu dia mati di tempat kejadian " ujar Taehyun senafas, seakan akan juara rap.

" A-apa? " ujar Soobin tergagap. Dia tersentak, cukup terkejut dan tiba ii dia rasa sayu.

Taehyun sekadar mengangguk dan memalingkan wajah ke tepi. Juga turut menahan sebak. Dia teringat kembali peristiwa hitam yang memberi kesan besar kepada sahabatnya.

" Macam mana dengan adik dia yang seorang lagi? " tanya Soobin setelah beberapa minit mereka melayan perasaan masing ii.

Taehyun menghapus air matanya kasar dan memandang Soobin dengan wajah tanpa eksperisi.

Seram, ada aura macam Yeonjun.

" Koma 6 bulan dan sekarang dia dah —

Klek!

Yeonjun menapak masuk dengan agak lemah. Matanya terbuka luas ketika melihat susuk tubuh yang sudah lama dirinduinya.

" Tae! " Yeonjun meluru ke arah pemilik nama dan mendakapnya erat.

" Hiks...aku berdosa Tae, aku bersalah! " Yeonjun menangis kencang. Tangisannya dihamburkan pada bahu Taehyun yang mengusap belakangnya.

" Kau tak salah Yeonjun, takdir tak pernah salah alamat " Taehyun mengingatkan. Matanya kini kembali berkaca.

Soobin yang faham situasi sekarang segera beranjak ke pintu. Niatnya nak bagi masa bertenang untuk Yeonjun.

" Soobin "

Soobin melirik ke arah Taehyun yang sudah basah dengan air mata.

" Kalau awak nak tahu, adik dia pun mati selepas doktor matikan mesin bantuan pernafasan "

[ C ] freeze ⦂ 𝙮𝙚𝙤𝙣𝙗𝙞𝙣Where stories live. Discover now