16

204 32 6
                                    

Soobin terduduk lemah di atas kerusi dengan muka sembap. Kai, Jay, Jake dan Sunghoon yang turut sama berada di ruang rehat itu hanya mampu memandang senior mereka dengan tatapan simpati.

Disebabkan Yeonjun dah discharged, Soobin automatik tiada pesakit jagaan dan doktor senior dah buat keputusan supaya Soobin jadi tutor dekat kumpulan jururawat pelatih tersebut.

" Hyung janganlah sedih gini, aku pulak nak nangis " Kai membuat muka sedih, dengan bibir dia macam itik.

" Sedih huhuhu... " Soobin kembali menekup mukanya dengan tapak tangan.

" Nak pelukkk " Kai merapatkan tubuhnya pada Soobin.

" Jommm " Soobin membalas dan mereka sama ii berpelukan sambil menangis. Mengabaikan Jay, Jake dan Sunghoon yang penat tengok kelakuan pelik makhluk di depan mereka.

" Hyung, bila kita nak —

" Shh, biar dia tenang dulu " ujar Jake, memintas percakapan Sunghoon. Tak lupa dengan tangannya menekup mulut pemuda Park tersebut yang mencuba tabah. Jay yang malas melayan membuat keputusan untuk tidur sekejap.

Hampir setengah jam, Soobin mula menjalankan tugas sebagai seorang tutor.

" Kajja, pelajaran pertama bermula sekarang! " ujarnya semangat sambil berjalan keluar dan disusuli empat jurutawat pelatih tersebut.

Soobin menerangkan satu ii peraturan dan prosedur terbabit dengan cermat, melupakan fakta kesedihannya sebentar tadi. Dia membimbing kesemua anak didiknya dengan baik dan profesional, sejajar dengan tanggungjawab yang diberi. Tepat pukul enam petang, syif mereka berakhir.

" Terima kasih hyung! " ucap ketiga tiganya kepada Soobin dan dibalas anggukan beserta senyuman arnab oleh Soobin. Kesemuanya mula beransur ansur meninggalkan bangunan hospital mewah tersebut.

Sewaktu menunggu bas, Soobin mendapat pesanan ringkas daripada appanya.

" Appa balik lambat hari ni, jangan lupa makan dulu "

Soobin membalas pesanan tersebut. Dia menukar perancangan memandangkan bapanya akan pulang lewat.

" Yeonjun... " perlahan, nama itu meniti di bibirnya. Ingatannya kembali melayang pada memori ii sebelumnya.

Soobin menampar pipinya perlahan dan bergegas menaiki bas yang sudah berhenti. Dia membuang pandang ke luar tingkap, cuba membuang rasa sedih. Usai sahaja bas berhenti di hentian berikutnya, dia turun dan berjalan ke satu arah.

Suasana hampir senja sangat menenangkan. Soobin mengeratkan jaket tebal di badannya dan menikmati pemandangan yang jarang dirasainya sejak bergelar pelajar jurusan perubatan beberapa tahun yang lalu.

Setelah hampir sepuluh minit berjalan, dia tiba di destinasinya. Pantai.

Soobin berjalan perlahan ke gigi air dan berdiri memandang ke arah laut. Rambutnya yang disinari cahaya senja beralun ditiup angin bayu.

" Saegil chukahaeyo, choi soobin "

[ C ] freeze ⦂ 𝙮𝙚𝙤𝙣𝙗𝙞𝙣Where stories live. Discover now