21

173 27 35
                                    

Flashback

17 Mac, 2OXX

Selekoh tajam di sebuah jalan kini menjadi tumpuan orang ramai. Sebuah kereta mewah keluaran baharu tersadai di tengah jalan dengan rupa yang rosak teruk.

Polis, bomba dan pihak perubatan bertungkus lumus menyelamatkan mangsa kemalangan ngeri tersebut.

Tiga orang lelaki berpakaian seragam lengkap terbaring di atas jalan raya dengan masing ii berlumuran darah dan tidak sedarkan diri. Mereka mengalami pendarahan serius, terutamanya yang paling muda.

Secepat kilat, berita ini tersebar luas ke seluruh bumi Korea. Berita dan akhbar mula membincangkan isu hangat ini dengan tajuk ' putera bongsu keluarga konglomerat terkorban nahas kemalangan jalan raya'.

Semua warga menerima berita mengejut ini dengan berbagai reaksi begitu juga dengan sepasang suami isteri yang baru mendarat di bumi Korea dengan menaiki private jet.

" Doktor! Mana anak bongsu saya? Dia masib hidup kan? " wanita anggun yang sudah sembap matanya mengasak pakar perubatan di depan matanya. Kondisinya tidak terkawal dengan air mata yang bercucuran.

" Maaf puan, putera bongsu anda, Choi Beomgyu sudah menghembuskan nafas terakhirnya pada -

" APA DOKTOR CAKAP NI? ANAK SAYA MASIH HIDUP! "

" Yeobo! Anak kita dah tak ada! Jangan buat macam ni! "

" Oppa pun sama? Kenapa semua cakap Beomgyu dah mati? Dia tak mati! "

Jururawat di hospital itu dengan cekap menyuntik ubat penenang kepada isteri Tuan Choi yang semakin tak terkawal dan membawanya ke bilik VVIP di sana.

Tuan Choi menangis dalam diam. Air matanya lekas diseka.

Dalam sekelip mata, anak bongsunya meninggalkan keluarganya.

[ C ] freeze ⦂ 𝙮𝙚𝙤𝙣𝙗𝙞𝙣Where stories live. Discover now