chapter 3

218 18 0
                                    

[University Skyler]

Aku mengorak langkah meninggalkan Felix yang masih berdiri ditepi keretanya sambil memerhati aku yang menuju kedalam bangunan universiti. Aku sengaja tidak mendengarkan panggilan Felix.

" Evelyn!!" Panggil Felix dengan kuat apabila panggilannya tidak disahut oleh Evelyn.

Aku menutup telinga aku lalu dipenjamkan mata dengan harapan Felix tidak memanggil aku lagi.

Felix terdiam apabila melihat Evelyn tidak mendengarkan dirinya.

Mata Felix merenung jasad Evelyn sehingga hilang disebalik kerumunan pelajar yang ramai.

_________

Aku memasuki kedalam kelas lalu menghampiri meja belajar aku namun entah kenapa, ramai mata yang fokus kepada diri aku. 

Sampai sahaja di meja, aku pun duduk dan meletakkan beg hitam aku diatas meja lalu mengeluarkan buku-buku yang aku bawa untuk bahan rujukan.

Namun hati aku mula rasa tidak sedap apabila mereka semua masih memandang diri aku  seakan aku ada buat salah.

" Kenapa?" Soal aku dengan suara yang tersekat-sekat kepada mereka.

Mereka hanya menggeleng lalu menumpukan perhatian pada perkerjaaan mereka.

Aku menunduk lalu menggenggam erat tangan yang menggigil.

Tidak lama kemudian, pensyarah mula masuk dan sesi pengajaran mula diteruskan seperti biasa.

" Ouh Evelyn, saya tahu awak tak beberapa sihat semalam. So sekarang dah baik sikit ke?" Soal Sir Kyle dengan prihatin apabila matanya dapat menangkap kehadiran aku pada hari ini.

Aku hanya mengangguk lalu mencuba untuk senyum.

Melihat respon aku, Sir Kyle menyambung semula sesi penerangannya.

Setelah 1 jam berlalu, kuliah pun habis dan para pelajar mula beransur-ansur keluar dari kelas. Namun mata mereka masih diam-diam melihat kearah aku.

Aku yang masih tidak tahu apa-apa yang berlaku ni, mula merasakan sesuatu yang buruk mesti akan berlaku.

Melihat sekumpulan wanita menghampiri aku membuatkan aku menunduk kebawah.

Ya, mereka yang buatkan aku basah dengan air sampah hari tu!!

Kenapa? Kenapa nasib aku malang sangat?!!

Baru sahaja aku ingin lari dari situ, pergerakan Aku tiba-tiba kaku dan tidak boleh bergerak.

Aku mencuba untuk bangkit dari kerusi tersebut namun usaha aku tidak membuah hasil.

" Hai Evelyn, kenapa tu? Ada masalah ke?" Soal Catherine dengan senyuman dibibirnya.

Aku mengeluh berat apabila menyedari kerusi aku sudah diletakkan gam kuat!!!

" Nak kitaorang tolong tak?" Soal Oliver pula sambil tersengih memandang aku yang masih cuba bangkit.

" Kenapa korang buat aku macam ni ..." Tanya aku dengan hati yang sakit. Ramai mata-mata yang hanya mampu melihat aku dibuli tapi tak nak tolong pun!!!

" Kenapa? Kitaorang saja jer nak usik-usik kau. Lagipun hari tu kau tak datang kan, bosan lah. Tak ada orang yang boleh nak kacau." Perli Dayana pula dengan muka yang kerek.

"Tolong aku...." Rayu aku dengan air mata yang mula mengalir. Hati aku mula resah apabila aku lansung tak boleh nak bangun. Seluar aku dah melekat dekat kerusi.

Mereka bertiga hanya ketawa melihat aku mula merayu namun mereka tidak mengendahkan. Catherine tiba-tiba mengeluarkan satu bekas makanan lalu diletakkan diatas meja aku.

𝐆𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀 (OG) Where stories live. Discover now