chapter 14

167 10 0
                                    

Kaizen memberi satu rakaman bukti kepada inspektor lelaki tersebut dengan tenang.

Inspektor itu mengambil kamera hitam tersebut dengan muka yang serius. Rakaman tersebut dimainkan.

Kaizen hanya bersandar dengan tenang memandangkan masanya tidak lama lagi.

" Apa tujuan awak?" Soal Inspektor tersebut setelah selesai melihat rakaman tersebut yang jelas membuktikan Kyle serta Xavier yang menggunakan dadah.

Kaizen tersenyum lebar. "Saya rasa Inspektor dah tahu kenapa." Keluh Kaizen.

" Siapa jer nak benarkan manusia busuk macam dorang berbuat suka hati?" Perli Kaizen dengan senyuman sinis.

Inspektor tersebut hanya mengganguk lalu satu fail kuning dikeluarkan.

" For your information, pihak kami dah buat siasatan kes ni, ada mangsa yang bernama Evelyn Claude yang menjadi mangsa kepada Kyle dan Xavier juga. Bukan sahaja terlibat dengan kes dadah namun terlibat dengan kes pembulian. Kami dapat laporan ini sebab student dekat fakulti awak yang buat laporan." Keluh inspektor tersebut dengan formal kepada Kaizen.

Kaizen hanya mendiamkan diri mendengarnya.

" So, saya nak awak terus terang, awak tahu lagi ke siapa mangsa pembulian dalam kes ni?" Soal inspektor tersebut yang hanya ingin mengukuhkan bahan buktinya itu memandang orang dihadapannya itu merupakan saksi.

" Of course. I know." Jawab Kaizen dengan mata yang dibulatkan lalu satu senyuman terukir.

" Kawan saya sendiri yang jadi mangsa, so itu sebab saya datang ke sini bawak bukti." Jawab Kaizen lalu dihulurkan lagi satu cip kamera kepada inspektor tersebut.

Inspektor tersebut pantas mengambil cip kamera itu lalu dimasukkan ke dalam kamera tadi. Rakaman tersebut dimainkan.

Dalam rakaman itu, terserlah perbuatan Kyle dan Xavier yang membuli Hyung di dalam kelas serta di luar fakulti.

Inspektor itu tersenyum sinis.
" Saya tak pernah dapat bukti yang kukuh macam ni. You want to get revenge right? Saya dah kerja lama dalam bidang ni, so saya dah faham sangat. Okay! thanks sebab sudi beri kerjasama. Pihak kami akan bertindak dalam masa terdekat." Ucap inspektor tersebut. Kaizen hanya tersenyum lebar.

" You're welcome."

_____________

Hyung merenung telefonnya lalu di buka kotak mesej dan dibuat satu pesanan untuk Oliver.

" Oliver, I tunggu dekat cafe fakulti."

" Cafe? Gosh you pakai baju apa? Ramai ni dekat cafe ."

" I pakai baju dark blue. I duduk dekat meja tepi taman. You just came here okay. I wait you." Hyung menutup phonenya dengan nafas yang cuba di kawalnya.

" Kau text siapa?" Perli Kyle kepada Hyung sambil menikmati makanannya itu.

" Ke awek? Orang macam kau pun ada awek ke Hyung? So disgusting you know." Perli Xavier lalu ditepuk-tepuk belakang badan Hyung.

Kyle dan Xavier memang suka ajak Hyung duduk semeja bila mereka makan tengah hari sebab senang dorang nak suruh buat kerja.

Hyung hanya tersenyum kecil.
"Aku ada awek lah." Jawab Hyung dengan malas.

Kyle serta Xavier terdiam lalu mereka berdua mula tergelak kuat sehingga student yang berada di cafe memerhati mereka bertiga.

𝐆𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀 (OG) Where stories live. Discover now