chapter 2

274 18 4
                                    

" hari ni tak payah pergi universiti." Larang Claude dengan muka yang dingin kepada anaknya itu sambil membersihkan pistol kesayangannya itu.

Evelyn merenung kearah tangan ayahnya yang ligat membersihkan pistolnya itu.

"Why?" Soal Evelyn dengan muka yang tiada perasaan.

Claude menoleh memandang kearah anaknya itu lalu pistolnya diletakkan diatas meja dengan perlahan-lahan.

" You ask why?" Tanya Claude dengan senyuman dibibirnya.

Evelyn menggangguk.

Claude mengeluh lalu dihampiri wajah Evelyn dengan selamba.

" Dengar sini Evelyn, Ibu kau telefon ayah semalam cakap tentang kau. Kau nak tahu apa dia cakap?" Bisik Claude lalu direnung mata coklat anaknya itu.

Evelyn menelan air liur.

" Evelyn, jangan susahkan aku." Bisik Claude lalu diusap rambut panjang Evelyn.

" Patut ke seorang ibu cakap dengan anak macam tu?" Soal Claude semula lalu menyambung semula perkerjaaan yang tergendala sebentar tadi.

Aku terdiam dan aku menggenggam erat tangan aku menahan rasa sakit.

" Ayah tak ajar kau benci ibu kau Evelyn, but kau dah besar, kau dah boleh nampak mana yang salah dan betul. Ibu kau yang buat keputusan untuk tinggalkan kita." Pesan Claude sambil ditilik pistol ditangannya itu.

" Ibu tinggalkan kita sebab perkerjaaan ayah sendiri." Bisik aku dengan suara yang menggigil.

Claude terdiam lalu tangannya terhenti apabila mendengar kata-kata dari anaknya itu.

" Mungkin perkerjaaan ayah dimata ibu kau nampak hina, tapi ayah tak paksa Evelyn untuk tinggal dengan ayah." Keluh Claude lalu direnung Evelyn dengan senyumannya yang tawar.

Evelyn mengalirkan air matanya apabila melihat air muka ayahnya berubah.

" Tapi ayah bersyukur, Evelyn still nak tinggal dengan ayah. Sebab ayah dah tak sesiapa lagi dekat dunia ni. Ayah cuma ada Evelyn. Tapi in case Evelyn dah buat keputusan, ayah takkan paksa." Kata Claude lalu disambungkan semula kerjanya.

" I'm so sorry father." Keluh Evelyn apabila menyedari kesilapannya.

Claude tersenyum mendengarnya.

" Get rest my dear, dah sihat baru pergi kuliah, jangan fikir ayah tak tahu apa yang berlaku." Pesan Claude lalu direnung wajah aku.

Aku hanya mendiamkan diri sambil menahan renungan tajam Claude.

" Jangan bagi ayah campur tangan. If ayah ditempat Evelyn, i will make sure dia mati." Warning Claude lalu satu senyuman diberi.

Evelyn pantas menggangguk lalu meninggalkan bilik ayahnya dengan wajah yang pucat.

________

Evelyn memerhati Felix dan rakan-rakannya yang lain meluangkan masa dengan latihan di gudang besar milik Claude.

mata Evelyn leka memerhati gerak geri Felix yang lincah bermain dengan pedang ditangannya itu.

Melihat pihak lawan yang tertekan dan tersudut dengan pukulan dari Felix membuatkan pihak lawan terpaksa mengundurkan diri kebelakang menahan serangan.

Felix hanya tersenyum lalu membalas serangan secara bertubi-tubi apabila melihat kawannya mulai lengah dan memberi sedikit ruang.

"Come on Levi!" Jerit Felix dengan hati yang suka apabila melihat Levi tersenyum sinis.

𝐆𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀 (OG) Where stories live. Discover now