chapter 8

177 16 1
                                    

Aidan menongkat dagu sambil matanya galak melihat manusia yang berjalan-jalan di hadapannya itu.

Melihat manusia sibuk dengan pekerjaan masing-masing demi sesuap nasi untuk diri dan sekeluarga membuatkan Aidan teringatkan ahli keluarganya yang dah lama pergi meninggalkan dunia.

Kehidupan yang suram masih diteruskan walaupun kehidupannya sangat sempurna sekarang.

Aidan terus menerus merenung walaupun air di dalam cawannya sudah habis.

Baru sahaja Aidan ingin meneguk air, baru dia tersedar yang cawannya sudah kosong.

Aidan melepaskan keluh lalu bangkit meninggalkan cafe tersebut setelah membuat bayaran.

Aidan berjalan melewat kedai-kedai disitu sambil menikmati permandangan di hadapannya itu.

disebabkan kesejukkan yang menikam tulang, Aidan berniat ingin duduk di salah satu bangku untuk memanaskan badan. Cuaca di situ pada waktu malam memang membeku jiwa Aidan yang sedia ada suram Dan dingin.

Sedang Aidan duduk, matanya menangkap seorang kanak perempuan yang berumur dalam lingkungan 10 tahun berjalan sambil membawa satu bakul roti.

Melihat wajah kanak-kanak tersebut yang comot dan penat, menyebabkan Aidan tertarik, dengan pantas Aidan memanggil kanak tersebut.

Kanak itu Mula menghampiri Aidan dengan wajah yang ceria.

" Nice to meet you sir, do you want to buy chocolate bread?" Soal Kanak itu dengan ceria.

Aidan tersenyum kecil lalu digosok rambut perang milik kanak tersebut.

" How much? "

" 2 euro." Jawab Kanak tersebut dengan senyuman.

Aidan pantas mengeluarkan dompetnya lalu diberikan 2 euro kepada kanak tersebut.

Kanak tersebut mengambil duit yang diberikan oleh Aidan dengan senyuman gembiranya itu.

" Here your bread, sir." Hulur Kanak itu satu roti coklat yang comel ke tangan Aidan.

Aidan merenung roti comel tersebut lalu satu senyuman terukir di bibirnya namun melihat kesan lebam di bawah mata Kanak tersebut membuatkan senyuman Aidan hilang.

" you looking for what sir?" Soal kanak itu dengan pelik namun melihat Aidan hanya mendiamkan diri, Kanak itu hanya melambai mesra lalu dibawa bakul rotinya yang masih penuh itu.

Aidan menggengam erat roti comel itu lalu di ikuti kanak tersebut dari jauh.

Setelah hasil menjual selama berjam, Kanak itu mula pulang dengan wajah yang pucat apabila hasil jualannya berbaki 3 roti yang comel dari 20 roti yang dijualnya tadi.

Kanak itu melalui satu lorong sempit dan di situ Aidan dapat melihat kawasan perumahan yang berderet ditepi jalan.

Kanak itu membawa bakul tersebut lalu mengetuk pintu tanda dia sudah pulang dari kerjanya itu. Aidan berselindung disebalik pokok.

" I'm back!!" Laung budak itu dengan kuat sedikit.

Selang beberapa saat, muncul seorang lelaki dengan tali ditangannya itu.

" Hasil jualan macam mana? Kau dapat habiskan tak?" Soal lelaki itu dengan muka yang serius.

Budak itu menunduk ke bawah apabila menyedari salahnya.

" Ada 3 roti lagi..." Jawab budak itu dengan takut.

" Kau tahukan, kalau hasil jualan tak habis, kau tak boleh balik?!" Soal lelaki tersebut dengan serius.

𝐆𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀 (OG) Where stories live. Discover now