chapter 10

197 11 0
                                    

Hari ke-2:

" Wey kau tahu tak yang Catherine dah rapat dengan Felix?" Bisik pelajar wanita ke kawannya itu.

" Kau biar betul? Catherine memang semua dia nak rembat ek?" Perli kawannya pula.

" Dia target yang kaya jer. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh rapat dengan Felix tu?" Bisik pelajar wanita itu.

Kaizen yang kebetulan berdiri disitu ingin mengambil buku di dalam loker, hanya memasang telinga. Satu senyuman terukir dibibirnya.

Baru sahaja Kaizen ingin menutup lokernya, mata Kaizen jatuh pada Hyung yang baru sampai ke pintu masuk Universiti dengan pakaian biasanya.

Serius dia kata, penampilan Hyung yang sekarang berbeza dengan penampilan dia yang semalam. Rambut Hyung kembali menutup ke bawah menyebabkan mereka tidak dapat melihat muka Hyung dengan jelas.

Namun Kaizen pernah melihat wajah penuh milik Hyung malam tadi. Sekali imbas perwatakan Hyung yang sekarang menampakkan dirinya pendiam dan tidak suka di kacau.

Melihat Hyung lalu di hadapannya, dengan cepat Kaizen mencuit bahu Hyung yang lebih tinggi dari Kaizen.

Hyung menoleh ke kiri dan Kaizen tersenyum lebar.

" Kelas kita sama kan, Jom pergi sama-sama." Ajak Kaizen lalu berjalan  seiring dengan Hyung.

Hyung hanya mendiamkan diri walaupun banyak mata yang memerhati mereka berdua.

" Macam mana semalam? Okay?" Soal Kaizen.

Hyung hanya mendiamkan diri namun Kaizen dengan pantas menepuk belakang badan Hyung supaya bersuara.

" Semuanya okay." Jawab Hyung dengan nada terpaksa.

" Ha kan boleh bercakap tu." Perli Kaizen lalu pintu kelas dibuka untuk Hyung.

" Goshh. Kau ingat aku budak kecik Kaizen?" Tegur Hyung yang mula panas dengan perangai Kaizen.

Kaizen hanya ketawa kecil lalu ditolak badan Hyung supaya masuk ke dalam kelas. Hyung mengeluh kecil namun keluhannya bertambah apabila dua orang lelaki yang tidak mahu dilihat akhirnya muncul.

" Hei Hyung." Tegur Kyle dengan senyumannya sambil duduk diatas meja Hyung selamba, manakala Xavier berdiri disebelahnya.

" Long time no see, macam mana dengan muka kau? Dah okay?" Soal Kyle yang sengaja memegang wajah Hyung.

Hyung menepis tangan Kyle dengan hati yang malas. Melihat mata pelajar yang hanya mampu melihat dari jauh membuatkan hati Hyung muak.

" Kau nak aku buat apa lagi? Kau nak duti kau kena curi lagi ke?" Perli Hyung lalu duduk di kerusi walaupun wajah Kyle dan Xavier mula berubah.

" Disebabkan duit aku kena curi lah, aku nak kau buat kerja tambahan sikit. Takkan aku nak lepaskan kau macam tu jer." Perli Kyle lalu ditunjal kepala Hyung selamba.

Kaizen yang baru sahaja duduk disebelah Hyung mula mengeluh kasar apabila orang yang ditargetnya mula muncul dihadapan mata.

" Excuse me." Celah Kaizen dalam perbualan mereka dengan selamba.

Kyle menoleh ke sebelah lalu direnung lama wajah Kaizen.

" Kau budak baru kan?" Soal Kyle yang pandang Kaizen atas bawah.

" Yes I'm . So korang ni kawan Hyung ke?" Soal Kaizen yang pura-pura tidak faham.

Kyle dan Xavier ketawa kecil mendengarnya. " Girl look at this, ada ke kawan yang main tunjal-tunjal kepala member? Like this." Perli Kyle sambil ditunjal kepala Hyung berkali-kali.

𝐆𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀 (OG) Where stories live. Discover now