chapter 11

162 11 0
                                    

Hari ketiga:

" Bagus! Kali ni kau buat kerja clean eh?" Puji Kyle lalu ditepuk-tepuk bahu Hyung sambil tersengih-sengih. Xavier pula memeriksa barang yang dipesannya lalu satu senyuman terukir di bibirnya.

" Good job." Puji Xavier lalu dipandang sekeliling mereka.

" Kau tahu ke apa dalam beg ni?" Perli Xavier dengan senyuman sinis.

Hyung hanya tersenyum sinis. " Kau rasa?" Soal Hyung semula.

Xavier dan Kyle hanya ketawa besar lalu direnung lama wajah Hyung.

" Aku nak kau tutup mulut kau okay. Biar pecah perut, jangan pecah mulut kau tu. Faham?" Ugut Kyle lalu ditepuk-tepuk semula pipi Hyung lalu meninggalkan Hyung seorang diri di belakang bangunan kuliah.

" Kau nampak tak Catherine? Aku tak nampak muka dia lansung?" Soal Kyle kepada Xavier dengan muka yang tenang.

" Kau tak tahu ke minah tu dah tergila-gilakan mamat baru tu? Dasar- perempuan sundal-" perli Xavier dengan muka malas.

Kyle hanya tersengih sinis. "Catherine tu barang jer. Barang pakai buang. Dia buang orang lepas dia dah pergunakan orang tu. Kau tengok jerlah nanti." Perli Kyle dengan  selamba.

Hyung yang masih berdiri disitu hanya mengeluh kecil lalu muncul Kaizen dibelakangnya.

" So settle?" Tegur Kaizen dengan tenang.

" Settle." Jawab Hyung.

" Kaizen, aku nak tanya ni?" Soal Hyung lalu mereka berdua bergerak meninggalkan kawasan tersebut menuju ke bilik kuliah memandangkan mereka masih ada satu subjek yang tinggal pada petang itu.

" Apa?"

" Macam mana dengan Felix? Erm maksud aku macam mana dengan plan dia tu?" Soal Hyung yang sedikit risau memandangkan dia terdengar kata-kata dari perbualan mereka tadi.

" Ouhh Felix?" Jawab Kaizen namun Kaizen hanya mendiamkan diri apabila wajah Felix terngiang-ngiang di fikirannya.

" Dia sibuk. Jadi aku tak tahu apa yang dia tengah buat sekarang." Jawab Kaizen lalu satu senyuman terukir dibibirnya.

" Aku bukan apa, aku terdengar perbualan Kyle tadi, Catherine tu jenis suka tinggalkan lelaki. Senang kata permainkan hati lelaki." Pesan Hyung yang risau.

Kaizen hanya tersengih. "Kalau betul pun, dia silap orang nak cari pasal." Keluh Kaizen.

Hyung terdiam lalu mengganguk tanda setuju.

" It's okay pasal Felix tu, sekarang...kita dah ada bukti, jadi kita kena bukti yang kukuh lagi." Pesan Kaizen lalu dikeluarkan satu kamera kecil hitam. Hyung hanya mendiamkan diri.

_________

Kaizen berdiri di hadapan salah seorang lelaki yang tinggi lampai dengan wajah yang tenang lalu dihulurkan kamera kecil hitam kepada lelaki tersebut.

" Ada upah tak? Kalau tak ada upah, aku tak nak buat." Kata lelaki itu yang dikenali sebagai salah satu ahli pasukan atlet Universiti sama dengan Kyle dan Xavier.

Kaizen hanya mengganguk lalu dihulurkan satu sampul surat warna coklat kepada lelaki tersebut. Sampul surat itu dibelek isinya.

Lelaki itu menelan air liur. " Wait- terlalu banyak." Kata lelaki tersebut dengan wajah yang sedikit terkejut.

" It's okay, just take it. Janji kau buat apa yang aku suruh tadi. Deal?" Pesan Kaizen lalu direnung tajam mata lelaki tersebut.

Lelaki itu hanya mengganguk lalu disimpan sampul surat tersebut.

𝐆𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐏𝐔𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐀 (OG) Where stories live. Discover now