BAB 16

248 3 0
                                    


Mata Mya Zara menjeling ke arah telefon bimbitnya yang asyik bergetar sejak dari tadi di atas meja. Panggilan yang datang sungguh mengganggu fokusnya untuk menyudahkan menulis soalan tutorial di atas papan putih. Ada lebih kurang 5 minit berlalu, bunyi getaran berhenti. Tak lama kemudian, ia berbunyi lagi.

"Cik Mya, Cik angkatlah dulu call tu. Dari tadi dok bising aje, tak dapat kami nak fokus salin soalan. Boyfriend Cik Mya call kot! Angkat je, kami pura-pura tak dengar."

Mya Zara menoleh ke arah datang suara. Zakri pula dengan bersahaja tayang sengih. Memang tabiat si Zakri ni kan. Tiap kali ada kelas, tak sah kalau tak dengar suara dia mengusik. Mya Zara hanya membalas usikan itu dengan senyum yang akhirnya mati bila matanya bertembung dengan mata Luqman yang tajam memandangnya.

"Pandai awak teka ye Zack. Mana awak tahu, boyfriend saya call?" Sengaja Mya Zara melayan kerenah Zakri yang masih kekal dengan sengihan.

"Akim yang beritahu. Dia kata, Cik Mya ada boyfriend. Doktor Is kan?" Riuh dan gamat tiba-tiba kelas itu bila mendengar pengakuan Zakri. Mya Zara pula hanya tersenyum sebelum menggeleng kepala melihatkan gelagat seisi kelas. Pantas telefon bimbitnya di atas meja dicapai. Betul bagai diteka, memang Iskandar rupanya yang buat panggilan dari tadi.

"Kejap ye kelas, saya angkat call dari Doktor Is."

Mya Zara keluar dari kelas itu untuk menjawab panggilan Iskandar. Makin gamat kelas tutorial itu dibuatnya mendengar pengakuan tutor mereka. Masing-masing sibuk memperkatakan gosip baru tentang tutor mereka dengan pensyarah muda fakulti mereka itu. Ramai yang bersetuju mengatakan mereka berdua sepadan.

Luqman pula hanya mendengar dengan penuh rasa meluat. Entah apa yang padannya mereka berdua, dia pun tidak tahu. Zakri di sebelahnya pula, rasa mahu di sekehnya. Pandai-pandai saja dia mengaitkan dirinya dengan gosip Mya Zara. Sesekali hatinya rasa sakit dengan berita itu. Cemburu? Ahh.. Tak mungkin! Atas alasan apa dia mahu cemburu? Kenal sahaja pun taklah berapa lama mana.

Tidak lama kemudian, Mya Zara masuk semula ke bilik tutorial itu. Kelas senyap seketika bila Mya Zara kembali menulis di papan putih.

"Cik Mya, betul ke Doktor Is tu boyfriend Cik Mya?" Dalila yang memang suka duduk di barisan paling depan kelas tiba-tiba bertanya. Mya Zara hanya senyum.

"Awak pun percaya gosip Zakri tu ya Dalila?" Dalila sengih, lantas menoleh ke belakang kelas. Zakri di belakang tayang memek muka seakan-akan menyuruh Dalila mempercayai kata-katanya.

"Kalau betul pun, apa salahnya. Memang padan pun!" Sekali lagi kelas itu gamat dengan suara mereka. Ada yang bersiul, ada yang menyanyi lagu 'selamat pengantin baru' dan ada juga yang membuat bunyi kompang kahwin. Mya Zara cuba menenangkan mereka, tapi tak berjaya. Ramai juga yang mengucapkan tahniah pada dirinya.

Luqman terasa punggungnya panas untuk terus berada di situ. Lebih-lebih lagi, melihatkan tingkah Mya Zara yang seakan-seakan selesa dan suka dengan gosip itu.

Siap mengemas buku-buku dan fail, dia bingkas bangun mahu beredar.

"Bro, aku keluar dululah. Pening kepala bising-bising macam ni. Jumpa tempat biasa." Bahu Zakri di tepuknya perlahan. Luqman berlalu keluar ikut pintu belakang, tapi sempat ditangkap oleh mata Mya Zara.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"LUQMAN."

Langkah Luqman terhenti bila namanya dipanggil sewaktu dia melewati pejabat am pagi itu. Tanpa perlu menoleh, sudah dapat diagak siapa gerangan yang menegurnya.

KAHWIN GANTI EXTENDED VERSIONWhere stories live. Discover now