BAB 3

275 6 2
                                    


Hasrat Luqman nak golek-golekkan diri atas katil hujung minggu itu, tak berjaya. Seawal subuh, Nuha dah buat hal. Dikejutnya Luqman bangun untuk turut sama solat jemaah di bawah. Lepas sahaja sarapan bersama, di paksa pula ikut dia pergi pasar beli barang masak padahal menurut Luqman peti ais dah cukup penuh dah dengan barangan yang baru di restock dek abah semalam. Boleh pula yang tak ada dalam peti ais tu yang dicarinya untuk jadi menu malam nanti iaitu Lala.

"Kereta Nuqman ada dekat rumah budak opis akak. Ini telefon Nuqman, Luqman pegang ye! Akak dah siap caj dah," beritahu Nuha waktu mereka berhenti minum sebentar di Kopitiam.

"Apehal pulak nak pegang-pegang bagi ni kak? Telefon yang satu ni pun selalu merata adik tinggal..."

"Adik lupa ye? Luqman dan Nuqman sekarang ni orang yang sama."

Luqman melongo seketika. Mujur air di hadapannya belum dicicip. Kalau tidak, dijamin meleleh keluar bila mendengar kata-kata Nuha yang dah serupa perintah tadi.

"Adik rasa, adik tak ada setuju apa-apa semalam. Macam mana pula adik boleh jadi ala-ala telefon dua simcard ni? Akulah Luqman, aku juga Nuqman?" soal Luqman lambat-lambat.

"Suka tak suka, kena setuju jugak!"

"Eh apa ni kak. Mana boleh macam tu. Adik ni adik lah. Dia, dia."

"Dia tu siapa? Bukan abang kembar awak ke bertuah oi? Dan dia juga bakal suami Zara."

"Pastu?"

Nuha ketap bibir menahan geram. Luqman ni kan, hisyhhhh. Saja buat-buat lupa ke apa? Rasanya semalam dah cukup jelas dia ceritakan segalanya. Cuma perancangan lebih terperinci sahaja belum dikhabarkannya.

"Adik tak payahlah nak pura-pura hilang ingatan sementara ke apa. Akak dah cukup letih ni memikir apa nak jadi kalau adik tak mahu bagi kerjasama."

"Aippp. No! No! No! Akak patut seram memikir kesan jangka masa panjang dari idea meletihkan akak ni. Kalau abah dengan ummi tahu, macam mana? Kalaupun adik setuju dengan idea mengarut akak ni, sampai bila akak nak rahsiakan dari semua orang? Nuqman tu manusia bukannya kucing yang kalau hilang sekalipun tak akan dicari beria. Itu belum ambil kira perempuan tu lagi. Mahu terduduk dia kalau tahu yang dia kahwin dengan adik Nuqman, bukan Nuqman."

"Akak tahu tu tapi akak tak ada pilihan..."

"Siapa kata tak ada? Nuqman dah buat pilihan dia untuk tak teruskan majlis ni dengan cara dia sendiri walaupun nampak kejam dan memalukan. Kenapa kita perlu beria bagi dia pilihan lain? Benda yang dia sendiri biarkan untuk jadi, buat apa kita halang?"

Nuha terdiam seketika. Kata-kata Luqman tadi ada betulnya juga tapi kalau apa yang berlaku tak seperti yang mereka sangka? Barangkali Nuqman diculik ke, macam mana? Nanti kalau dia dah selamat dilepaskan, waktu itu baru nak adakan semula majlis? Majlis yang dah dirancang, macam mana pula?

"Let's make a deal," cadang Nuha tiba-tiba dengan kening dijongket berkali-kali.

"Make sure it worth it," balas Luqman bersahaja sekadar bercanda. Dah sah-sah dia tak akan terima pun idea gila semua ni tapi saja nak dilayankan saja rentak kakaknya.

"Adik jadi Nuqman sampai Nuqman balik semula..."

"And..."

"Tu... Kereta Swift buruk tu akak tukar pada dream car adik... Amacam? On tak on?"

"Mazda CX3?"

"Uh uh. Yang edisi terkini pun akak sanggup bagi," balas Nuha sambil tersenyum separa kemenangan bila umpannya nampak macam hampir mengena. Luqman tersandar sebentar dibuatnya. Serius? Selumayan itu yang dia akan dapat untuk dia jadi Nuqman buat sementara?

KAHWIN GANTI EXTENDED VERSIONWhere stories live. Discover now