Luqman mengeluh panjang. Badannya diluruskan di atas katil. Penat ! Penat sungguh melayan perangai Arissa yang terlebih manjanya. Ada ke patut semalam diajaknya bermalam di hotel? Memang dia jatuh kategori lelaki playboy, tapi dia bukan jenis yang buaya atau tupai. Asal ada peluang, terus terkam atau tebuk.
Tidak cukup dengan keluhan, dengusan pula dia lepaskan. Kemudiannya muka pula jadi mangsa luahan perasaannya bila ditutup dengan bantal. Mata cuba dia pejamkan. Giat dia berusaha untuk menenangkan fikirannya yang sedikit kusut.
"Ha... Baru balik? Aku ingat kau tak balik malam ni. Ni kenapa pulak mengeluh panjang? Awek lari lagi?" . Luqman hanya memandang kosong ke muka Fakrul.
"Tak adalah. Aku rasa penat sikit." Fakrul senyum sinis mendengarkan jawapan cliché Luqman.
"Itulah, aku dah berapa kali nasihat kau. Dari kau tabur duit dekat perempuan-perempuan tu baik kau tabur pada perempuan yang confirm kau nak jadikan isteri. Apa yang kau buat sekarang ni, kau bukan dapat apa. Dapat penat je!"
Luqman tersengih sebaik saja Fakrul melabuhkan punggungnya di hujung kaki katilnya. Tu dia... Fakrul dah nak mula ceramah malam dah!
"Alah bro... Relaxlah. Duit arwah abah aku banyak. Sampai cucu aku pun belum tentu habis kot."
"Itu aku tau, tapi kau tak rasa membazir ke labur pada benda yang kau bukan nak sangat pun. Apa yang kau dapat dari belanja perempuan-perempuan tu? Cuba beritahu pada aku." Luqman mendengus kasar. Adoyaiii Fakrul ni, macam tak kenal dia pulak. It's all about fun bro!
"Aku cuma nak berseronok sajalah bro. Nanti dah kahwin, nak kena jaga isteri, jaga anak. Masa inilah aku nak enjoy, jumpa dan kenal ramai orang. Dapat juga aku meluaskan pandangan dan pengalaman hidup."
" Oooo... Sekadar ambil pengalaman sajalah ni? Hmmmm... Ikut kau lah Akim. Emmm... Akim, aku ada benda nak tanya kau ni." Perlahan pula nada suara Fakrul kali ini. Suspens pula rasanya.
"Apa hal pulak ni? Nak pinjam duit?" Fakrul geleng laju.
"Sudah tu, nak pinjam kereta? Ambil je. Aku tak kisah." Geleng lagi. Ehh Fakrul ni, kena penyakit apa pula ni? Sawan geleng?
"Kau rasakan Akim, Cik Mya tu sesuai tak jadi calon isteri aku?"
"Aduh !!" Luqman menjerit kecil bila punggungnya terjatuh ke atas lantai dari atas katil.
"Ehhh... Kau okey ke Akim ? Kenapa kau baring hujung katil sangat?" soal Fakrul sambil cuba membantu tapi Luqman halang dengan isyarat tangan.
"Aku okey. Aku okey." Luqman naik semula ke atas katil. Dia cuba menenangkan dirinya dari soalan Fakrul dengan menarik nafas panjang. Tak terjangkau dek akal pula soalan itu yang bermain di fikiran sahabatnya itu selama ini.
"Apa kau tanya tadi? Tentang Cik Mya ye? Emmm... Kau memang serius ke berkenan dekat dia ni?" Fakrul angguk laju. Ada senyuman di hujung bibir. Pipinya sedikit kemerahan. Mungkin malu hendak mengakui rasa hatinya.
"Serius la bro. Pernah ke kau tahu aku ni berkenan pada mana-mana perempuan selama kita dekat kampus ni? Tak ada kan? Kita pun, berbaki beberapa bulan saja lagi nak tamatkan pengajian. Lepas ni, dah boleh mula cari kerja sementara menunggu tarikh konvokesyen. Lagi pun nak kenal hati budi bukan setakat sehari dua kan? Kalau dah berkenan, kenalah mulakan langkah dari sekarang. Bukannya hari ini kenal esok dah menikah," luah Fakrul panjang lebar.
Luqman terdiam seketika. Terasa pula dia dengan kata-kata Fakrul tadi. Tak ubah macam apa yang berlaku pada dia tapi kes dia dan Mya Zara lagi haru. Sekadar tahu nama, kenal orangnya waktu nak menikah. Kamikaze sungguh!
YOU ARE READING
KAHWIN GANTI EXTENDED VERSION
RomantizmVersi baru novel tahun 2012 dengan tajuk Kahwin Ganti. READY STOCK. Untuk dapatkannya boleh ke Facebook akaun Aifa Batrisya @ shore Aifa Batrisya.