TSI 08

5.5K 596 11
                                    

Adrian duduk menghadap computer dengan skrin yang menyala di hadapannya. Sebelah tangan memegang erat mouse manakala sebelah lagi menanggalkan gaming headphone daripada kepalanya lalu diletakkan pada stand di tepi. 

Badan disandarkan sepenuhnya pada kerusi yang terdapat logo Secret Lab. 

"Kenapa aku teringatkan pasal dia?" soal Adrian sendirian. 

"No Ad!" secara tiba-tiba dirinya menidakkan sesuatu. Mouse dicampak perlahan di atas meja. 

Tangan laju menyambar iPhone yang terletak di atas meja bersebelahan keyboard. Jari menyentuh kanta carian Instagram lalu menaip sesuatu pada permukaan skrin. 

"Sya'A. What a weird name?" ujar Adrian sendiri.  

Entah apa yang merasuk dirinya untuk melihat akaun Instagram milik gadis itu sedangkan dia baru sahaja berjumpa dengan gadis itu. Aura, ya aura gadis itu terlalu misteri baginya.  Satu gambar menarik perhatiannya, sama seperti tempoh hari gambar gadis itu bersama Syafiq Edwin atau mesra dengan panggilan Syaf. 

"Sya'a, Syaf" tutur Adrian. 

Bam!

Telefon diletakkan secara kasar di atas meja semula. 

"Jangan sibuk Ad" ujar Adrian lalu bangun meninggalkan tempat duduknya. Agaknya hantu apa yang telah masuk ke dalam badannya.

Aira menghempaskan badannya di atas katil sambil tangan memegang telefon pintar yang melekap pada cuping telinganya. 

"This is crazy!" adunya sambung menendang ke udara. 

"Bagus juga dia buat macam tu dekat kau" balas pemanggil di hujung talian. 

"What? Are you mad!" marah Aira. 

Syaf bertindak menjauhkan telefon daripada telinganya. Tidak pasal-pasal cacat pendengaran pula akibat jeritan anak singa milik Aira. 

"Habis tu sampai bila kau nak pergi sekolah pakai macam tu? Bukan aku je sakit mata"

"Shut up! You are not helping me at all" marah Aira lalu menukar posisinya kepada duduk. 

Syaf mencampakkan tuala yang digunakan untuk mengeringkan rambutnya di atas kerusi. 

"Sya listen. Semua tu dulu Sya. Kalau orang nak kawan dengan kau sebab popularity. Tak semua orang sama, Sya" tutur Syaf. 

Dia yakin, Aira masih dihantui oleh kejadian yang berlaku dua tahun lalu. tetapi dia tidak mahu Aira terus begitu. Hidup dengan bukan imej sebenarnya. 

"Hello, Sya" panggil Syaf. 

Telefon yang dipegang Aira jatuh ke bawah tetapi panggilan masih belum dimatikan. 

"Aira" panggil Syaf lagi. 

Syaf melihat skrin telefon pintarnya, panggilan masih disambungkan. 

"Siapa? Kakak kau?" tegur rakan sebilik Syaf iaitu Amirul. 

Panggilan dimatikan Syaf apabila melihat Amirul. Dipandang wajah kawannya kemudian mengangguk. 

Adrian melangkah masuk ke dalam kelas. Keadaan di kelas masih belum dipenuhi dengan pelajar lagi mungkin kerana masih awal. Mata jatuh memandang seorang gadis yang duduk di tempatnya sambil menatap buku sebagai bahan bacaannya. 

Aira mengangkat wajahnya apabila dirasakan ada mata yang memerhatinya. Segera Adrian melarikan pandangannya lalu berjalan ke tempat duduknya. Dari tempat duduknya, Adrian masih melihat Aira yang duduk di barisan hadapan. Baginya kewujudan Aira di dalam kelas itu juga membawa satu misteri. Bukan setakat itu sahaja malah, rata-rata pelajar yang menuntut di sekolah ini mempunyai latar belakang yang berpengaruh. Melihat Aira, dia merasakan sesuatu yang tidak kena. 

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now