Aira mengacau minumannya sesekali mengerling ke arah skrin iPhone 12 Pro Max yang sesekali menyala. Mungkin notification dari Instagram.
"Mana dia ni?" soalnya geram diikuti dengan keluhan. Jam tangan dilihat. Jam menunjukkan tepat jam 9 malam. Maknanya orang itu sepatutnya sudah berada di hadapannya sekarang. Namun, hampa.
"Sorry sorry. I know I'm very late" ucap lelaki yang tiba-tiba muncul lalu meminta maaf daripadanya bersama kedua-dua tangan dirapatkan.
"Prep?" tebak Aira menyandarkan belakang badannya ke kerusi. Nadanya mengendur atau lebih tepat menahan rasa marah.
"Tak. Ada meeting dengan team basket" balas Syafiq. Kali ini dia benar-benar perlu minta ampun daripada kakak kembarnya kerana sudah lambat setengah jam dari masa yang dijanjikan.
"It's okay. Kau order la. My treats" tutur Aira malas ingin besarkan masalah yang kecil.
Selesai sahaja Syafiq memesan makanan, dia kembali memandang Aira.
"Papa dengan mama?" soalnya.
Malam itu dia sengaja mengajak Aira untuk makan malam bersamanya kerana dia tahu kedua-dua orang tua mereka selalu sibuk dengan kerja mereka. Aira pula tinggal berseorangan di rumah banglo besar itu. Orang gaji mereka hanya akan datang untuk mengemas dan memasak jika disuruh oleh Puan Sri Ara. Kesian pula apabila memikirkan Aira selalu makan berseorangan tanpa teman.
"Papa pergi Bangkok. Mama pula ada kerja dekat PD" balas Aira bersahaja. Kerana dia sudah peka dan biasa dengan semua ini ketika menginjak ke usia 15 tahun. Biasa sangat apabila ditinggalkan di rumah. Cuma yang berbeza dahulu Syafiq ada bersamanya tetapi sekarang dia sendirian. Syafiq pula berada di asrama.
Malas memikirkan soal orang tua mereka yang sibuk bekerja buat menyara mereka berdua, Syafiq dan Aira hanya berbual sambil menjamu selera.
22:35
Badan dihempas ke katil.
Ting
syxf_edwin tagged you in a post
Pantas jari Aira menyentuh notification yang baru sahaja keluar.
syxf_edwin
syxf_edwin Sorry sebab lambat 🙏 but thanks for understanding me. She knows me the best. At my worst and my best
Aira tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya. Ada-ada sahaja adiknya itu. Tidak pasal-pasal isu itu akan menyebabkan orang lain akan salah faham. Ini juga adalah salah satu muslihat adiknya untuk mengelak daripada dikacau oleh perempuan-perempuan di luar sana. Sempat juga matanya membaca beberapa komen negatif yang terlalu khas buat dirinya. Tetapi hanya dibiarkan sahaja. Instagram, hak semua pengguna untuk bersuara.
Adrian POV
Tuala yang digunakan untuk mengesat peluh yang mengalir, aku campak ke tepi. Punggung dilabuhkan di atas lantai. Telefon dihidupkan.
Suhu persekitaran mini gym ini sedikit sebanyak dapat mempercepatkan proses pengeringan t-shirt sleeveless-ku yang sudah lencun dengan peluh.
Akaun Instagram dibuka. Laju jariku meng-scroll post yang di-update oleh followings-ku. Tetapi jariku tiba-tiba terhenti apabila mataku jatuh pada satu post. Iaitu post Syaf atau lebih tepat Syafiq Edwin. Dan perempuan yang bersamanya pula ialah— Sya'a? Gambar itu kelihatan mereka sangat rapat.
Mataku jatuh pula membaca caption yamg terpapar di bawah post itu. Kini bukan sahaja mereka kelihatan dalam gambar, malah caption lelaki itu menunjukkan mereka mempunyai hubungan yang istimewa.
Pelbagai persoalan menjengah ke fikiranku. Tanpa membuang masa aku membuka profile Syafiq. Sejujurnya aku jarang stalk profile orang lain walaupun mereka ialah instafamous kecuali kawan-kawanku.
Bagaikan terkejut, hampir separuh post di akaun lelaki itu ialah gambar mereka berdua. Dilihat juga gambar raya Shafiq yang diambil tahun lepas, sangkaanku tepat apabila terlihat Sya'a dalam gambar tersebut. Laju jariku menekan username Sya'a yang di-tag oleh Shafiq.
Di akaun milik Sya'a yang misteri itu juga, aku terlihat beberapa gambarnya bersama Shafiq. Nampaknya dua instafamous ini sangat rapat. Ada juga aku terbaca beberapa komen pada gambar-gambar itu, tetapi tiada pula spekulasi yang mengatakan mereka bercinta. Banyak yang mengatakan yang mereka ini hanya berkawan rapat.
'Wait Ad. Yang kau sibuk-sibuk nak tahu ni kenapa? Gila ke?'
Cepat-cepat aku mematikan telefon pintarku lalu bangun. Entah jin apa yang merasukku untuk mengambil tahu soal perempuan itu. Punggung kuangkat lalu berjalan keluar dari mini gym dan naik ke bilik untuk membersihkan diri.
07:30
Adrian berjalan di koridor utama seperti biasa laluan yang digunakan untuk ke kelas. Sesekali dirinya ditegur oleh beberapa pelajar perempuan. Teguran mereka hanya dibalas dengan anggukan kecil kepala atau senyuman pendek.
"Ad" langkah lelaki itu terhenti apabila mendengar namanya dilaung. Sepanjang laluan koridor itu bergema. Mata ditala ke hadapan. Figura itu berjalan ke arahnya sambil mengangkat tangan ke udara.
"Syaf? Why are you here man?" kata Adrian sedikit terkejut tetapi masih menyambut tangan lelaki yang disebut Syaf itu lalu bahu mereka berlaga.
"Basketball thingy" balas Syaf bersama tawa kecil. Adrian mengangguk. Baru sahaja semalam dia men-stalk lelaki ini, pada hari ini mereka bertemu empat mata. Such a coincidence? Syaf? Syafiq Edwin, lelaki yang berada di dalam gambar bersama Sya'a itu.
"Aku gerak pergi class dulu. Nanti roger okay" kata Adrian sambil menepuk belakang bahu Syaf. Syaf hanya mengangguk lalu memerhati bayang lelaki itu hilang.
"Syafiq Edwin" serentak Syaf menoleh ke arah suara yang memanggilnya selepas bayang Adrian hilang di balik dinding.
Bunyi derapan tapak kasut semakin menghampiri figura yang tinggi lampai yang masih berdiri statik di tempatnya. Syaf dengan sebaik mungkin menahan ketawanya dari terlepas.
"Hahaha. You're funny" akhirnya terlepas juga tawa lelaki itu.
"Damn you" marah suara yang memanggil namanya sebentar tadi. Syaf masih lagi tidak reda dengan tawanya. Malas mahu melayan dia mengangkat kaki untuk pergi.
"Sya'Aira Errissya!" jerit Syaf. Serentak Aira berpaling lalu menghadiahkan pandangan maut kepada lelaki itu. Manakala Syaf hanya berlagak tenang.
Malas mahu melayan, Aira berlalu pergi menuju ke kelasnya. Daripada dia melayan kerenah lelaki itu, lebih baik dia belajar.
TBC
YOU ARE READING
The Secret Instafamous✓
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis yang sangat merahsiakan status sebenarnya. Big spek, nerd? Itulah imejnya di sekolah. Namun, tanpa disedari dialah seorang hotstuff di Instagram dan juga anggota ahli kumpulan budak-budak hot yang datang dari seko...