"Dia la doe yang ada kawan-kawan instafamous juga tu. Oh my God I can't believe, instafamous AdIsyraf is here" Aira hanya mendengar perbualan pelajar perempuan yang duduk di meja sebelahnya.
Pelajar baharu yang dikenali sebagai Adrian Isyraf sebentar tadi kini menjadi perbualan hangat kelas 6 Alpha sebaik sahaja habis masa Puan Mahani mengajar. Jejaka itu pula mengambil tempat duduk di meja belakangnya. Nasib baik bukan di sebelahnya yang tersedia kosong dari awal tahun.
Spek bulatnya dibetulkan. Mata masih difokuskan pada skrin MacBook Air walaupun telinganya mendengar rata-rata pelajar perempuan di kelas itu sibuk untuk berkenalan dengan Adrian Isyraf di belakangnya. Argh, serabut! Sesekali terasa bahunya ditolak-tolak oleh pelajar perempuan yang berkerumun di meja Adrian.
Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Aira cuba menenangkan dirinya.
"Woi woi diam sikit boleh tak. Ingat sikit dekat orang lain" perli Jason. Perlian jejaka chinese yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu itu membuatkan pelajar perempuan yang bertandang ke meja Adrian menjelingnya.
Namun jejaka itu tidak mempedulikan semua itu.
"Apalah nasib aku" Aira mengeluh perlahan.
Sejujurnya dirinya juga tertarik untuk berkenalan dengan jejaka kacak itu tapi entah mengapa dia hanya mengusir niatnya itu jauh-jauh. Di sekolah ini, tiada langsung yang mahu berkawan dengannya. Dia nerd siapa je mahu berkenalan. Tetapi rata-rata pelajar lelaki di dalam kelas ini yang sudah menjadi classmate-nya dari Form 1 hingga ke hari ini, semuanya mengambil berat tentangnya. Tidak langsung mempedulikan gaya nerd yang ditampilkan. Sebaliknya, pelajar perempuan hanya menganggapnya sebagai halimunan dan dirinya sering dijadikan mangsa buli kumpulan paling diva di sekolah ini.
Sesi pembelajaran mereka bersambung kembali buat masa ketiga. Terbantut terus peminat-peminat Adrian mahu bersembang dengan idola mereka.
Kring
Loceng waktu keenam berbunyi iaitu loceng yang menandakan waktu rehat. Yang pasti masa yang ditunggu-tunggu semua untuk merehatkan minda mereka. Aira menyusun buku-bukunya lalu diletakkan di dalam lavi meja. Macbook dimatikan.
"Aira!" sangat tubuhnya bangun dari kerusi, namanya dipanggil kuat.
Matanya dipejam kejam. Giginya diketap. Sungguh dia menyampah akan suara itu. Manakala yang lain meninggalkan kelas seorang demi seorang.
"Woi kau dengar tak aku panggil kau ni" dahinya ditunjal kasar.
"Apa?" sahut Aira malas.
Dalam diam, ada mata lain yang memerhati kejadian itu.
"Hah ada pun suara nak jawab. Ingat dah bisu" sindir Melinda. Punggungnya dilabuhkan di atas meja milik Aira tanpa izin tuannya.
"Macam biasa" arahnya.
Aira mengeluh.
"Apa kata awak beli sendiri? Asyik nak suruh orang je" bentak Aira. Kali ini dia malas lagi untuk menghambakan diri kepada diva paling gedik di sekolah, Melinda Sakura.
Sekali Aira menghabiskan kata-katanya, Melinda menolak kasar kepala itu. Aira menggenggam penumbuknya.
"Berani kau nak melawan? Sedarlah kau tu nerd layak jadi hamba aku je" berkali-kali kepala gadis itu ditolak-tolak tanpa belas kasihan.
"Stop!" suara itu mematikan pergerakan Melinda.
Aira mengangkat kepalanya memandang empunya suara yang tiba-tiba masuk campur. Bala?
'Adrian Isyraf?' kening Aira bertaut. Mengapa pula dengan lekaki ini?
Adrian sudah lama memerhati kejadian itu dari mula. Perempuan bernama Melinda itu dipandang sepi. Muka cantik tapi sayang atittude ke laut.
Melinda terus berdiri tegak apabila melihat jejaka itu berjalan menghampirinya. Dia terpaku buat seketika.
"Handsomenya" tanpa sedar dia memuji lelaki itu perlahan.
Tepi bibir Adrian terangkat apabila mendengar pelajar perempuan itu memujinya. Manakala yang seorang lagi hanya memandangnya kosong tanpa perasaan. Kawan Melinda, Emily yang berdiri di sebelahnya pantas membisikkan sesuatu apabila dia teringat akan berita yang menggemparkan sekolah baru-baru ini.
"Dia bukan ke instafamous AdIsyraf tu? Adrian Isyraf nama dia" bisik Emily.
"WHAT?!" terkejut bukan kepalang lagi Melinda apabila mendengar kata-kata Emily sebentar tadi. Matanya memandang semula lelaki tadi. Dia tergamam. Matanya membulat.
"Oh my God it's true. You're Adrian Isyraf tu kan? That instafamous. Hye I'm Melinda" tanpa malu dia menghulurkan tangan kanannya. Manakala tangannya kirinya memintal hujung rambutnya. Jelas menunjukkan gaya gedik di situ.
Adrian memandang sepi huluran salam itu lalu memandang Aira yang mendiamkan diri dari tadi.
"Kau pergi la rehat. Yea boleh tunjukkan aku cafeteria dekat mana sekali" ujar Adrian. Melinda sudah dianggap tidak wujud.
Mati terus segala imaginasi Melinda. Tangannya ditarik kembali. Aira di sebelahnya dipandang tajam.
"Let's go" lengan blazer Aira ditarik tanpa amaran oleh lelaki itu. Aira mendengus geram. Suka-suki insurans lelaki ini sahaja mahu menarik lengannya.
Melinda menghentak-hentak kakinya tanda geram. Lagi bertambah amarahnya apabila Adrian menarik Aira pergi begitu sahaja.
"She just a nerd" teriak Melinda geram. Namun, tiada siapa di situ selain Emily sahaja.
Adrian melepaskan lengan Aira apabila mereka sudah turun ke tingkat bawah menggunakan lif.
"So—"
"Thanks" tutur Aira malas. Dia ingin segera beredar.
Adrian sedikit terkejut kerana pelajar perempuan yang dikatakan nerd itu baru sahaja memintas percakapannya.
"Kau memang type bad girl nerd atau buat-buat nerd?" soal Adrian memandang wajah Aira sekilas. Tiada apa yang menarik. Hanya kelihatan bintik-bintik hitam di bahagian bawah mata. Kemudian, spek besar gadis itu merimaskannya.
"Saya pergi dulu. Awak kalau nak pergi ke cafeteria follow line purple dekat lantai ni" pamit Aira segera beredar. Dia tidak mahu terlibat dengan pelajar lelaki itu.
"Woi woi nerd" panggil Adrian apabila Aira berjalan pergi. Namun, sedikit pun gadis itu tidak menolah malah tubuh itu hilang apabila dia membelok ke kanan.
"Pergh budak nerd ni. Seriously?" Malas mahu memikirkan soal nerd itu dia pun mengikut line purple yang dilekatkan di atas lantai sebagai petunjuk. Akhirnya, tiba di cafeteria.
TBC
YOU ARE READING
The Secret Instafamous✓
TienerfictieMengisahkan tentang seorang gadis yang sangat merahsiakan status sebenarnya. Big spek, nerd? Itulah imejnya di sekolah. Namun, tanpa disedari dialah seorang hotstuff di Instagram dan juga anggota ahli kumpulan budak-budak hot yang datang dari seko...