Aira menguap sewaktu masuk ke dalam perut kereta Alphard milik keluarganya.
"Penat Cik Aira?" soal Pak Hamid melihat anak gadis itu melalui cermin pandang belakang.
"Sikit. Oh Pak Hamid saya ada date la dengan Amalin dekat cafe biasa tu" tutur Aira lembut. Baru sahaja dia membaca teks pesanan yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp oleh Amalin. Gadis itu mahu bertemu dengannya sebentar apabila tamat sesi persekolahan.
Lelaki lebih separuh abad itu mengangguk. Kereta dipandu dengan berhati-hati meninggalkan kawasan sekolah dan menuju ke destinasi yang diarahkan oleh anak majikannya. Bukan selalu anak perempuan Tan Sri Shazley ini menyuruhnya menghantar dia ke mana-mana. Selalunya perkhidmatannya hanya digunakan untuk menghantar serta mengambil gadis itu dari sekolah. Untuk aktiviti harian, Aira akan memandu sendiri.
Kling
Loceng yang tergantung pada pintu masuk cafe berbunyi menandakan ada pelanggan yang datang.
"Ad sini!" laung Fekry sambil mengangkat tangannya. Adrian tersenyum pendek. Lagi-lagi apabila ada mata-mata yang memandangnya.
Langkah Adrian mati apabila terlihat seorang gadis yang duduk di hadapan kawannya. Pelik. Setahunya Fekry tidak mempunyai teman wanita selepas putus dua bulan lalu. Seragam sekolah masih tersarung pada tubuh gadis itu kemas. Perlahan-lahan gadis yang duduk di hadapan Fekry itu mengangkat wajahnya.
"Amalin yang kita jumpa haritu dekat mall. Kawan Asya" tutur Fekry menarik lengan Adrian untuk duduk di kerusi sebelahnya.
"Oh yea"
Amalin hanya menguntum senyuman. Niatnya untuk menunggu Aira di situ tiba-tiba Fekry pula datang menegur. Melihat pakaian sukan yang dipakai lelaki itu tahulah dia yang Fekry baru habis latihan.
"Macam mana first day sekolah baru?" soal Fekry sekaligus menepuk perlahan bahu kawannya.
"So far so good. Sekolah tu student dia elok-elok je" balas Adrian. Matanya jatuh pada Amalin yang hanya mendiamkan dirinya.
"You ada tunggu orang ke?" soal Adrian ramah.
"Haah kawan—"
"Oh tu dia" mata Amalin bertembung dengan Aira yang sedang berjalan menghampiri meja.
Tetapi reaksinya sama seperti Adrian sebentar tadi. Matanya dialihkan ke arah dua jejaka yang duduk membelakanginya. Isyarat mata dihantar kepada kawannya. Fekry dan Adrian berpusing serentak.
"Macam familiar" ujar Fekry sewaktu melihat wajah kawan Amalin tersebut.
Adrian juga berpendapat yang sama di dalam hatinya. Aira mengambil tempat duduknya di sebelah Amalin dan berhadapan Adrian. Dirinya terkejut. Nasib baik blazer telah ditanggalkan bersama barang-barang penyamarannya yang lain. Rambut dibiarkan lepas.
"Macam mana diaorang ada dekat sini?" bisik Aira perlahan.
Amalin hanya mampu membalasnya dengan senyuman.
"Hah! Sya'a? Kan?" suara Fekry menyentakkan mereka berdua. Adrian juga turut sama terkena tempiasnya. Mahu ditepuk sahaja kawannya ini.
"Ah— haah" balas Aira.
"Seriously? Sya'a, instafamous yang misteri tu?" Fekry mula menyoal lagi.
Aira mengangguk lagi.
"Dia one of the Crown" sampuk Amalin. Terus Fekry beralih ke arah gadis itu.
"Seriously?"
YOU ARE READING
The Secret Instafamous✓
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis yang sangat merahsiakan status sebenarnya. Big spek, nerd? Itulah imejnya di sekolah. Namun, tanpa disedari dialah seorang hotstuff di Instagram dan juga anggota ahli kumpulan budak-budak hot yang datang dari seko...