Syaf memberhentikan keretanya di bahu jalan. Stereng kereta dihentak kasar. Aira berpaling memandang Syaf lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Diri mengeluh kecil.
"Can you just stop, Syaf? Benda dah lama" tutur Aira. Serentak, Syaf memandang Aira dengan wajah tidak percaya.
"Sya, dia tak berhak treat kau macam tu. Kau tak layak untuk dia. You deserve better, Sya'Aira" tegas Syaf. Ash bukan lelaki yang sesuai buat kembarnya.
Aira memandang Syaf.
"Yes, I know but bukannya dekat majlis orang. I never expect pun akan jumpa dia dekat situ. It's a long time ago already" balas Aira tidak mahu memanjangkan lagi masalah itu kerana semua itu adalah masa silamnya.
Adrian meletakkan kunci keretanya di atas meja lalu menarik kerusi yang terletak elok pada meja belajarnya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya. Fikirannya masih belum melupakan apa yang terjadi tadi, semasa berada di majlis ulang tahun kelahiran Nik.
"Ash" mulutnya menyebut sepotong nama. Laju jari-jemarinya menaip di atas permukaan skrin telefon pintarnya.
"Kiara International High School" mata terarah pada gambar Ash yang sedang memakai uniform rasmi Sekolah Tinggi Antarabangsa Kiara, sekolah yang menempatkan kebanyakan pelajar yang datang dari luar negara dan juga pelajar daripada golongan keluarga kenamaan.
Segera dia menghubungi Fekry apabila teringat akan sesuatu. Dia mahukan kepastian.
"Hello Fekry"
"Hah kau nak apa? Baru lepas jumpa takkan dah rindu" seloroh Fekry bersama tawa kecil.
"Not funny. I want to ask you about Syaf"
"Hah kenapa dengan Syaf?" soal Fekry pelik. Mengapa Adrian tiba-tiba mahu bertanya soal Syaf pada lewat malam ini?
"Sebelum dia pindah, dia sekolah dekat mana?" soal Adrian.
"Syaf? Oh, dia dari KIH. You know Kiara International High School" balas Fekry.
Mendengar jawapan daripada Fekry, masa Adrian dirasakan terhenti. Fekry melihat skrin telefonnya apabila Adrian tiba-tiba senyap, takut ada gangguan pada panggilan mereka tetapi tidak.
"Hello, Ad?" panggil Fekry.
Adrian tersedar dari lamunannya.
"Okay thank you bro" segera panggilan dimatikan.
Belakang tubuh Adrian bersandar pada kerusi gaming. Telefon diletakkan di atas meja.
"Semuanya dah terjawab" tutur Adrian.
Dirinya kembali pada kejadian Ash dan Syaf bertikam lidah di majlis Nik, tidak ketinggalan ekspresi wajah Sya'a yang dilihatnya.
"Kau pun sama la macam aku Syaf!"
"Apa? Aku sama macam kau?"
"Yes. Kalau bukan sebab Sya'a, orang tak kenal la siapa kau, Syaf"
Jika Ash dan Syaf dari Kiara International High School jadi kemungkinan besar Sya'a juga pernah bersekolah di situ. Semua itu tidak mustahil untuk terjadi dengan apa yang dimiliki Sya'a. Tetapi sudah pasti gadis itu sudah tidak menuntut di situ lagi mengenangkan apa yang telah berlaku tadi.
Adrian memandang kosong skrin monitor yang gelap di atas meja belajarnya.
'Apa kaitannya kau dengan Syaf, Aira?'
YOU ARE READING
The Secret Instafamous✓
Novela JuvenilMengisahkan tentang seorang gadis yang sangat merahsiakan status sebenarnya. Big spek, nerd? Itulah imejnya di sekolah. Namun, tanpa disedari dialah seorang hotstuff di Instagram dan juga anggota ahli kumpulan budak-budak hot yang datang dari seko...