Nowadays, I don't understand why people always adore all those title that end with —famous. And obviously it's Instafamous. World wide application that used by everyone or million people around the world.
And teens are prone to use this application. Of course it's 'Instagram'.
Among students, up-to-date teachers ugh should I just make it short, 'all'. I don't know what is so special about that title end with —famous.
"Aira"
Aku menoleh sambil membetulkan spek bulatku. Sedang elok aku mengelamun tiba-tiba namaku diseru.
"Ya saya" tuturku.
"Cikgu suruh kau hantar buku dekat meja dia" ujar Alif selaku ketua tingkatan.
Aku hanya mengangguk. Siapa aku mahu mengatakan tidak. Hrm.
Aku kembali melihat ke arah sekumpulan pelajar perempuan kelasku yang duduk berkumpul di satu meja sambil melihat gambar seseorang?
Aku juga tidak pasti. Tetapi jika dilihat dari gaya yang agak menggelikan aku itu rasanya benar.
"Gosh kenapa dia handsome sangat"
"Melting aku tengok gambar dia hari-hari"
Aku yang mendengar sudah melepaskan tawaku.
Sejurus itu mereka terus memandang ke arah seperti aku ialah mangsa kepada binatang karnivor.
"Kau gelak apa budak nerd?" soal Melinda.
Aku terus menutup mulutku.
"Woi aku tanya kau la budak nerd"
Melinda terus melangkah menghampiriku. Serentak itu, rambutku ditarik kebelakang.
"Sakit" jeritku sedikit kuat membuatkan satu kelas memandang ke arah kami.
"Melly don't pick a fight" tegur Haliff iaitu pengawas.
Dia mengemaskan lengan baju yang dilipatnya sehingga ke siku.
Melinda segera melepaskan rambutku kemudiam duduk kembali di tempatnya.
Student nowadays. Having a smartphone is a must and that became needed things in everyone life. Without smartphone or social media they will die I guess.
Aku bangun dan berjalan keluar dari kelas. Aku masuk ke dalam elevator dan tiba di tingkat bawah.
Ramai pelajar berpusu-pusu meninggalkan kawasan sekolah dengan kereta mewah mereka. Tidak kiralah daripada kereta mewah ataupun diambil oleh pemandu. Ini bukan sesuatu yang pelik kerana sekolah ini semuanya menempatkan anak-anak yang datang daripada keluarga yang terkenal serta kaya-raya.
Ahli politik, ahli korporat sehinggalah artis itu semua pekerjaan ibu bapa mereka yang bersekolah di sini.
Aku berjalan 250m jauh dari pagar sekolah. Kelihatan di bawah pokok yang rendang terdapat sebuah Alphard berwarna hitam yang diletakkan di bahu jalan. Aku sempat menoleh ke kiri, kanan serta belakang untuk memastikan tiada pelajar sekolahku yang berada di kawasan berdekatan.
Setelah memastikan tiada sesiapa di situ aku terus mendekati kereta tersebut. Cermin yang di-tinted gelap itu diketuk.
Terus pintu terbuka. Aku masuk ke dalam lalu meletakkan beg sekolah di kerusi yang lain.
"Pak Hamid kita singgah cafe yang biasa tu" kataku.
"Baik Cik Muda" lelaki pertengahan usia itu terus memandu kereta meninggalkan kawasan itu.
Aku bersandar pada tempat dudukku lalu mengeluh. Getah rambut yang mengingat rambutku gaya ekor kuda itu dirungkai.
Spek mata bulat yang tersemat pada wajahku turun dibuang. Itulah imej yang digayakan olehku di sekolah.
Seorang pelajar nerd daripada keluarga kelas bawahan. Telefon pintar berlogo Apple itu dikeluarkan dari beg sekolah yang disorokkan di bahagian yang tersembunyi walaupun sekolahku bebas membawa gadget tetapi aku tidak mahu mereka tahu siapa sebenarnya aku.
Blazer dibuka lalu disangkut pada pemegang kerusi di sebelahku. Kereta yang dipandu Pak Hamid berhenti di hadapan sebuah cafe.
Aku mengemaskan rambutku kemudian turun daripada kereta bersama smartphone dan purse di tangan.
Kling
Bunyi sewaktu aku masuk ke dalam cafe yang berkonsep hipster itu. Terlihat juga beberapa pelajar yang berlepak di situ selepas tamat waktu persekolahan. Dan yang pasti mereka tidak mengenal diriku dengan gaya baru ini.
Aku berdiri di hadapan kaunter.
"One strawberry smoothie with mango puding and a slice of oreo cheesecake"
"Take away?"
Aku mengangguk. Dia terus menyentuh skrin monitor di hadapannya kemudian memberikan aku bell button. Bell button itu akan berbunyi sekiranya pesanan yang dibuat oleh pelanggan sudah siap.
Aku terus mengambil tempat yang berdekatan dengan kaunter itu.
Sambil-sambil menunggu pesananku siap, mataku meliar ke setiap pelusuk cafe itu.Terdapat beberapa pasangan bercinta yang menjadi pelanggan di cafe itu dan juga beberapa kumpulan pelajar kerana mendapati uniform yang berlainan jenis tersarung pada tubuh mereka.
Spontan jari-jemariku menghidupkan telefon pintar yang berada di dalam pegangan tanganku.
Sesekali aku mengeluh melihat direct message yang berpuluh-puluh masuk saat aku mengaktifkan mobile data.
Nofications yang berlambak daripada Instagram aku abaikan. Jariku laju menyentuh icon WhatsApp.
Crown
Asya
Hai mana budak si Aira ni, tak balik sekolah lagi ke?Hanna
Awal kau harini beb?Asya
Haah. Tak ada banyak class sangat.Amalin
Hello bawangersHanna
Benda duh bawangs kau niAsal cari aku ni?
Asya
Gurls lepak jom?Amalin
Bila?Hanna
Where?Tempat biasa?
Amalin
DealHanna
Me tooAsya
Ok cun. 3 sharp okayRoger
Dritt
Bell button yang diletakkan di atas meja itu berbunyi. Aku terus mengambil alat itu lalu bangun dan berjalan ke arah kaunter.
Kad kredit dihulurkan untuk membuat pembayaran.
"Terima kasih. Sila datang lagi" tutur cashier tersebut sambil menghulurkan kembali kad kredit serta diselitkan resit kepadaku.
Aku hanya membalasnya dengan senyuman kemudian berlalu keluar meninggalkan cafe.
Begitulah rutinku apabila pulang dari sekolah. Cafe ini menjadi salah satu tempat kegemaranku.
Kereta Alphard itu mula bergerak meninggalkan tempat itu.
TBC
YOU ARE READING
The Secret Instafamous✓
Teen FictionMengisahkan tentang seorang gadis yang sangat merahsiakan status sebenarnya. Big spek, nerd? Itulah imejnya di sekolah. Namun, tanpa disedari dialah seorang hotstuff di Instagram dan juga anggota ahli kumpulan budak-budak hot yang datang dari seko...