TSI 07

5.8K 598 22
                                    

"Aira!" nama itu dijerit kuat dari jauh.

Aira mengangkat kepalanya. Pintu masuk? Jeritan itu kedengaran kuat dari pintu masuk kelasnya. Tangan yang memegang pen berhenti menulis.

"Hani, you terjerit macam ternampak hantu ni kenapa?" soal Zack yang duduk betul-betul di hadapan pintu masuk.

"Ish you ni sibuk la Zack, I nak cari Aira" tutur Hani lalu berjalan masuk dan menuju ke meja Aira. Manakala Aira hanya memerhati Hani sehingga gadis itu tiba di hadapan mejanya.

Dengan selamba kerusi yang berada di hadapan meja Aira, tidak bertuan itu diguna oleh Hani.

"Kenapa awak cari saya?" soal Aira bingung.

"I nak ajak you join something ni" jelas Hani teruja.

"Hah?" Aira masih terpinga-pinga dengan ajakan Hani. Pelik dia dibuatnya. Mengapa gadis ini beria-ria ingin mengajaknya?

Sehelai kertas atau dikenali sebagai flyers itu dipandang. Berkelip-kelip matanya melihat barisan huruf yang tersusun di atas kertas itu.

Beauty Makeover Competition

"What is this?" soal Aira. Di dalam hatinya sudah menyumpah sedikit Hani. Apa gila ke perempuan ini?

"Apa benda ni Hani?" soal Aira lagi. Bingung dibuatnya.

"I registered your name for this Aira" tutur Hani teruja sambil menepuk tangannya. Terbeliak mata Aira sewaktu cuba mencerna setiap butir kata daripada Hani.

"WHAT?" dirinya terjerit kecil. Apa gila ke perempuan ini? Fikirnya.

"Apa awak buat ni Hani?" Soal Aira. Dia sedikit mendidih.

"Sabar la Aira. Takkan you nak stay nerd macam ni sampai bila-bila. I can't stand la orang memperlekehkan you" ujar Hani.

Sudah hampir 4 tahun dia menjadi classmate Aira, hampir selama itu dia lihat pelajar-pelajar lain suka memperlekehkan Aira kerana gadis itu tidak setaraf dengan mereka. Selama itu Hani memerhati. Walaupun dia juga datang dari keluarga yang berada tetapi dirinya dilatih agar hidup cara sederhana.

"Please la Aira. Join tau. I dah register nama you" suara Hani separuh merayu.

Aira mengeluh kecil. Dia tidak mahu. Dia tidak suka.

"Awak patutnya tanya saya dulu, Hani. Mana boleh suka-suka buat macam tu" tutur Aira.

"I minta maaf. I cuma nak tolong you berubah. Semua cost I akan bayar. I janji" bicara Hani bersungguh-sungguh.

"Dah la Hani. Awak dah daftar pun kan. Dah terlambat" tutur Aira. Serentak itu, pelajar mula masuk ke dalam kelas dan menuju ke tempat masing-masing. Tandanya, guru mata pelajaran mereka dalam perjalanan.

Hani juga beredar ke tempat duduk asalnya. Aira mengemaskan ikatan rambutnya.

Sesi pembelajaran mereka bermula seperi biasa. Aira hanya menyalin nota di buku notanya.

Bunyi loceng menandakan waktu rehat. Aira berjalan ke bahagian belakang bangunan akademik. Dia duduk di atas rumput sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya.

Plastik bungkusan coklat yang tertulis MARS di atasnya dikoyak sedikit. Bahagian atas coklat digigit sedikit lalu dikunyah.

Gila. Jika dia masuk pertandingan itu, tidakkah identiti dia akan terbongkar? Haih. Serabut.

The Secret Instafamous✓Where stories live. Discover now