4 bulan kemudian....
Dia melangkah masuk ke dalam club malam untuk berjumpa dengan buah hatinya. Namun, dia hanya mempergunakan gadis itu untuk menghilangkan rasa bosan. Dia tidak pernah serius dalam percintaan dan selalu mempermainkan hati perempuan.
Bibirnya mengukirkan senyuman apabila gadis yang dicari sudah ada di depan matanya. Dia terus mendekati tubuh itu dengan senyuman miang. Gadis itu juga turut mengukirkan senyuman yang menggoda.
"Sayang. You pergi mana? Kenapa i call you tapi tak jawab?" soal gadis itu dengan nada manja. Tangannya merangkul pinggang ramping milik gadis tersebut.
"Takde pergi mana-mana baby. I just sibuk sikit dengan kerja sebab tu tak dapat jawab panggilan dari baby," balasnya dengan senyuman kacak. Gadis itu melentokkan kepalanya pada dada milik lelaki kacak itu.
"Hmm.. i rindu you tahu tak? Rindu nak bermanja dengan you, Syed," rengek gadis itu. Lelaki yang bernama Syed atau nama panjangnya Syed Arnizam tersenyum sinis di sebalik gadis itu. Dia membelai rambut gadis itu dengan lembut.
"I minta maaf, baby. Takpe, malam ni kita date," balasnya lalu mengucup tangan gadis itu. Gadis itu tersenyum suka lalu memeluk tubuhnya dengan erat.
"Okey, darling,"
Nurul duduk termenung memikirkan hari dimana dia terpaksa mengantikan tempat rakan baiknya sendiri. Dia terpaksa menjadi isteri kepada lelaki yang dicintainya dulu.
Flashback
Nurul memandang wajah Zulaikha yang tersenyum kepadanya. Hatinya berasa tidak enak namun dia menepis perasaan tersebut.
"Beb, kau kenapa ni? Macam ada masalah je. Kau ada masalah ke? Kalau ada, kau cerita dekat aku. Aku akan tolong kau." ujar Nurul prihatin kepadanya.
"Aku tak apa-apa, Nurul. Jangan risaulah. Aku cuma nak tanya kau something. Tapi..kau kena jawab dengan jujur tau," balas Zulaikha dengan tenang. Nurul terdiam sebelum dia mengganguk.
"Boleh. Apa dia? Kau nak tanya apa?"
"Kau suka dekat Adyan ke?" soalnya kepada Nurul. Nurul terdiam. Dia merenung ke dalam anak mata Zulaikha dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"A-aku..."
"Kau apa? Betul ke kau suka dengan dia? Jujur je. Aku tak marah,"
"Yah. Aku suka dia. Aku anggap dia lebih dari kawan aku. Tapi aku tahu yang aku dengan dia memang tak dapat bersatu. Dia tak cintakan aku. Dia cuma cintakan kau. Aku redha sebab dia memang bukan jodoh aku. Lagi pula aku dah tak suka dekat dia. Semenjak aku tahu yang dia akan berkhawin dengan kau. Aku terus buang perasaan aku dekat dia. Sebab aku taknak orang yang aku sayang akan tersakiti. Aku taknak macam tu sebab aku sayang kau. Aku sayang kau lebih dari nyawa aku sendiri," balas Nurul dengan jujur. Zulaikha tersenyum kecil lalu menggengam erat kedua tangan Nurul.
"Nurul, kenapa kau tak cakap dari dulu yang kau suka dekat dia? Kenapa? Kenapa kau tak beritahu aku lebih awal? Kalau aku tahu yang kau suka dekat dia, aku takkan terima dia untuk jadi suami aku. Kenapa Nurul?" soal Zulaikha sayu. Dia tidak sanggup melihat wajah sedih gadis itu.
"Tak. Bukan aku taknak cakap. Cuma aku taknak musnahkan hari bahagia korang berdua. Insyallah maybe jodoh aku masih ada dekat luar sana. Kau jangan risaulah. Aku okeyh je. Aku sentiasa doakan kebahagian korang berdua," balas Nurul dengan senyuman manis. Zulaikha terdiam.
"Takpe. Terima kasih selalu doakan aku. Aku pun akan pastikan kau dapat kebahagian yang kau inginkan. Aku akan pastikan itu. Kau jangan risau eh?" kata Zulaikha kepadanya. Nurul memandangnya pelik.
"Apa maksud kau?"
"Takde apalah. Jom kita tidur. Esok aku dah nak khawin. Tak elok tidur lewat," balasnya sekaligus menukar topik perbualan mereka. Nurul tersenyum gembira.
"Yeayyy!!! Khawin dan kawan aku sorang ni. Jom tidur! Tak sabar nak tengok kau esok!" kata Nurul dibalas gelakkan dari Zulaikha.
Namun, semua itu musnah dan hari bahagia Adyan dan Zulaikha tidak tercapai. Zulaikha melarikan diri dan meninggalkan sepucuk surat. Di dalam surat tersebut, dia mahu Nurul menggantikan dirinya sebagai isteri kepada Adyan, iaitu bakal suaminya sendiri.
Semenjak dari itu jugalah, Adyan selalu menyalahkan dirinya dan menuduh Nurul yang menghasut gadis itu untuk melarikan diri.
End flashback
"Hmm. Aku tak salah. Tapi kenapa dia tak percaya cakap aku? Salah aku ke? Aku tak minta pun semua ni jadi. Aku tak minta pun Ika lari. Aku tak minta semua tu. Aku cuma nak tengok dia gembira. Tapi kenapa aku yang dipersalahkan?" soalnya sayu. Dia mengelap airmatanya yang mengalir.
Adyan yang baru melangkah masuk ke dalam bilik memandang wajah Nurul dengan kosong. Rasa semak je mata dia pandang gadis itu. Genap 4 bulan mereka berdua menikah namun Nurul dianggap seperti orang gaji dan bukan sebagai isteri.
"Eh, awak. Awak dah balik? Awak dah makan ke?" soal Nurul dengan suara serak. Adyan menjulingkan matanya.
"Aku dah makan," balas Adyan dingin. Nurul mengganguk faham. Lelaki itu terus masuk ke dalam bilik air tapi sebelum itu sempat dia berkata kepada Nurul mengenai sesuatu.
"Kau jangan tidur dulu. Ada benda aku nak cakap dengan kau. Penting. Ingat! Jangan tidur dulu," kata Adyan kepadanya dengan serius. Nurul mengganguk faham dengan apa yang dikatakan oleh suaminya.
Dia menunggu Adyan di atas katil dengan perasaan yang berdebar-debar. Setelah siap membersihkan diri. Adyan keluar lengkap berpakaian lalu duduk di atas katil.
"Apa benda yang awak nak cakap?" soal Nurul terus. Dia tidak mahu menunggu lama. Dia harus tahu apa yang ingin dikatakan oleh suaminya.
Adyan memandang wajah Nurul dengan lama. Dia menarik nafas lalu dihembuskan secara berkali-kali.
"Aku harap kau faham dengan aku. Aku buat semua ni untuk kebaikan kita juga."
"Apa maksud awak? Saya tak faham,"
"Malam ni aku akan ceraikan kau," balas Adyan dengan lancar. Nurul tergamam. Terasa masa seakan terhenti.
"A-apa? A-aku t-ttak salah dengar ke?" soalnya dengan linangan airmata. Adyan terus memalingkan wajahnya daripada memandang wajah Nurul.
"Kau tak salah dengar. Aku dah tahan duduk serumah dengan kau. Kau faham tak? Aku taknak ada apa-apa hubungan dengan kau lagi. Kalau diikutkan hati aku ni, nak je aku cerai kau sehari selepas kita khawin tapi aku fikirkan perasaan umi dan abah aku dan sebab tu aku kena tunggu 4 bulan. Sekarang tiba masanya aku lepaskan kau! Lagi pula selama kita khawin aku tak pernah sentuh kau lagi kan? Kira beruntunglah siapa dapat kau ni. Janda yang masih baru," balas Adyan dengan senyuman sinis. Nurul menangis tanpa suara.
"Tapi kenapa awak? Kenapa?"
"SEBAB AKU TAK SUKA KAU! KAU FAHAM TAK? AKU TAK SUKA DENGAN KAU!" suara Adyan naik seoktaf. Terhinjut bahu Nurul mendengar suara Adyan yang jelas marah dengannya.
"Aku dah lama tunggu masa ni. Aku rimas tengok muka kau hari-hari dekat rumah aku. Aku dah banyak kali pukul kau tapi kenapa kau tak pernah bencikan aku? Aku dah buat macam-macam supaya kau benci dan minta cerai dengan aku tapi semuanya sia-sia. Kau tak pernah bencikan dan minta cerai dengan aku! Arghhh!!!" katanya lalu menumbuk meja dengan kuat. Nurul menangis semahunya.
Apa yang dikatakan oleh Adyan semuanya adalah benar. Selama dia berkhawin dengan lelaki itu. Dia sering dipukul dan dibuat seperti orang gaji. Dia juga tidak dibenarkan makan apa yang ada di dalam rumah tersebut. Dia kena membeli makanannya sendiri jika dia ingin makan. Kejam? Memang kejam.
"Saya tak boleh bencikan awak! Sumpah tak boleh,"
"Kalau macam tu biar aku ceraikan kau malam ni,"
"Tolonglah jangan. Saya merayu,"
"Kau merayu dan menangis airmata darah sekalipun. Aku takkan ubah fikiran dan keputusan aku. Biar aku je cari Zulaikha sampai dapat. Nak harapkan kau? Sampai aku mati pun kau tak jumpa dia. Mulai sekarang kau bukan isteri aku lagi."
"Jangan! Awak! Tolonglah saya merayu,"
"Nurul Adawiyyah Binti Kamaruzi, aku ceraikan kau dengan talak 2,"
YOU ARE READING
𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒
Romance( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 5 ) RANKING NO 1 TULUS🏅 RANKING NO 1 DERITA 🏅 Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah-lembut dan merupakan anak yatim piatu. Dia mempunyai seorang kakak kandung yang bernama Siti Kasirah...