Siti Kasirah mengurut perlahan kepalanya yang terasa sakit. Sejak kebelakangan ini dia berasa rimas kerana suaminya asyik bertanya tentang pertemuannya dengan adik kandungnya Nurul. Lelaki itu berkali-kali mengajukan soalan seperti ahli polis kepadanya tentang apa hubungan dia dengan Nurul.
Walaupun lelaki itu nampak seperti tidak ambil kisah sewaktu pertemuan tidak sengaja itu tetapi dalam diam lelaki itu mencari maklumat mengenai hal tersebut dan itu membuatkan dia berasa risau. Dia tidak mahu rahsia yang dia simpan lama akan terbongkar. Dia tidak mahu perkara itu berlaku. Tidak boleh!!
"Ergh!!! Ni semua salah kau!! Kenapa kau muncul?? Kau tahu tak yang kau tu dah menyusahkan hidup aku!! Kenapa kau tak ikut mati je!!! Menyusahkan!!" kata Siti Kasirah di biliknya. Suaminya masih belum pulang pada waktu tersebut.
Gadis itu terdiam seketika. Dia sama sekali tidak mengambil tahu tentang kehidupan adik kandungnya sendiri. Walau sikit pun. Dia hanya membiarkan saja gadis itu. Hidup atau mati bukan urusan hidupnya.
"Aku tak boleh biarkan orang lain tahu tentang hubungan aku dengan Nurul. Kalau mereka tahu yang Nurul adik kandung aku, mampus hidup aku. Tak boleh!! Rahsia ni tak boleh terbongkar." ujarnya sambil mengigit kukunya sebelah kanan. Otaknya ligat mencari akal. Matanya terarah pada jam loceng miliknya.
"Aku tak boleh biarkan laki aku dapat tahu. Aku kena halang dia daripada terus mencari maklumat tentang Nurul. Jangan ingat aku bodoh. Tak tahu kau buat apa dekat belakang aku. Kau curi-curi cari maklumat tu sebab aku taknak beritahu." kata Siti Kasirah sinis. Dia tahu suaminya mencari maklumat Nurul tanpa memberitahunya. Dia tahu cuma dia berbuat bodoh saja seperti tidak tahu.
"Takpe. Aku takkan biarkan rahsia aku terbongkar dengan cepat."
Fryceyla keluar bersama kekasih hatinya. Dia keluar bersama lelaki lain pada waktu itu. Dia setiap hari pasti akan bertukar pasangan. Pasangannya tidak akan menentu. Dan itu sudah tentu kesemua lelaki yang dia ajak keluar semuanya mempunyai duit yang banyak dan seorang yang kaya.
"Sayang taknak pulang lagi ke? Esok i ada kerja. Lagipun, isteri i pasti dah tunggu i dekat rumah. Nanti kita jumpa esok lagi okey?" ujar lelaki yang agak berusia kepadanya. Fryceyla membuat wajah sedih. Dia mengusap peha lelaki tersebut.
"Emm..awal sangat you pulang. I belum puas hilangkan rindu i dekat you lagi. Tapi you pula dah nak pulang," balas Fryceyla dengan suara gediknya. Lelaki tersebut mengucup pipi Fryceyla berkali-kali. Gadis itu hanya membiarkan saja dirinya diperlakukan seperti itu kerana sudah pasti dia akan diberi duit. Duit adalah segalanya bagi Fryceyla. Dia sanggup buat apa sahaja.
"Takpelah. Nanti esok i datang lagi jumpa you. Nanti i bawa you shopping. You ambil je apa yang you nak esok. I bayarkan," ujar lelaki tersebut kepadanya. Fryceyla tersenyum lebar.
"Emm..betul ni? You tak tipu kan? I boleh ambil je apa yang i nak?" katanya lalu dibalas anggukan dari kekasih gelapnya. Fryceyla tersenyum suka. Dia mengucup pipi lelaki itu.
"Terima kasih sayang. I makin sayang dekat you," kata Fryceyla dengan senyuman menggoda. Lelaki tersebut tergoda lalu dia mengucup sekilas bibir Fryceyla kerana geram.
"Untuk sayang, semuanya i sanggup bagi," balas lelaki tersebut. Fryceyla mengganguk faham.
"Kalau macam tu, i pulang dulu eh? Sayang ada duit lagi tak?"
"I takde duit dah. Duit i dah habislah,"
"Dah habis?"
"Dah habis," rengek Fryceyla. Kekasihnya tergelak kecil. Lalu telefon bimbitnya dikeluarkan lalu beberapa minit selepas itu, dia memasukkan semula telefonnya.
"You buat apa?" soal Fryceyla sengaja walaupun dia sudah tahu yang lelaki itu memberikannya wang. Dia menyimpan senyuman di dalam hati.
"I dah masukkan duit ke dalam akaun sayang. Nanti kalau tak cukup, sayang beritahu je," ujar lelaki tersebut. Fryceyla membuka telefon bimbitnya.
"You...30K macam sikit sangat ni. Mana cukup. Hmmm.." kata Fryceyla dengan manja. Lelaki itu menambahkan lagi 20 ribu ke dalam akaun gadis tersebut.
"Dah cukup?"
"Okey. Cukup dah. Thank you."
"Welcome, sayang. I pulang dulu, bye,"
"Bye, hati-hati tau,"
Lelaki tersebut mengganguk lalu melangkah pergi. Fryceyla tersenyum suka. Dengan begitu mudah dia mendapatkan duit yang banyak.
"Haih...senangnya hidup aku macam ni. Untung juga aku jadi cantik. Tak sia-sia aku jadi cantik. Semua orang berebut nak dekat aku. Well, ini Fryceyla!! Apa yang aku nak pasti aku dapat." kata Feyceyla dengan bangga. Dia melibaskan rambutnya kebelakang.
Selepas beberapa minit datang seorang lelaki yang berwajah kacak. Fryceyla tersenyum miang. Bajunya dibetulkan sebelum mendekati lelaki tersebut.
"Hello, you datang seorang je ke?" kata Fryceyla dengan suara gediknya. Dia melemparkan senyuman yang menggoda kepada lelaki itu.
"Aku datang sekampung. Kau tak nampak ke?"
"Garangnya. I like,"
Fryceyla tergelak melihat wajah lelaki itu. Jelas lelaki itu menyampah dengan dirinya. Fryceyla tidak kisah. Wajah lelaki itu sangat kacak dan menggoda. Pasti duitnya juga banyak.
"Kau nak duit?"
"Mestilah i nak. Siapa je yang taknak duit. Memang orang tu bodoh. Kenapa you nak bagi i duit ke? Mesti you nak i layan nafsu you kan?" teka Fryceyla dengan yakin. Lelaki tersebut tergelak sinis.
"Sorry. Aku tak ingin nak buat macam tu dekat kau. Aku nak buat dekat bakal isteri aku je," balas lelaki itu dingin. Fryceyla tersenyum senget. Menarik.
"Okey. Untung isteri you. So, you nak i buat apa? Berapa duit yang i dapat kalau i terima kerja yang you bagi nanti?" soal Fryceyla sambil membelek kukunya. Kakinya disilangkan menampakkan pehanya yang putih gebu.
"Aku nak kau buat kerja yang mudah je,"
"Apa kerja yang you nak i buat?" soal Fryceyla ingin tahu. Lelaki tersebut tersenyum penuh makna. Fryceyla mengerutkan dahinya.
"Kerja tu sangat mudah. Dan aku pasti kau dapat buat,"
Syed menuju ke dapur untuk melihat Nurul. Dia ingin memberitahu kepada isterinya bahawa esok malam syarikat mereka mengadakan sebuah majlis perlantikan Syed yang menggantikan ayahnya.
Walaupun lelaki itu berkerja di syarikat ayahnya namun syarikat tersebut masih belum sepenuhnya miliknya. Tetapi, pada hari perlantikan tersebut, syarikat itu akan menjadi sepenuh miliknya.
"Nurul!! Nurul!"
Dia menyeru nama isterinya berkali-kali namun tiada sahutan. Dia berasa pelik. Dia terus mencari kelibat gadis itu.
"Nurul!! Kau dekat mana? Nurul!!"
Syed mencari di setiap bahagian rumah mereka. Namun, kelibat gadis itu tetap tiada. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aduhh..mana pula budak ni pergi? Haihh.."
Syed menuju ke bilik gadis itu lalu tombol pintu dipulas. Tidak berkunci. Syed terus meluru masuk. Gadis itu tidak berada di dalam biliknya.
"Takde pula. Mungkin dekat dalam bilik air kot."
Syed mengetuk pintu bilik air namun tiada sahutan. Dia memulas tombol pintu tersebut namun berkunci.
"Nurul!!! Woiii!! Kau ada dekat dalam ke? Woiii pekak!! Buka woiii!!!" kata Syed geram namun tiada sahutan. Syed mengambil kunci pendua lalu membuka pintu tersebut.
Dia terkaku. Kunci tersebut terjatuh dari genggaman tangannya. Dia terkejut dengan apa yang dia lihat pada waktu itu.
"Apa jadi ni, Ya Allah. NURUL!!!!!"
YOU ARE READING
𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒
Romance( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 5 ) RANKING NO 1 TULUS🏅 RANKING NO 1 DERITA 🏅 Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah-lembut dan merupakan anak yatim piatu. Dia mempunyai seorang kakak kandung yang bernama Siti Kasirah...