7

14.3K 545 183
                                    

Seorang gadis yang cantik serta berpakaian seksi duduk di sebuah kerusi yang tersedia di tempat tersebut bersama kaca mata hitam dimatanya.

Dia menunggu seseorang untuk menjemput dirinya. Wajahnya yang cantik serta bentuk badannya yang langsing sangat menarik perhatian orang ramai.

"Lama lagi ke dia nak ambil aku ni? Aku penat dah tunggu." bebelnya geram. 5 minit kemudian, sebuah kereta Honda berhenti tepat di hadapannya. Gadis itu menjeling ke arah seseorang yang keluar dari perut kereta tersebut.

"Sayang, maafkan i. I baru habis meeting tadi." ujar lelaki tersebut kepadanya. Wajah gadis itu masam mencuka.

"You memang sengaja kan nak ambil i lambat? Mengaku jelah. I penat tahu tak tunggu you dekat sini!" marah Fryceyla kepada Syed iaitu teman lelakinya.

"Sayang, bukan macam tu. Memang betul tadi i baru habis meeting. Sumpah i tak tipu dengan you," balas Syed dengan lembut. Dia tidak mahu berkasar dengan buah hatinya. Fryceyla memandangnya lama.

"Betul ke ni? You tak tipu i kan?"

"Tak sayang. Tak tipu," jawab Syed lalu mengucup tangannya. Fryceyla menggangukkan kepalanya. Bibirnya menguntumkan senyuman manis untuk Syed.

"Yelah. Jom pulang,"

"Jom," balas Syed lalu membuka pintu untuk buah hatinya. Selepas itu, dia bergerak ke tempat duduk bahagian pemandu. Pintu kereta dibuka lalu tubuh dimasukkan ke dalam. Enjin kereta dihidupkan dan meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

"Sayang, lepas ni you nak pergi mana?"

"I ingat nak ajak you pergi club. Lepak dekat sana. Hilangkan stress. Dah lama kita tak pergi sana kan?" ujar Fryceyla. Syed mengganguk sambil menggengam erat tangan kanan Fryceyla.

"Yelah. You nak pergi sekarang ke? Atau you nak pergi lepas you balik rumah nanti? I akan ambil you,"

"Sekarang,"

"Okey,"








Nurul duduk bersendirian di luar rumahnya. Dia memandang ke arah langit yang sangat cantik. Tenang je dia rasakan waktu itu.

Sebuah kereta mewah berhenti di hadapan rumahnya. Dahinya berkerut dengan mata yang dikecilkan untuk melihat gerangan siapa yang datang. Seorang lelaki yang kacak dan tinggi menghampiri dirinya.

"Assalamualaikum, Nurul."

"Waalaikumsalam," balas Nurul terkejut. Lelaki itu tersenyum manis ke arahnya. Mata Nurul tidak berkelip melihatnya.

"Alvin!!!"

"Ye, aku ni," balas Alvin dengan senyuman kacaknya atau nama panjangnya Alvin Earl Brian. Nurul menjerit teruja melihat kehadiran rakannya sewaktu kecil. Lelaki itu merupakan anak orang kaya dan mempunyai keturunan Perancis. Alvin terpaksa mengikuti keluarganya berpindah ke Perancis pada usianya 14 tahun. Sejak dari itu, dia dan Nurul terpisah.

"Ya Allah, kau ke ni? Aku tak bermimpi ke?" soal Nurul sendiri dengan airmata. Dia sangat rindukan lelaki tersebut. Hanya Alvin sahaja yang memahami dirinya sewaktu mereka kecil.

"Kau tak mimpilah budak kecil. Ini aku. Alvin poyo," balas Alvin lalu tergelak. Nurul juga turut tergelak dengan airmata mengalir bersama perasaan yang gembira.

"Bila kau datang ke Malaysia? Asal aku tak tahu?"

"Macam mana kau nak tahu kalau nombor telefon aku pun kau takde. Baru je aku sampai sini. Sampai je sini, aku terus datang ke rumah kau ni," balas Alvin lalu mengambil tempat di sebelah Nurul.

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now