"A-awak..kenapa? Kenapa awak?" tangis Nurul dengan sebak. Dia memandang wajah suaminya dengan pandangan yang sayu serta hati yang retak seribu.
Dia sanggup bertahan selama beberapa bulan untuk lelaki tersebut tetapi lelaki itu sama sekali tidak menghargainya. Allah. Berat sungguh ujian yang diberikan.
"Kau tanya kenapa? Nak tahu sangat? AKU DAH RIMAS TENGOK MUKA KAU! KAU FAHAM TAK? RIMAS!!! TENGOK MUKA KAU MACAM TENGOK MUKA PELACUR YANG TAKDE HARGA DIRI!"
Pang!!
Satu tamparan hinggap di pipi Adyan. Terteleng kepalanya akibat tamparan yang diberikan oleh Nurul. Gigi diketap kuat.
"Saya tahu saya tak layak untuk awak! Saya tahu saya tak sebaik Zulaikha! Tapi awak tak berhak nak hina saya macam tu! Kenapa perlu samakan saya dengan pelacur? Awak pernah nampak tak saya keluar larut malam dan berfoya-foya dengan lelaki lain? Pernah ke?" soalnya dengan sayu. Adyan terdiam seribu bahasa.
"Hina sangat ke saya di mata awak? Jijik sangat ke muka saya ni? Kalau awak tak suka saya sekali pun, tolong jangan hina saya! Awak anggap saya macam takde harga diri langsung! Saya tak sangka perangai awak seteruk ni. Sumpah saya tak sangka."
"Sekarang kau dah tahu kan? Kau tunggu apa lagi? BERAMBUSLAH!! SEMAK!!!" jerkah Adyan dengan wajah yang bengis. Nurul tersenyum hambar. Tanpa berkata apa-apa. Dia mengangkat kaki menuju ke tingkat atas lalu masuk ke dalam bilik. Beg pakaian dibuka lalu kesemua pakaiannya dimasukkan ke dalam.
Selepas itu, dia turun dan terus menuju ke pintu utama tanpa memandang wajah Adyan. Langkahnya terhenti namun tubuhnya tidak dipusingkan.
"Saya doakan awak bahagia. Saya sentiasa doakan kebahagian awak. Dan saya harap awak akan dapat berjumpa semula dengan Zulaikha. Saya minta maaf atas segala kekurangan selama saya menjadi isteri awak. Terima kasih atas semuanya."
Selepas berkata seperti itu. Nurul terus meninggalkan perumahan Adyan. Lelaki tersebut hanya memandang pemergian kosong. Seketika dia terdiam.
"Arghh!!! Aku nak cakap apa dekat umi dan abah? Mampus aku! Arghhh!!! Sial!!" katanya lalu menumbuk meja dengan kuat. Selepas beberapa minit. Bibirnya mengukirkan senyuman senget.
'Aku tahu apa nak dibuat.'
Nurul menunggu bas dengan linangan airmata. Hatinya terasa sakit yang teramat. Dia sangat rindukan arwah ibu dan ayahnya.
"Ibu, ayah. Nurul rindu korang. Nurul nak sangat peluk korang berdua. Kenapa kehidupan Nurul macam ni? Nurul salah apa? Nurul tak kuat. Nurul rasa nak mati je." katanya sendiri dengan sebak. Dia ingin pulang ke kampung semula kerana hanya itu sahaja tempat untuk dia tinggal.
Selepas menunggu dengan masa yang lama. Sebuah bas berhenti tepat di bas top. Nurul terus masuk ke dalam. Mujur sahaja dia masih ada duit simpanan sewaktu dia bekerja di sebuah butik. Kalau tak, mungkin dia akan hidup merempat.
Fikirannya merawang memikirkan nasibnya di kemudian hari. Kakak kandungnya sendiri tidak pernah menjenguknya. Selama gadis itu berkhawin dengan orang yang kaya. Dia sudah lupa tentang Nurul. Sakit? Memang sakit kerana satu-satunya keluarga yang dia ada, tak pernah menjenguknya walau sekali.
"Takpe, Nurul. Kau kena kuat. Mungkin dia bukan jodoh kau. Kau kena yakin dengan takdir Allah. Kau boleh tempuhi dugaan yang Allah berikan pada kau. Kau boleh." katanya sendiri lalu tersenyum kecil.
Adyan melirik ke arah wajah umi dan abahnya yang memandangnya tajam. Dia berdehem untuk menghilangkan perasaan takut di hati.
"Ad tak salah umi. Adyan dah tak sanggup lagi ditipu dengan dia. Ad pun ada perasaan." kata Adyan dengan nada yang sayu.
"Takkan Nurul sanggup buat macam tu dekat Ad? Umi tengok Nurul tu baik je. Ad tipu umi ke?" soal Datin Salha tidak berpuas hati dengan anak terunanya. Suaminya di sebelah hanya berdiam diri. Namun, pandangannya terhadap anaknya tidak diahlikan.
"Betul umi. Ad tak tipu umi. Dia curang dekat belakang Ad! Selama ni dia cuma berlakon baik je. Umi dan abah tak tahu dia buat apa dekat belakang umi dan abah. Cuma Ad je yang tahu. Selama ni Ad bersabar dengan dia. Ad cinta dan sayang dekat dia. Sebab tu Ad tak beritahu dekat umi dan abah. Tapi kali ini dia dah melampau umi. Ad dah tak sanggup nak tanggung dosa dia sebagai isteri Ad," kata Adyan kepadanya. Datin Salha berasa marah. Tak sangka perempuan tu macam tu.
"Kenapa Ad tak bagitahu yang Nurul macam tu? Kenapa Ad diam je? Kenapa tak beritahu umi dan abah? Ad jangan nak jadi bodoh biarkan isteri Ad macam tu!" marah Datin Salha. Ad tersenyum kemenangan dalam diam. Dia berjaya menipu uminya.
"Sebab Ad sayang dia,"
"Sayang? Ad kata sayang? Sampai sanggup biar dia buat macam tu dekat Ad? Bagus sangat Ad ceraikan dia! Perempuan tak tahu malu! Umi ingatkan dia baik. Rupanya tak. Perangai macam apa je. Takpe sayang. Ad berhak dapat yang lebih baik dari dia," balas Datin Salha kepadanya. Ad sengaja berbuat muka sedih di hadapan kedua orang tuanya.
"Tapi Ad sayangkan Nurul. Ad nak Nurul,"
"Apa Ad cakap ni? Ad sedar tak dia dah buat Ad macam ni? Dia sanggup duakan Ad tahu tak? Ad boleh pula nak dekat dia tu? Ad makan apa? Sampai Ad jadi macam ni?" marah Datin Salha kepada anaknya. Panas pula hatinya dengar anaknya berkata seperti itu.
"Tak tahu. Cuma Ad nak dia umi,"
"Takde! Umi takkan setuju Ad rujuk dengan dia semula! Umi tak nak ada menantu macam perempuan murah! Malu umi tahu tak? Ad cari orang lain,"
"Tapi—-"
"Takde bantahan! Umi tetap dengan keputusan umi! Sampai bila-bila umi takkan terima dan maafkan Nurul sebab buat Ad macam ni," kata Datin Salha. Ad menundukkan kepalanya lalu tersenyum sinis. Dia berjaya. Tak sangka uminya percaya akan semua yang dia katakan.
'Kesian kau kan? Tahniah Ad!.' desis hati Ad.
"Salha. Dahlah tu. Benda dah jadi kan? Biarkan jelah." sampuk suaminya kepada Datin Salha. Dato Izamil memandang wajah isterinya.
"Salha tak boleh terima abang. Salha ingatkan dia tu baik tapi rupanya perangai kalah macam pelacur. Salha menyesal sebab khawinkan Ad dengan dia. Kalau dari dulu Salha tahu perangai dia macam tu. Salha takkan terima dia jadi menantu Salha," balas Datin Salha dengan hati yang panas. Dato Izamil menggelengkan kepalanya. Dia yakin yang gadis itu bukan seperti yang disangkakan oleh isterinya.
"Abang tak rasa dia macam tu,"
"Apa abang cakap ni? Dah terang-terang Ad cerita dekat dia perangai dia macam ni? Kenapa abang tak percaya? Abang nak kata yang anak kita ni penipu ke?"
"Tak. Bukan macam tu,"
"Habis tu? Dahlah. Menyakitkan hati je cakap dengan abang ni!"
Datin Salha terus menuju ke tingkat naik. Dato Izamil menggelengkan kepalanya. Manakala Adyan pula hanya berdiam.
"Haih. Takpelah. Ad baliklah dulu ye."
"Baik, abah. Ad balik dulu. Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam,"
YOU ARE READING
𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒
Romance( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 5 ) RANKING NO 1 TULUS🏅 RANKING NO 1 DERITA 🏅 Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah-lembut dan merupakan anak yatim piatu. Dia mempunyai seorang kakak kandung yang bernama Siti Kasirah...