15

13.7K 479 46
                                    

"Kau nak cakap yang kau tak keluar lah dengan jantan lain? Kau masih nak berdalih lagi ke sial?" marah Syed lalu melemparkan surat tersebut ke arah wajah Nurul dengan kasar.

Nurul menutup matanya apabila surat tersebut terkena pada wajahnya. Mata dibuka perlahan-lahan sambil memandang surat tersebut sebelum dia memandang wajah Syed yang jelas marah terhadapnya.

"Kau merepek apa ni! Aku dah kata kan aku tak tahu. Aku keluar dengan kawan aku tadi bukannya aku keluar dengan jantan lain! Kau nak cakap aku tipu kau? Apa guna aku tipu kau? Apa yang aku dapat kalau aku tipu kau? Aku dapat duit? Memang tak lah aku dapat duit kan," balas Nurul berani. Syed bertambah marah dengan sikap Nurul yang semakin lama semakin menjadi-jadi. Gadis itu semakin berani melawan kata-katanya. Dia tidak suka jika ada orang yang berani melawan kata-katanya.

"Kau!"

Tangan Syed hampir hinggap di pipi mulus Nurul. Namun, Syed menurunkan kembali tangannya apabila melihat Nurul sedang menutup matanya sewaktu dia ingin menampar wajah tersebut.

Gigi diketap rapat menahan amarahnya terhadap mulut tidak beradab dari isterinya yang semakin kurang ajar.

Nurul membuka matanya apabila dia merasa tiada apa-apa yang hinggap di wajahnya. Dia lihat Syed memandangnya tajam.

"Kenapa berhenti? Kau nak sangat tampar aku kan? Tamparlah! Tampar!!"

"Kau jangan nak cabar aku Nurul!"

"Kau ingat aku takut dengan kau? Aku tak takutlah! Tamparlah!"

"Aku cakap jangan cabar aku!!"

"Aku tak—-"

Pangg!!!

Satu tamparan hinggap di pipi mulus milik Nurul. Gadis itu terkaku manakala Syed pula tergamam dengan apa yang dia buat.

Nurul memegang pipinya dengan mata yang berkaca. Syed jatuh kasihan melihat mata berkaca tersebut.

"Aku benci kau!! Aku benci!!"

Selepas berkata seperti itu Nurul terus bergegas masuk ke dalam biliknya. Syed memandang kelibat Nurul dengan ekoran mata dengan hati yang bersalah.

Dia meraup wajahnya kerana bersalah bersalah terhadap Nurul. Dia tidak sengaja. Gadis itu benar-benar mencabar tahap kesabarannya.

"Arghh!!! Lantaklah!! Bukan salah aku pun! Siapa suruh nak sangat aku tampar. Kan dah mendapat. Dah Syed! Tak payah fikirkan sangat perempuan tu! Ingat sikit yang dia curang dekat belakang kau. Dia memang layak dapat tamparan tu. Itu masih belum cukup untuk perempuan mata duitan dan gatal macam dia." ujar Syed sendiri dengan hati yang masih marah. Syed mengambil kunci keretanya lalu melangkah keluar dari rumah tersebut.

Dia ingin menenangkan fikirannya yang serabut. Serabut dengan isterinya yang semakin lama semakin menunjukkan belangnya. Dia tidak menyangka gadis tersebut gilakan harta dan kaki lelaki. Rupa je alim tapi perangai tak boleh harap!










Nurul menangis tersendu-sendu di dalam biliknya. Dia menangis tanpa suara. Perasan sakit hatinya terhadap Syed semakin bertambah.

Kenapa senang sangat dia percaya dengan fitnah orang? Kenapa senang macam tu je? Kenapa dia tak selidik terlebih dahulu jika itu benar atau salah? Kenapa? Tak boleh ke dia selidik dulu? Susah sangat ke?

"Akak, tolong Nurul kak. Nurul dah tak tahan. Alvin, tolong aku. Aku nak balik. Aku tak nak duduk dekat sini lagi. Aku nak balik. Tolong ambil aku. Bawa aku lari dari rumah neraka ni. Tolonglah." katanya dengan sayu.

Dia sudah tidak sanggup nak berlakon. Dia tidak dapat menipu hatinya yang sudah lama sakit tidak berdarah dengan sikap Syed.

"Aku benci kau! Aku benci kau sampai aku mati! Aku benci!!!!!!"

Jerit Nurul dengan kuat bersertakan airmata. Selepas beberapa minit dia mengesat airmatanya dengan lembut.

"Takpe Nurul. Kau kena bertahan. Kau tak boleh lemah macam ni. Selagi masih boleh tahan, kau tahan. Aku tahu kau kuat. Kau kena buktikan dekat dia yang kau tak bersalah dalam hal dulu. Kau kena buktikan! Biar dia rasa menyesal sebab tuduh kau," gumamnya sendiri. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya lalu menuju masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.










Fryceyla tergelak jahat di sebuah club tempat dia selalu lepak bersama lelaki simpanannya. Dia bukanlah setia sangat dengan Syed. Dia juga mempunyai ramai skandel yang tidak diketahui oleh Syed sendiri.

Lelaki itu berfikir bahawa Fryceyla tidak mempunyai lelaki lain selain dirinya walhal sudah ramai yang menjadi mangsa Fryceyla. Gadis itu tidak pernah cukup satu. Dia ingin wang. Baginya, wang adalah segala-galanya.

Dia juga tidak mencintai Syed. Dia cuma mencintai wang dan harta lelaki tersebut. Jika dia sudah dapat apa yang dia nak, dia tidak lagi perlukan Syed di dalam hidupnya!

"You kenapa macam gembira je?" soal teman lelaki Fryceyla yang berwajah tampan. Pinggang gadis tersebut dipeluk erat olehnya. Fryceyla melentokkan kepalanya pada dada lelaki tersebut bersama senyuman yang gembira.

"Takde apa. I rasa gembira sebab dapat luangkan masa dengan you. Rasa happy sangat-sangat. I rindu you tahu tak? Dah lama kita tak jumpa," balasnya dengan suara gedik. Lelaki tersebut tergelak kecil lalu mengucup ubun-ubun Fryceyla.

"Sorry. I sibuk sikit sayang. Sejak kebelakang ni i asyik sibuk je. I pun rindu dekat you sayang. Rindu nak berasrama dengan sayang," balas teman lelaki Fryceyla yang bernama Aqwan. Fryceyla tersenyum sinis. Faham sangat dengan maksud lelaki itu.

"Kalau macam tu, kita balik rumah you. Kita luangkan masa malam ni okey?" balas gadis tersebut dengan senyuman menggoda. Aqwan tersenyum lebar. Dia mengucup pipi teman wanita dengan lembut.

"Okey. Thank you sayang."

"Welcome, love," balas Fryceyla dengan senyuman penuh bermakna. Dia tahu jika dia berasrama dengan lelaki tersebut pasti dia akan diberikan wang dengan layanan yang dia berikan. Dalam pada masa yang sama dia berasa gembira kerana rancangannya berjaya.

Rancangan apa? Rancangan menghantar bunga bersama surat ke rumah Syed untuk menfitnah isterinya. Dia lah orang yang mentabur fitnah. Dia inginkan rumah tangga tersebut musnah!

'Tak sangka Syed percaya bulat-bulat dengan apa yang aku hantar. Bodoh sangat sebab tak selidik dulu. Tapi bagus juga sebab senang sikit rancangan aku nak berjaya. Aku harap sangat yang Syed cepat-cepat ceraikan perempuan acah jadi penyelamat tak berbayar tu. Menyampah betul aku tengok muka dia yang tak cantik tu.' desis hati Fryceyla dengan penuh dendam.

Dia mahukan Syed! Dia ingin berkhawin dengan Syed! Kerana jika dia berkhawin dengan lelaki itu, pasti harta Syed dia boleh gunakan sesuka hati kerana dia sudah bergelar isteri kepada lelaki tersebut. Apa-apa milik lelaki tersebut adalah milik dia juga. Oleh sebab itu, dia ingin berkhawin dengan lelaki itu walau apa cara sekalipun.

"You."

"Ye, sayang?"

"You sayang i tak?"

"Mestilah sayang. Kenapa?"

"Kalau you sayang i, i nak you buat something,"

"Buat apa tu sayang?"

"I nak you buat......"

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now