Adyan menjerit sekuat hati. Dia memandu keretanya dengan kelajuan yang maksimum. Hatinya dilanda perasaan marah pada waktu itu. Dia bersama dengan Siti Kasirah pada waktu itu. Dia ingin meminta pertolongan dengan gadis tersebut.
"Berani kau larikan diri dari aku? Arghh!!! Kau memang nak mampus awal perempuan!!" kata Adyan. Rahang diketap kuat. Dia akan pastikan yang gadis itu menyesal kerana membuat keputusan untuk melarikan diri. Dia akan pastikan gadis itu lenyap di muka bumi sama seperti Nurul.
"Kau tunggu je nasib kau!!" katanya keras. Adyan tidak memperdulikan kereta di sekelilingnya. Dia memandu dengan sangat laju.
"Boleh tak kau jangan pandu kereta laju sangat? Kalau kau nak mati awal, jangan bawa aku sekali!!"
"Eh..kau diamlah perempuan!!!"
Pak!!
"Argh!!!"
"Kau tahu tak berapa lama aku nak jejak dia tu? Dah sekarang dia terlepas macam tu je!!! Arghh!!! Memang sial betul lah!!"
Kepala Siti Kasirah dihantukkan dengan kuat oleh Adyan. Fikirannya seakan tidak waras pada waktu itu. Siti Kasirah meraung kesakitan. Dia memegang dahinya yang mengeluarkan cecair merah.
Pin!! Pin!!
"Tepilah bodoh!!! Lembab betul!!" tengkingnya dengan kuat. Adyan memotong kereta yang berada di depannya.
Dia tidak sedar bahawa dia sudah melawan arus. Sebuah lori bertembung dengan keretanya. Adyan tidak sempat untuk mengelak. Bunyi hentakkan yang kuat akibat pertembungan tersebut.
Pin!! Pin!!!
"Arghhh!!!!"
Kereta Adyan hancur dan terbalik. Kepala Adyan dipenuhi dengan cecair merah. Dia meraung kesakitan kerana kakinya tersangkut pada kereta tersebut. Manakala Siti Kasirah pula tidak menyedarkan diri di sebelahnya.
"Erghhh!! Bodohlahhh!! Siall!!"
Adyan cuba menarik kakinya tetapi tidak berjaya. Dia meminta pertolongan agar dirinya dapat dikeluarkan dari situ.
"Tolong!!! Tolong!!"
Adyan terbatuk-batuk menghidu asap yang keluar dari keretanya. Dia yakin yang kereta itu bakal meletup tidak lama lagi.
Terdapat satu susuk tubuh yang berada disitu dengan berpakaian putih. Dia mengamati wajah tersebut dengan lama. Wajah orang tersebut sangat dia kenali.
"Nurul..."
Nama tersebut disebut dengan perlahan. Nurul tersenyum segaris ke arahnya. Adyan meminta pertolongan dari gadis itu.
"Nurul..tolong aku. Keluarkan aku dari sini. Nurul!!! Tolong aku, Nurul!!" pintanya berkali-kali. Tetapi, Nurul hanya tersenyum.
"Nurul!! Tolong aku. Tolong keluarkan aku dari sini. Aku merayu," katanya dengan tangisan. Terimbas kembali semua dosa-dosa yang telah dia lakukan.
"Aku tak boleh buat apa-apa. Maafkan aku," balas Nurul lalu melangkah pergi. Adyan menjerit sekuat hati memanggil namanya agar dirinya ditolong.
"Nurul!! Nurul!! Tolong aku!! Maafkan aku, Nurul!! Maafkan aku!!" Adyan menjerit sekuat hati dengan seribu sesalan atas dosa yang dia telah lakukan.
"Maafkan aku, Nurul. Maafkan aku,"
Boom!!!
"Ad!!!"
Datin Salha terjaga dari tidurnya dengan nafas yang termengah-mengah. Suaminya juga turut terjaga kerana mendengar jeritannya.
YOU ARE READING
𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒
Romance( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 5 ) RANKING NO 1 TULUS🏅 RANKING NO 1 DERITA 🏅 Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah-lembut dan merupakan anak yatim piatu. Dia mempunyai seorang kakak kandung yang bernama Siti Kasirah...