22

14.2K 531 92
                                    

Syed menunggu Nurul di luar bilik. Dia sudah lengkap berpakaian suit hitam dengan sangat kemas. Dirinya tampak kelihatan kacak sekali.

Dia masih berfikir tentang peristiwa dimana Nurul jatuh ke dalam kolam renang. Hanya Allah saja yang tahu apa yang dia rasa waktu itu. Kepala digelengkan berkali-kali lalu pintu bilik Nurul diketuk secara 3 kali.

"Nurul. Kau dah siap ke? Kita dah lambat ni." ujar Syed disebalik pintu tersebut. Selepas beberapa minit, Nurul membuka pintu bilik tersebut. Syed terpegun. Dalam tak sedar dia mengukirkan senyuman.

"Kau dah kenapa tengok aku macam tu? Aku cantik sangat eh? Sebab tu kau tengok aku macam tu kan?" sakat Nurul kepadanya. Syed tersedar lalu dia berdehem.

"Aku senyum sebab muka kau buruk. Aku senyum sebab aku kutuk kau bukan sebab kau cantik. Kau je perasan lebih," balas Syed malas. Nurul membuat muka menyampah.

"Dah. Cepat!! Lambat betul ek kau nak bersiap? Cepat jalan!! Kita dah lambat ni," katanya lagi. Nurul melangkah mendahului Syed dengan wajah yang geram. Syed hanya menggelengkan kepalanya saja dengan gelagat Nurul.

Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta dan menuju ke tempat destinasi yang ditujui. Keadaan dalam kereta senyap namun selepas itu Syed membuka mulut.

"Apa benda yang kau nak bagi tunjuk dekat aku tadi?" soal Syed. Nurul tersedar. Dia melihat wajah Syed dengan wajah yang terkejut.

"Telefon aku!! Telefon aku!!!!"

"Woooo!! Kau janganlah jerit macam orang gila pula. Sakit tahu tak telinga aku," ujar Syed kepadanya. Nurul menepuk dahinya lalu menyandarkan badannya.

"Benda tu penting sangat. Sebab benda tu adalah penentu segala-galanya. Dan benda tu akan bebaskan aku," balas Nurul dengan lemah. Syed menjeling sekilas ke arahnya. Dia berfikir benda apa yang penting sangat dikatakan oleh isterinya.

"Apa benda tu? Kenapa dia penting sangat? Apa maksud kau benda tu boleh bebaskan kau dan penentu segala-galanya?"

"Sebab benda tu adalah—-"

Telefon bimbit milik Syed berbunyi sekaligus menghentikan perbualan mereka berdua. Syed lantas menjawab panggilan tersebut.

"Hello, mummy. Syed dah gerak kesana. Kejap lagi Syed sampai."

Nurul hanya diam. Dia hanya menjadi pendengar perbualan antara Syed dengan mak mertuanya. Dia tidak mahu menyampuk.

Syed mematikan panggilan tersebut dan meletakkan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya.

"Mummy kata apa tadi?"

"Dia tanya kita dah dekat mana. Sebab majlis dah nak mula," jawab Syed kepadanya. Nurul mengganguk faham. Mereka berdua telah tiba di sebuah hotel yang bertaraf lima bintang. Nurul terpegun melihat hotel tersebut.

'Wahh...besarnya hotel ni. Mesti mahal bayaran dia.' Nurul berkata kagum di dalam hatinya.

"Cepatlah turun. Kita dah lambat ni."

Nurul keluar dari perut kereta dengan langkah yang laju. Ramai mata yang memandang ke arahnya. Nurul menjadi malu. Lantas dia menundukkan kepalanya menghadap lantai. Dia sedar yang dia bukanlah setarat dengan orang-orang yang hadir pada waktu itu.

Syed melihat isterinya dengan pelik. Dia mengeluh pendek. Lantas tangan Nurul ditarik lalu digenggam. Nurul terkejut. Matanya tidak berkelip melihat tangannya yang digenggam kemas oleh Syed.

"Erkk..tangan—"

"Diam!! Dahlah jalan macam Datin! Lambat betul. Kita kena cepat tapi kau pula jalan macam nak tunggu bulan jatuh ke bumi," bebel Syed tanpa sempat isterinya menghabiskan ayatnya terlebih dahulu. Nurul hanya mampu pasrah saja. Dia dapat mendengar pelbagai bisikan dari orang di sekeliling tetapi dia hanya membuat pekak.

Datin Mirah mencerlung tajam ke arah Syed dan Nurul. Matanya jatuh ke arah tangan mereka berdua yang bergenggaman tangan. Begitu juga dengan Fryceyla.

"Mummy!! Tengok tu!! Syed pegang tangan perempuan tak guna tu!! Syed dah jatuh cinta dekat perempuan sial tu ke? Habis tu, macam mana dengan Ceyla? Ceyla ni bakal isteri dia tahu tak?" dengus Fryceyla tidak puashati. Datin Mirah juga turut berasa panas.

"Mesti ada yang tak kena ni. Syed bukan bodoh jatuh cinta dekat perempuan murah macam dia tu. Dia mesti dah sihir Syed," tuduh Datin Mirah.

"Ceyla pun rasa macam tu. Kalau mummy nak tahu, waktu Ceyla datang ke rumah Syed tadi, Ceyla nampak dia ada letakkan something dekat makanan Syed. Tapi waktu tu Ceyla sempat halang dan buang makanan tu. Tapi dia marah Ceyla dan yang paling Ceyla tak sangka, Syed sanggup bela dia daripada Ceyla. Sebab tu Ceyla datang sini seorang diri. Sebab Syed marah Ceyla suruh jalan ke sini dulu," fitnah Fryceyla dengan wajah yang sayu. Datin Mirah berasa marah. Dia memandang wajah Nurul dengan tajam.

"Dia buat macam tu dekat Ceyla?"

"Iya. Dia buat macam tu. Hmmm..apa salah Ceyla dekat dia eh? Ceyla ada buat jahat ke dekat dia? Ceyla tahu diri Ceyla tak sempurna macam dia. Tak menutup aurat macam dia. Ceyla sedar siapa diri Ceyla kalau nak dibandingkan dengan dia," ujarnya sayu lalu menundukkan kepalanya. Datin Mirah bertambah marah.

"Jangan cakap macam tu sayang. Ceyla takde salah apa-apa pun. Ceyla lagi sempurna daripada perempuan tak guna tu. Takpe, Ceyla jangan risau. Nanti mummy buat dia menyesal sebab buat Ceyla macam tu ye sayang," balas Datin Mirah sambil memeluk tubuh gadis tersebut. Fryceyla turut membalas pelukkannya dengan senyuman bahagia.

"Thank you, mummy."

"Sama-sama, sayang. Jangan risau eh?" kata Datin Mirah dibalas anggukan dari gadis itu. Pelukkan dileraikan oleh Datin Mirah.

"Mummy."

"Kenapa Syed datang lambat sangat? Syed tahu kan majlis mula awal. Kenapa Syed datang lambat?" kata Datin Mirah kepada anaknya.

"Syed ada sebab kenapa Syed datang lewat," balas Syed dingin malas bertengkar dengan ibunya. Datin Mirah memandang wajah Nurul.

"Sebab apa? Sebab Syed dah termakan sihir dengan perempuan ni kan?" tuduh Datin Mirah termakan hasutan dari Fryceyla. Gadis itu terus mencari alasan untuk pergi dari situ.

"Emm..mummy. Ceyla nak pergi toilet dulu eh?" katanya dan terus melangkah pergi. Syed mengerutkan keningnya.

"Apa mummy cakap ni? Boleh tak jangan merepek dekat sini mummy," kata Syed dengan perlahan.

"Syed dah pandai melawan eh sekarang? Mesti sebab perempuan tak guna ni!!"

"Mummy. Stop it!! Majlis dah nak mula. Nanti kita bincang lagi," balas Syed dingin. Datin Mirah menurut saja apa yang dikatakan oleh anaknya walaupun dia masih belum puashati.

"Kau pergi duduk sana dulu. Jangan pergi mana-mana pula." pesan Syed kepada Nurul. Gadis itu mengganguk perlahan. Syed terus meninggalkan Datin Mirah dan Nurul disitu.

"Kau buat apa dekat anak aku sampai dia sanggup lawan cakap aku? Kau sihir dia kan?" tuduh Datin Mirah. Nurul mengeluh.

"Aku takde masa nak sihir dia. Kau tanyalah sendiri dekat anak kau. Kenapa kau nak tanya aku?" malas Nurul. Datin Mirah mencengkam tangannya dengan kuat.

"Kau memang kurang ajar kan? Memang ibu dan ayah kau takde ajar kau ke?"

"Jangan sebut nama ibu dan ayah aku. Mereka takde kena mengenai dalam hal ni," balas Nurul mencerlung tajam ke dalam anak mata Datin Mirah.

"Perempuan murah!!"

"Aku bukan macam tu,"

"Kau masih tak sedar diri ke?"

"Aku—-"

"Dia memang perempuan murah dari dulu lagi,"

Mereka berdua memandang ke arah seseorang yang sedang menghampiri mereka. Nurul melihat wajah tersebut dan dia terkejut.

'Dia ada dekat sini?'

𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒Where stories live. Discover now