Chapter ~4~

26 4 3
                                    

Chanmi dan Yinjun berbalas pandangan dihadapan wad Jungwon sebelum Chanmi membuat keputusan untuk membuka pintu wad tersebut. Mata Chanmi mula berair apabila terpandang wajah adiknya yang terbaring lemah.

 Mata Chanmi mula berair apabila terpandang wajah adiknya yang terbaring lemah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ianya dah 16 tahun dia tak sedarkan diri!"jelas Chanmi. Yinjun perhatikan wajah Jungwon sebelum dahinya berkerut. Chanmi letak bunga yang dia beli bersama Yinjun ditepi katil jungwon.

"Are you sure dia dalam koma?"tanya Yinjun. Chanmi tersentak. Dia terus memandang Yinjun dengan pandangan bingung. "Wae awak tanya macam tu?"balas Chanmi. Yinjun pandang Chanmi seraya memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

"Sebab dia nampak macam bukan orang yang sedang koma!"balas Yinjun. Chanmi yang mendengar balasan Yinjun itu terus ketawa besar. "Saya faham apa yang awak nak maksudkan!"ujar Chanmi seraya melap air mata yang terkeluar akibat ketawa.

Chanmi terus mengelus rambut adiknya. "Ethan Oppa uruskan Jungwon dengan sangat baik... Dia upah doktor yang berkaliber dan nurse-nurse yang sangat bertanggungjawab. Sebab tu awak nampak adik saya macam bukan orang yang koma!"jelas Chanmi.

Yinjun hanya angkat bahunya tetapi dia yakin budak lelaki itu tidak koma. Entahlah kenapa firasatnya mengatakan seperti itu. Dia juga tidak faham dengan diri sendiri. Chanmi yang sedang mencium dahi Jungwon diperhatikan oleh Yinjun.

"Kau tak nak tahu kenapa aku letakkan syarat agar kau jadi isteri aku?"tanya Yinjun secara tiba-tiba. Dahi Chanmi mula berkerut. Bukankah lelaki itu sudah memberitahunya. "Bukan kau dah bagitahu?"tanya Chanmi semula.

Yinjun menggeleng perlahan. "Sebab sebenar.... Bukan sebab yang aku bagitahu kau pagi tadi!"ujar Yinjun. Chanmi terdiam sebentar. Dia terus memandang Yinjun. "Jangan paksa diri kalau kau tak nak bagitahu aku! Aku akan tunggu kau betul-betul kuat nak bagitahu aku!"ujar Chanmi.

Chanmi tahu yang Yinjun ada sesuatu yang dia rahsiakan. "Kau... Gumawo!"balas Yinjun. Chanmi tersenyum. "Ada sesetengah perkara kita tak boleh bagi tahu orang lain. Lagi pun, awak tak perlu risau sebab saya sendiri setuju untuk jadi isteri awak!"ujar Chanmi.

Suasana wad Jungwon mula berubah kekok. Chanmi yang sepertinya tidak tahan akan suasana itu terus bersuara. "Erm, Yinjun-shi... aku nak ke tandas sekejap!"pinta Chanmi seraya bangun daripada duduk.

Yinjun hanya mengangguk menandakan dia membenarkan gadis itu pergi. Sebaik sahaja pintu wad tertutup rapat, wajah Yinjun berubah dingin. Dia terus memandang Jungwon dengan pandangan tajam.

"Aku rasa kau dah boleh hentikan lakonan kau, Jeon Jungwon!"ujar Yinjun dan serentak itu bibir Jungwon mengukirkan senyuman. Dia terus bangun daripada baring dan memandang Yinjun.

"Aku tak sangka yang kau boleh tahu!"balas Jungwon seraya menolak rambut depannya ke belakang. "Aku tak bodoh macam kakak kau!"balas Yinjun ringkas. Mendengarkan perkataan bodoh yang ditujukan kepada kakaknya membuatkan Jungwon rasa sakit hati.

"Apa kau kata?!"soal Jungwon dengan nada tertahan-tahan. Matanya memandang Yinjun dengan tajam. "Aku nyatakan fakta... Kau yang buatkan kakak kau nampak bodoh! Jadi.... berapa lama kau dah tipu dia?"tanya Yinjun.

Jungwon terdiam. Dia tak dapat nafikan apa yang Yinjun katakan. Memang benar dia adalah penyebab Chanmi kelihatan bodoh. Dia perbodohkan Chanmi dengan berpura-pura koma. Tetapi dia ada sebab kenapa dia menipu Chanmi.

"16 Tahun..betul tak?"tanya Yinjun lagi dan kini Jungwon tidak dapat menyorokkan wajah terkejutnya.  Yinjun terus menggeleng kepalanya. "M-macam mana kau tahu?"tanya Jungwon. Yinjun terus gelengkan kepalanya.

Dia tak boleh bayangkan reaksi Chanmi apabila tahu semua ini. "Aku detektif!"balas Yinjun ringkas. Suasana antara mereka berdua mula sunyi. Kedua-duanya senyap. "Jungwon?"soal Chanmi.

Dia tercengang di hadapan pintu. Dia memandang adiknya dan Yinjun bersilih ganti. Matanya mula berkaca. "Jungwon!!"jerit Chanmi lalu berlari memeluk tubuh adiknya. Jungwon sedikit terkedu dengan perbuatan kakaknya.

"Kamu Jungwon kan?! Adik noona?!"tanya Chanmi penuh teruja. Habis wajah Jungwon dibelek oleh Chanmi. Yinjun yang memerhati hanya mampu melihat. "Jeon Chanmi!"tegur Yinjun.

Chanmi terus memandang Yinjun. Yinjun boleh nampak yang Chanmi gembira dan ianya buatkan dia rasa bersalah mahu memberitahu gadis itu tentang perkara sebenar. Dia mula mengeluh.

Lengan Chanmi ditarik sehingga gadis itu terduduk diatas pehanya. Chanmi tergamam. Matanya tidak berkelip memandang wajah dingin milik Yinjun. Tangan Yinjun mula memeluk pinggang Chanmi.

Jungwon terus mengetap bibirnya. Dia memandang Yinjun tajam. Chanmi pula kaku diatas pangkuan Yinjun. Bibir Yinjun mengukirkan senyuman sinis untuk Jungwon. "Hyung gembira yang bakal adik ipar hyung dah sedar!"ujar Yinjun sinis.

_____

Tuan Yeonjun yang sedang membaca laporan yang Tuan Taehyun berikan mula mengeluh. Puan Hanbyul hanya memerhatikan suaminya. Walaupun suaminya sudah bersara sepenuhnya daripada kedua-dua pekerjaan yang dilakukan sebelum ini.

"Ke semua ahli keluarga Oh menimpa nasib yang sama dengan keluarga Jeon!"ujar Tuan Yeonjun seraya melemparkan laporan itu diatas meja. "Pembunuhan besar-besaran?"tanya Puan Hanbyul.

Tuan Yeonjun terus bangun daripada duduknya sebelum menghampiri isterinya. "Keluarga Oh Sehun menimpa nasib yang sama dengan keluarga Jeon Jungkook... awak rasa apa yang terjadi sebenarnya?"soal Tuan Yeonjun.

Dia terus merehatkan kepalanya pada riba Puan Hanbyul. "Serial killer!"balas Puan Hanbyul sambil mengusap rambut Tuan Yeonjun. Tuan Yeonjun tersenyum kearah Puan Hanbyul. Puan Hanbyul membalas senyuman Tuan Yeonjun.

Baru sahaja dia mahu mencium bibir Tuan Yeonjun, pintu pejabat Tuan Yeonjun terbuka daripada luar. "Eomma! Appa!"jerit Hajun. Tuan Yeonjun dan Puan Hanbyul terus menjauh antara satu sama lain.

Tuan Yeonjun terus meremas rambutnya kasar sebagai tanda yang dia bengang dengan perilaku anak bongsunya. "Choi Hajun!!"seru Tuan Yeonjun penu geram. Hajun yang sedar yang dia telah melakukan satu kesilapan terus tersengih.

"Appa dah tua... jangan lah nak bermanja lagi!"ujar Hajun tanpa kesah perasaan Tuan Yeonjun. Puan Hanbyul tertawa kecil apabila Tuan Yeonjun mula duduk dihujung sofa sambil memeluk lutut.

Muka Tuan Yeonjun jelas sekali cemberut. "Kamu nak apa datang sini, Choi Hajun?"tanya Puan Hanbyul tenang. Dia sudah biasa dengan perilaku anak bongsunya yang selalu merosakkan waktu antara dia dan Tuan yeonjun.

Hajun terus bergerak mendekati ibunya. Dia terus mencapai tangan Puan Hanbyul. "Eomma betul ke hyung nak kahwin? semua tu palsu je kan? mustahil hyung dah lupakan bella noona kan?!"tanya Hajun penuh terdesak.

Puan Hanbyul terus tertawa besar. Habis merah wajahnya kerana ketawa. Tuan Yeonjun pula tersenyum kecil sambil memerhatikan isterinya. "Betullah tu... Hyung kamu dah nak kahwin!"balas Puan Hanbyul sebaik sahaja dia habis ketawa.

Hajun terus melopong. Dia seperti tidak boleh percaya dengan apa yang telah dia dengar. Abangnya yang selama ini menolak untuk bercinta dan berkahwin selepas kematian Bella tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Eomma bergurau, kan?"tanya Hajun cuba untuk bertenang. Puan Hanbyul terus menggeleng. Pipi anak lelakinya terus disentuh. "Eomma tak bergurau, Choi Hajun... kejap lagi hyung kamu balik. Bolehlah kamu berkenal dengan bakal isteri dia!"ujar Puan Hanbyul dengan senyuman lebar.

"Kami dah balik!"

kebetulan suara jeritan Yinjun bergema. "Pergilah jumpa bakal kakak ipar kamu!"ujar Puan Hanbyul dengan nada nakal. Dia sempat mengenyitkan mata pada Tuan Yeonjun. Tuan Yeonjun pula sudah tersenyum lebar.

TO BE CONTINUED.

sorry sebab dah lama tak update... lately.. ah, saya malas nak cerita tapi i will try to update lagi. the burden makin lama makin besar... itu ja. Thank you.

Enjoy your reading. Thank you.

The Hidden : TruthWhere stories live. Discover now