Chapter ~17~

4 0 0
                                    

Chanmi berikan fokus sepenuhnya pada Yinjun yang sedang membentang rancangan dihadapannya. Ahli Team 8 yang lain hanya mendengar rancangan Yinjun melalui video call.

Mereka terpaksa menggunakan cara itu memandangkan hari sudah pun lewat malam dan kemungkinan target mereka sedang berkeliaran. Mereka tak mahu target mereka tahu yang mereka adalah polis.

"Ada soalan?" tanya Yinjun sambil membetulkan cermin mata anti blue light. Chanmi cepat-cepat alihkan pandangannya daripada Yinjun. Tindakan lelaki itu sedikit seksi.

Lebih-lebih lagi Yinjun memakai baju tidur satin berwarna biru gelap dan dadanya sedikit terdedah akibat tidak membutangkan sepenuhnya pakaiannya.

"Chanmi?" tanya Mark apabila gadis itu tidak merespon. Yang lain sudahpun memberikan respon yang mereka setuju dan tiada soalan berkenaan rancangan baharu Yinjun.

Chanmi mengeluh. "I'm in!" balas Chanmi. Dia terus mengemas bukunya sebelum bangun menuju kearah katil. Nasib sahaja mereka berkongsi komputer untuk mesyuarat itu.

Yinjun terus matikan video call. Cermin matanya dibuka lalu memerhatikan Chanmi. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"Are you okay?" tanya Yinjun seraya naik atas katil Chanmi dan memeluk gadis itu. Chanmi hanya biarkan. Sudah terbiasa dengan perbuatan Yinjun.

"Saya okay!" balas Chanmi. Haruman Yinjun membuatkan Chanmi hampir tertidur. Yinjun yang perasan Chanmi seperti mengantuk terus mencium kepala Chanmi.

"Tidurlah. Esok kita ada hari yang sangat panjang!" ujar Yinjun. Chanmi hanya menggumam kecil. Nampak sangat yang gadis itu kepenatan.

Tambahan lagi, Chanmi kehilangan sedikit selera makannya tadi semasa mereka berdua keluar makan. Yinjun faham yang Chanmi terganggu kerana Changmin.

"Yinjun!" gumam Chanmi mamai. Yinjun tersenyum. Dia eratkan pelukan pada pinggang Chanmi. "Aku disini! Jangan risau dan tidurlah dengan tenang!" bisik Yinjun.

Chanmi tersenyum kecil. "Gumawo!" balas Chanmi sebelum benar-benar terlelap. Yinjun lepaskan tubuh Chanmi selepas gadis itu tertidur penuh nyenyak.

Dia mula bangun dan mengambil jaketnya. Tanpa Chanmi sedar, Yinjun dan beberapa ahli Team 8 mempunyai misi lain malam itu. Mereka mempunyai misi untuk mendapatkan maklumat.

"Ooh, Yinjun-shi!" tegur Riki yang berpakaian serba hitam. Mark dan Kevin gelengkan kepala apabila melihat pakaian Yinjun. Lelaki itu tidak mengubah pakaian tidurnya langsung.

"Tak perlu bazirkan pakaian!" ujar Yinjun penuh selamba. Hanya mereka berempat sahaja yang akan menjalankan misi ini pada waktu itu.

Aebin, Sowon dan Maya tinggal di dalam Hotel sama seperti Chanmi manakala Changmin dan Minha bertugas untuk meletakkan camera tersembunyi di beberapa lokasi.

"Jangan lakukan perkara lain selain daripada mengintip target!" pesan Mark sebelum mereka berempat berpecah sebaik sahaja mereka tiba ke lokasi yang dikenal pasti sebaik hot-spot target.

Yinjun mula mengetuk jarinya pada peha nya sambil memerhatikan target. Antara mereka berempat, hanya dia sahaja berada paling dekat dengan target mereka.

Lee Seongsu, dia adalah seorang pengedar dadah terbesar di korea dan pemilik syarikat pembunuh upahan. Misi mereka adalah menangkap lelaki itu untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pembunuhan keluarga Jeon.

"Bos suruh cari tentang Jeon Chanmi!" ujar Seongsu kepada salah seorang orang suruhannya. Yinjun tersentak apabila nama Chanmi ditutur oleh lelaki berumur 42 tahun itu.

"Mangsa mereka yang jadi polis tu?" tanya Song, orang suruhan Seongsu. Seongsu mengangguk mengiyakan. "Dia nak tahu segala-galanya tentang perempuan tu!" balas Seongsu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Hidden : TruthWhere stories live. Discover now