Chapter ~8~

22 2 0
                                    

Yinjun pandang Sunghoon dengan pandangan tajam manakala Yeonha memeluk Chanmi penuh suka. Tangannya sibuk menyuap mulut Chanmi dengan makanan yang Sunghoon beli.

"Kau buat apa dekat sini, Hoon?"tanya Yeonha selepas puas menyuap Chanmi. Chanmi pula sibuk menikmati makanannya. Puan Hanbyul pula hanya tenang menikmati tehnya walaupun situasi di ruang tamu itu sedikit tegang.

 Puan Hanbyul pula hanya tenang menikmati tehnya walaupun situasi di ruang tamu itu sedikit tegang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sunghoon berdehem perlahan. Dia terus mengalihkan pandangan kepada Yeonha. "Aku datang sebab ada benda yang aku nak bincang dengan noona pasal kerja!"jujur Sunghoon. Yeonha mengangguk faham.

"Tapi aku tak sangka pula yang aku bakal terjumpa Chanmi dekat sini!"tambah Sunghoon sambil memandang Chanmi yang langsung tak kesah dengan keadaan sekeliling. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.

Kening Puan Hanbyul terus terjungkit sedikit. Dia berminat dengan apa yang Sunghoon baru sahaja katakan. Dia terus menjeling anak lelakinya yang kelihatan seperti serigala. Bila-bila masa sahaja boleh menyerang targetnya.

"Kamu kenal Chanmi?"tanya Puan Hanbyul. Sunghoon terus mengangguk mengiyakan. "Dia kawan Chanmi masa mereka belajar dekat universiti dulu, eomma!"sampuk Yinjun. Matanya tidak lepas daripada memandang Sunghoon tajam.

Sesiapa yang nampak pandangan Yinjun pasti tahu yang lelaki itu sedang mengawal perasaannya. Chanmi terus membulatkan matanya apabila mendengar kata-kata Yinjun. "Macam mana awak tahu?!"soal Chanmi yang jelas sekali terkejut.

Yeonha terus tersenyum manis. Dia terus membelai rambut Chanmi. "Chan tak tahu ke? Yinjun dulu adalah senior dekat Universiti kamu!"jelas Yeonha. Chanmi yang tak sangka akan fakta itu terus melopongkan mulutnya.

Dia memandang Yinjun dengan pandangan tidak percaya. Bagaimana dia tak tahu yang Yinjun adalah bekas seniornya dulu. "Yinjun, apa kata kamu bawa Chanmi naik ke atas sekarang? Eomma rasa Chanmi mesti penat tolong eomma dengan layan kamu dekat dapur!"ujar Puan Hanbyul.

Puan Hanbyul tahu mood Yinjun semakin tidak baik kerana Sunghoon tidak berhenti daripada memandang Chanmi. Anak saudaranya itu kelihatan seperti telah dipukau apabila memandang Chanmi. Yinjun mengangguk setuju dengan kata-kata ibunya.

Dia terus berdiri dan hulurkan tangan kepada Chanmi. Chanmi pandang tangan Yinjun sebentar. "Jom naik atas!"ajak Yinjun. Chanmi jadi sedikit ragu tetapi dia tetap menyambut huluran Yinjun. "Kami naik dulu!"pamit Chanmi seraya menunduk hormat.

Sunghoon yang baru mahu menghalang Chanmi untuk pergi terkejut apabila Puan Hanbyul secara tiba-tiba sahaja berdehem. Sunghoon menoleh memandang Puan Hanbyul. Puan Hanbyul hadiahkan dia satu senyuman manis.

"Kamu bincanglah dengan Yeonha, Sunghoon. Imo nak naik atas tengok samchon kamu. Pastikan kamu tak balik lewat, risau appa kamu risau pula!"pesan Puan Hanbyul lembut tetapi ada sedikit ketegasan.

Puan Hanbyul sempat mengenyitkan mata kepada anak perempuannya. Pipi Yeonha terus merona merah. Sekarang dia faham apa yang ibunya cuba lakukan. Dia tak tahu sejak bila Puan Hanbyul tahu yang dia sukakan sepupunya sendiri.

"Betul ke yang awak ni senior saya dulu?"tanya Chanmi sebaik sahaja dia dan Yinjun sampai ke dalam bilik tidur Yinjun. Yinjun diam sebentar. "Yups... Aku ada je dekat sekeliling kau sebelum ni.. Kau sahaja yang tak kenal dan ingat aku!"balas Yinjun.

Dia terus merebahkan diri diatas tilam manakala Chanmi duduk diatas sofa. Yinjun pejamkan matanya sebentar. Chanmi mengangguk faham. "Mungkin juga. Lagipun ada senior saya pesan supaya tak terlalu bergaul dengan pelajar lain yang saya tak rapat kalau nak belajar!"balas Chanmi.

Dahi Yinjun berkerut. Dia terus celikkan matanya kembali. Dia memandang tepat kearah Chanmi. "Senior kau? Nugu?"tanya Yinjun. Chanmi tersenyum. "Bella eonni!"balas Chanmi. Yinjun tersentak apabila mendengar nama Bella.

Dia mula mengepalkan penumbuknya. Sampai begitu sekali Bella cuba untuk menjauhkan Chanmi daripada dirinya. "Apa lagi Bella cakap dengan kau?"soal Yinjun dengan nada suara yang tertahan-tahan.

"Eonni buat semua tu sebab dia tak nak saya lalui kejadian yang sama. Eonni cakap saya tak boleh terlalu percayakan orang lain. Bila-bila masa sahaja orang lain boleh tikam belakang kita!"balas Chanmi dengan polos.

"Kejadian yang sama?"tanya Yinjun. Chanmi terus menunduk. "Nae, eonni syak yang keluarga saya kena bunuh sebab unsur khianat. Kemungkinan yang bunuh ibu bapa saya adalah orang yang rapat dengan mereka!"balas Chanmi.

Dia mula bermain dengan jarinya. Dia tak salahkan Bella apabila gadis itu berfikir seperti itu kerana dia juga terfikirkan perkara yang sama. Yinjun terus bangun daripada baring. Dia bangun dan menghampiri Chanmi dengan senyap.

"Tapi bila fikirkan balik. Saya tak patut juga ikut kata-kata eonni secara penuh... tak salah berhati-hati tapi tak bermakna kita perlu jadi anti-social!"ujar Chanmi. Tetapi sebaik sahaja dia mengangkat kepalanya. Dia dikejutkan dengan figura Yinjun dihadapannya.

Tangan Yinjun mula menyentuh pipi Chanmi. "Wae?"soal Yinjun. Matanya redup sahaja merenung Chanmi membuatkan perasaan sedih yang hadir pada diri Chanmi apabila memikirkan ibu bapanya hilang serta merta.

Chanmi ketap bibirnya. "Sebab Sowon kata Bella eonni cuma nak gunakan saya supaya populariti dia tak terjejas!"jawab Chanmi. Yinjun terus memeluk Chanmi. "Gwaenchana... sekarang Bella dah tak ada.. Kau dan aku dah bebas!"ujar Yinjun.

Chanmi tersenyum. Dia selesa dengan pelukan Yinjun. Walaupun dia tak berapa faham dengan maksud Yinjun yang dia juga sudah bebas daripada Bella. "Chanmi!"seru Yinjun. Chanmi terus merenung Yinjun.

"Waeyo?"tanya Chanmi. Bibir Yinjun terus mengukirkan senyuman sinis. "Apa kata kau cium aku daripada ingat balik benda dah lepas?"cadang Yinjun dengan pandangan nakal. Chanmi terus memandang Yinjun dengan pandangan tajam.

Dia terus memukul bahu lelaki itu sehingga jarak mereka bertambah. "Jangan nak gatal sangat eh!"ujar Chanmi sambil mencebik. Yinjun terus ketawa besar. "Jangan lah kedekut sangat... Bagilah upah sebab pujuk dan tenangkan kau!"ujar Yinjun dengan nada mengada-ngada.

Chanmi terus menjegilkan matanya memandang Yinjun. Sungguh dia tak sangka yang Yinjun yang beku itu ada sisi seperti itu. "Jangan mengada!"balas Chanmi seraya pergi mengambil tuala dan juga pakaiannya.

Dia terus bergerak masuk ke dalam bilik mandi tanpa mengendahkan Yinjun yang memandangnya dengan pandangan minta simpati. Mata Yinjun terus berubah dingin sebaik sahaja pintu bilik mandi tertutup.

"Bella Han!"gumamnya dengan nada marah. Yinjun yang baru sahaja mahu bangun dari sofa terkejut apabila telefonnya berdering. Dahinya berkerut apabila Tuan Hueningkai menelefon dirinya.

"Kenapa Chanmi ada dekat sini, Yeon noona?"tanya Sunghoon sedikit dingin selepas perbincangan mereka tamat. Yeonha terus menutup mulutnya. Dia pandang Sunghoon. "Noona?"seru Sunghoon sambil melambaikan tangannya dihadapan Yeonha.

Yeonha tersenyum tipis. Sejujurnya dia sedikit sakit hati apabila Sunghoon bertanya tentang Chanmi. Adakah hanya gadis itu sahaja yang Sunghoon boleh nampak dalam hidup?. Tangannya mula mencapai cawan tehnya.

Dia menyisip sedikit sisa tehnya. "Takkan kamu tak boleh teka?"tanya Yeonha semula tetapi nada suaranya berubah dingin. Dia memandang Sunghoon dengan pandangan kosong. Sunghoon ketapkan bibirnya.

"Seolma?... Bakal tunang Yinjun hyung adalah Chanmi?!"soalnya dengan nada yang sangat tinggi. Yeonha hanya mengangguk mengiyakan. Dia terus bangkit daripada duduknya. "Apa kata kamu balik sekarang? dah lewat ni, Choi Sunghoon!"ujar Yeonha seraya bergerak meninggalkan Sunghoon.

"Yeon, jagakan Chanmi untuk aku!"ujar Yinjun apabila terserempak dengan Yeonha ditangga rumah. Dahi Yeonha berkerut apabila Yinjun kelihatan tergesa-gesa dan tegang. "Yah, Choi Yinjun!"jerit Yeonha.

To Be Continued.

The Hidden : TruthWhere stories live. Discover now