Matanya yang terasa berat perlahan-lahan di buka menggunakan tenaga yang ada. "Sowon!"ujar Chanmi. Sowon menoleh memandang Chanmi sebelum wajah jengkel mula terhasil pada wajahnya.
"Dekat syurga pun aku kena hadap kau lagi ke?"soal Sowon menyampah. Chanmi ketap bibirnya. "Kim Sowon!!"jerit Chanmi geram seraya memukul lengan Sowon. Sowon terus melindungi dirinya menggunakan bantal sambil ketawa kecil."Mianhae!"rayu Sowon apabila Chanmi tidak berhenti memukulnya. "Chanmi noona!"tegur Beomha seraya menahan Chanmi daripada terus memukul Sowon. Wajah Chanmi menunjukkan emosi gadis itu.
Sowon pandang Chanmi apabila satu tangisan terlepas daripada gadis itu. Beomha sedikit terkejut apabila melihat Chanmi menangis. Dia dan Sowon berbalas pandangan. Sowon bangun daripada katilnya.
Dia terus menghampiri Chanmi. "Yah!"seru Sowon. Dia terus memeluk tubuh Chanmi. Chanmi membalas pelukan Sowon dengan pelukan yang sangat erat. "Pabo!"maki Chanmi sambil membenamkan wajahnya pada dada Sowon.
Sowon mengeluh. "Kau tak tahu betapa takutnya aku kalau kau juga tinggalkan aku sama macam eomma appa!"luah Chanmi yang masih lagi menangis. "Aku minta maaf, Chanmi!"ujar Sowon. Perasaan bersalah hadir dalam dirinya.
"Ehem!"Yinjun yang datang terus berdehem. Dia tak sukakan pandangan yang tersaji dihadapannya. Perasaan cemburu cuba di kawal. Dia tahu Chanmi sayangkan Sowon tak lebih daripada seorang keluarga.
Lagipun mereka berdua membesar bersama sejak kecil. Malah, mereka berdua kehilangan orang tersayang disebabkan tragedi yang sama. Tetapi, dia tak boleh menolong dirinya yang mempunyai perasaan cemburu yang terlalu kuat.
Chanmi cebikkan bibirnya sebaik sahaja terpandang Yinjun. Air matanya dilap sambil sesekali menyedut kembali hingusnya. Beomha terus membuat wajah jijik. "Tak senonohlah noona ni!!"jerit Beomha yang jelas sekali geli dengan perbuatan Chanmi.
Chanmi endahkan Beomha. Ingat dia peduli ke kalau senonoh atau tidak. Sowon pandang Yinjun sebentar sebelum kembali memandang si manja Chanmi. "Chan!"seru Sowon. Sowon menyentuh tangan Chanmi. "Wae?"tanya Chanmi.
YOU ARE READING
The Hidden : Truth
FanfictionSudah 16 tahun berlalu sejak pembunuhan keluarga Jeon secara besar-besaran. Dari Jeon Jungkook sehingga Jeon Jinwoo. Kes pembunuhan itu tidak dapat dirungkaikan sehingga sekarang. Hanya Jeon Chanmi sahaja yang terselamat daripada pembunuhan itu. Dis...