Chapter ~5~

28 3 5
                                    

Hajun memandang gadis dihadapannya dengan pandangan tidak percaya. "Chanmi noona?!"soalnya terkejut. Yeonha pula hanya tersenyum.

Hajun pandang pula abangnya. "Hyung... Kau-"belum sempat Hajun habiskan kata-kata nya, Yeonha terlebih dahulu memotong. "Annyeong, Jeon Chanmi! Saya Choi Yeonha! Kembar Yinjun!"perkenal Yeonha.

Chanmi sedikit terpaku kerana persamaan antara Yinjun dan Yeonha terlalu ketara. "Annyeonghaseyo, eonni. Selamat berkenalan!"balas Chanmi dengan sopan.

Yeonha yang melihat tingkah Chanmi mula teruja. Dia terus memukul lengan Hajun. "Comelnya~!"jerit Yeonha. Dia mula mendekati Chanmi dan ingin memeluk gadis itu.

Tetapi Yinjun terlebih dahulu menghalang kembarnya daripada mendekati Chanmi. "Aku tak benarkan kau peluk dia!"ujar Yinjun. Dia memandang Yeonha dengan pandangan tajam.

Yeonha terus mencebik sambil memeluk tubuh. "Yah, Choi Yinjun!"marah Yeonha. Puan Hanbyul mula menggelengkan kepalanya. Ada sahaja tingkah anak-anaknya ini.

"Sudah! Kamu semua jangan nak buat perangai depan tetamu... Yinjun, bawa Chanmi berehat dekat atas. Mesti dia penat!"ujar Puan Hanbyul. Yinjun mengangguk seraya membawa Chanmi naik ke tingkat atas.

Tuan Yeonjun yang perasan akan anak bongsunya yang terdiam terus menyentuh bahu Hajun. "Kamu kenapa, Hajun?kamu tak sukakan bakal kakak ipar kamu?"tanya Tuan Yeonjun dengan lembut.

Hajun tersentak. Dia terus menggeleng. "Aniya... Bukan macam tu!"dalih Hajun. Kening Tuan Yeonjun terus terangkat. "Jadi kenapa kamu macam tak berapa suka?"tanya Tuan Yeonjun.

Hajun ketap bibirnya. "Sebab.... Hajun rasa bersalah dengan Chanmi noona!"jujur Hajun. Dahi Tuan Yeonjun berkerut. "Apa maksud kamu?"tanya Tuan Yeonjun yang jelas sekali tidak faham.

"Appa ingat tak yang Jun pernah kena buli dekat sekolah menengah dulu?"tanya Hajun. Tuan Yeonjun mengangguk. Semestinya dia ingat kerana perkara itu telah menyebabkan dia menyaman ramai orang.

"Chanmi noona yang selamatkan Hajun dekat lorong tu... Ermmm, Hajun masih ingat Chanmi noona tak dapat gerakkan tangan dia!"ujar Hajun seraya meraup wajahnya. Memori itu masih segar dalam ingatan Hajun.

Setahu Hajun, Chanmi kebetulan melalui lorong itu untuk menjejak penjenayah tetapi apa yang Chanmi nampak adalah Hajun yang dibuli oleh beberapa orang pelajar.

Disebabkan rasa ingin melindungi itu menyebabkan Chanmi membuat keputusan untuk melawan pembuli Hajun. Tuan Yeonjun tersenyum. Dia terus memeluk anak lelakinya.

"Jadi kenapa kamu rasa bersalah? Abang kamu boleh lindungi Chanmi sekarang!"ujar Tuan Yeonjun. Hajun terus mencebik. "Appa, Hyung masih tak boleh lupakan Bella noona! Macam mana dia nak jaga Chanmi noona?"soal Hajun tak puas hati.

Yeonha yang sejak tadi mendengar perbualan ayah dan adiknya mula tersenyum manis. Dia semakin suka dengan kehadiran Chanmi. Lagipun dia rasa Chanmi sesuai dengan Yinjun.

Mereka berdua mempunyai perwatakan yang berbeza. Pasti hubungan itu tidak berapa bosan berbanding hubungan orang lain. "Mana tahu Chanmi boleh buka hati Yinjun?"ujar Yeonha.

Hajun yang mendengar ayat Yeonha terus mencerlung memandang kakaknya. Yeonha pula hanya mengendahkan Hajun. Ingat dia takut dengan adiknya itu.

"Kau rehatlah dulu!"ujar Yinjun. Chanmi mengangguk. Sememangnya dia sedikit penat. Dia terlalu gembira apabila mengetahui yang Jungwon sudah sedar dan adiknya itu dalam keadaan yang baik.

Yinjun buka tali lehernya sebelum dia bergerak ke sofa dan baring. Tangannya diletakkan diatas kepala sambil mata terpejam. Chanmi pula terus mengeluarkan telefonnya sebelum mengambil keputusan untuk duduk diatas lantai.

The Hidden : TruthWhere stories live. Discover now