PRÕLÕG

53 4 9
                                    

Dia memandang ibunya yang sedang menarik dirinya. Dia boleh nampak yang ibunya kelihatan cemas. "Eomma, kenapa kita tinggalkan halmeoni, harabeoji dan Appa?"tanya Chanmi yang ketika itu berusia 10 tahun.

Adik Chanmi yang berada dalam dukungan ibunya dipandang sekilas oleh Chanmi. Adiknya itu tidak sedarkan diri akibat kecederaan yang diterima.

Aerina berhenti berlari. Dia memandang Chanmi. "Anak eomma sayang...kamu budak baik kan?"tanya Aerina. Chanmi mengangguk mengiyakan.

"Dengar sini, Jeon Chanmi... Kamu dan Jungwon adalah penerus keluarga kita. Bawa adik kamu pergi hospital milik keluarga Sim. Kamu tahukan dimana?"tanya Aerina.

Chanmi mengangguk mengiyakan. "Tapi kenapa?"tanya Chanmi. Aerina tersenyum. Dia serahkan Jungwon kepada Chanmi dan Chanmi terus mendukung adiknya.

"Kamu sayangkan eomma kan?"tanya Aerina sekali lagi. Chanmi mengangguk. Aerina tersenyum. "Jadi bawa adik kamu dan pastikan dia dapatkan rawatan. Kamu jangan sesekali pandang belakang. Arraseo?"arah Aerina.

Chanmi ketap bibirnya. Aerina memandang dia dengan pandangan penuh harapan. "Nae, eomma!"balas Chanmi. Aerina terus tersenyum. "Eomma dan Appa sayangkan kamu chanmi-ya!"bisik Aerina.

Dia terus menolak Chanmi mengarahkan anak perempuannya melarikan diri. Chanmi pegang tubuh Jungwon dengan erat agar adiknya tidak terjatuh.

Air mata Chanmi jatuh apabila dia dengar bunyi tembakan daripada arah tempat dia meninggalkan ibunya. "Noona.."seru Jungwon lemah. Chanmi ketap bibirnya.

"Gwaenchana, Jung. Kita dah nak sampai!"ujar Chanmi. Adiknya itu tersedar daripada pengsan. Jungwon pandang Chanmi walaupun pandangannya tidak jelas.

Chanmi menahan satu teksi lalu meminta agar dibawa ke hospital milik keluarga Sim. "Chanmi-ya!"ujar Aeyeon, kakak kembar kepada Aerina.

Aeyeon terus mengarahkan pekerja untuk merawat Jungwon dengan segera. Chanmi menangis teresak-esak. "Kenapa ni, Chanmi?"tanya Aeyeon penuh kerisauan.

"Sayang?"seru suami Aeyeon iaitu Edward Sim. Jake terkejut apabila melihat sepupu paling dia sayang sedang menangis. "Chan?"soalnya lalu menghampiri Chanmi.

Ethan iaitu abang Jake hanya mampu memandang sahaja. "Eomma dan Appa dah tak ada!"ujar Chanmi. Aeyeon terkejut. Dia memandang Chanmi dengan mata yang membulat.

"Apa maksud kamu?!!"jerit Aeyeon akibat terlalu terkejut. Edward terus memeluk isterinya. Jake dan Ethan memandang Chanmi dengan pandangan kesian.

The Hidden : TruthWhere stories live. Discover now