ෆ Q H ෆ

211 8 2
                                    

Alisyha Humaira.

Nama seindah rupa tapi tidak pada perwatakannya. Seorang gadis yang agak kasar dan terdedah sana sini.

Perancangan Allah itu indah. Dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang sanggup menerima baik buruknya. Dialah lelaki yang mengubah Alisyha Humaira daripada seorang yang kasar dan tidak menutup aurat kepada seorang yang menjaga pandangan , berpakaian menutup aurat dan mempunyai rasa malu dalam diri.

------------------------

" Apa masalah you hah ?! Tiba - tiba datang masuk meminang i . Kita tak pernah kenal pun kan ? " amuk Alisyha.

Gila. Bagi dia lelaki dihadapannya ini gila. Kenal pun tidak know know dah nak jadi tunang orang.

" Cik Humaira , saya ikhlas dengan awak. Lagi satu , keluarga kita saling kenal mengenali . Awak lupa ? " lelaki itu berkata. Pandangan lelaki itu setia memandang cawan dihadapannya.

" Eh i tahu lah umi you dengan mummy i rapat. Tapi , ia bukan bermaksud kita pun kena jadi kawan. I tak kira , i nak you batalkan semua ini. " Alisyha memberi arahan keras.

" No , i won't "

----------------------------

" You ni asyik pandang bawah je ! Buruk sangat ke muka i ni ? "

Qarizh memandang Alisyha sekilas lalu menghadiahkan senyuman nipis . Tidak mengeluarkan sebarang suara pun . Dibiarkan sahaja pertanyaan Alisyha Humaira bagaikan angin berlalu.

Oleh kerana tidak mahu mencetuskan pergaduhan , Alisyha Humaira hanya mengendahkannya . Dari sudut hati Alisyha , dia sedar akan sesuatu.

Lelaki dihadapannya ini benar benar menjaga pandangan dan tidak pernah langsung mengambil kesempatan terhadapnya. Berbeza pula dengan rakan lelakinya yang lain.

꧁15 oct 2021꧂

QARIZH HUMAIRA Where stories live. Discover now