𝗘𝗣𝟬𝟮 | 𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗯𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮

195 36 94
                                    

"Oi, Lee Heeseung ! Merata aku carik kat sini jugak kau" tegur Jay sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan sunbaenya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Oi, Lee Heeseung ! Merata aku carik kat sini jugak kau" tegur Jay sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan sunbaenya itu. Dia ketawa kecil memandang Heeseung yang tekun membaca buku. Menanti reaksi pelajar tersebut apabila dipanggil dengan namanya tanpa gelaran sunbae.

Bibirnya menjuih apabila Heeseung tidak menghiraukan dia. Lelaki itu malah menyelak muka surat sebelah. Wajahnya menjadi cemberut.

"Sunbae, kau ni tak bosan ke baca buku memanjang. Kau nak dengar cerita aku tak harini ?" Jay mengangkat kening. Matanya bundar seperti anak kucing meminta perhatian dari tuannya.

Heeseung masih diam tak membalas. Senyuman Jay mati. Dia melontar pandangan ke padang di tepi mereka. Sekumpulan pelajar lelaki yang sedang menjerit - jerit bermain bola menarik perhatiannya.

"Jake, berapa kali sunbae cakap pakai tie elok - elok" tegur Heeseung tegas.

Jake yang sedang membongkok di belakang sunbaenya tercengang. Dia terus berdiri bercekak pinggang. Rasanya tadi, tiada siapa yang perasan akan kehadiran dia. Sedangkan Jay yang duduk berhadapan dengannya pun tidak sedar.

"Macam mana sunbae tahu ni ? Ish, tak bestlah" rengeknya sambil membetulkan tali leher yang terlonggar sejak tengah hari tadi. Sengaja dia tak betulkan. Mahu kelihatan berbeza dari pelajar yang lainlah katakan.

Punggungnya dihenyakkan di sebelah Jay. Sahabatnya menjeling mengejek.

"Dia tahu kau datang sebab bau kau tu busuk sangat. Dari jauh sana boleh bau. Ei, busuknya. Bluerk !" ejek Jay memicit hidung sendiri.

Lelaki itu mengacah mahu menumbuk. Jay mengelak sambil ketawa suka. Rambut Jake dikusutkan tanpa izin membuatkan pelajar tersebut mengetap gigi.

Maka bermulah pergaduhan antara anjing dan kucing jadian di pinggir padang sekolah. Jake menjerit benci apabila Jay berjaya mengelak dari tangannya.

"Sunbae, tengoklah Jay ni !" adunya.

Jay menjelirkan lidah. "Sunbae tak nak pandang aku. Cerita aku pun dia tak nak dengar" matanya menjeling Heeseung yang masih tenang membaca buku sedangkan ribut badai di hadapan.

"Kalau kau nak bercerita tentang bekas - bekas teman wanita kau, sunbae tak nak dengar" ucap Heeseung menyelak muka surat seterusnya.

Sebungkus plastik putih diletakkan di hadapan mereka bertiga membuatkan tiga orang pelajar itu mendongak.

Sunghoon mengukirkan senyuman lebar sambil mengoyang - goyangkan kening. Isi dari beg plastik yang dibawanya diangkat keluar. Empat botol susu berperisa pisang diletakkan di hadapan wajah masing - masing.

"Harini Sunghoon oppa belanja !" ujarnya bangga. Tangannya bercekak ke pinggang seperti orang kaya yang melabur duit kepada orang ramai.

Jake dan Jay pantas mengambil hadiah pemberian lelaki tersebut. Straw putih yang disediakan dicucuk masuk lalu disedut isinya tanpa menunggu lama.

"Huwa ! Sunghoon oppa, cool gila" Jake memuji seperti seorang pelajar perempuan yang kagum kepada lelaki idamannya.

Sunghoon ketawa lalu duduk bersebelahan dengan Heeseung. Botol lelaki itu ditebuk lalu dihulurkan. Matanya mengintai buku yang dibaca lelaki tua tersebut.

Heeseung akhirnya menutup buku. Dia mendongakkan kepala setelah kesekian kalinya.

Botol tadi disambut dengan ucapan terima kasih.

"Rajin kau belanja orang harini ?" Heeseung mengangkat kening. Selalunya antara mereka, Sunghoonlah yang paling liat mahu membawa keluar dompetnya.

Sunghoon mengangkat bahu selamba sambil menyisip susu ditangan.

"Ada budak perempuan confess dekat aku. Lepastu dia bagi hadiah banana milk ni. Aku bagilah dekat korang"

Ayat itu membuatkan ketiga - tiga pelajar yang berada di situ tenganga kaku. Nasib tak terkeluar saja susu di mulut mereka.

Jay membelek botol sebesar tapak tangannya itu. Sudah separuh kosong diminum. Rasa serba salah mencucuk - cucuk hati. Jake pula menekup mulut rasa seperti mahu menangis.

"Kau ni ! Budak perempuan tu bagi dekat kau kot. Asal bagi dekat kitorang macam tu je. Kesian dia !" marah Jay. Sunghoon menjuihkan bibir.

"Dah tu. Aku tak suka dekat dia. Takkan nak jadi Playboy Korea macam kau kot" jelingnya.

Jay memeluk Jake di sebelah tersentap. Sahabatnya menepuk - nepuk bahu lelaki itu suruh bersabar. Tadi bukan main lagi mahu bercakar.

"Kau dah cakap dengan dia ke ?" soal Heeseung tenang. Sunghoon mengangguk. Lagipula dia masih belum dapat membayangkan lagi dirinya menjadi teman lelaki seseorang.

Pelajar lelaki tersebut mengangguk membalas. Bukunya dibuka kembali. "Baguslah kalau macam tu. Sekurang - kurangnya kau tak mempermainkan perasaan dia"

Mereka semua senyap mendengar ayat dai Heeseung. Lelaki itu pernah terluka, dan dia tak mahu orang lain menerima nasib yang sama. Dan mereka tahu tentang itu.


TBC

𝗽𝗲𝗿𝗳𝗲𝗰𝘁𝗹𝘆 𝗳𝗶𝗻𝗲 | 𝗅𝖾𝖾 𝗁𝖾𝖾𝗌𝖾𝗎𝗇𝗀 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now