Kelas terpencil itu riuh dengan kehadiran pelajar - pelajar lelaki yang sedang bergurau senda sesama sendiri.
"Kawi Bawi Pok !"
Ruang kosong itu senyap seketika. Mereka memerhati jari yang dibawa keluar masing - masing. Salah seorang daripada mereka ganjil. Pelajar itu dipandang dengan senyuman senget di bibir.
"Kau kalah ! Sini cepat !" jerit Jungwon suka sambil menarik - narik lengan Niki mendekatinya dan Sunoo.
"Indian bop !" laung mereka berdua sebelum menjalankan hukuman.
Dua orang pelajar tersebut ketawa mengekek dapat kenakan sahabat mereka yang paling muda. Niki menarik wajah masam. Dia membelek jarinya kembali. Rasa - rasanya dia yang menang tadi.
"Mana ada ! Aku menanglah !" jeritnya tak berpuas hati. Tubuhnya sakit - sakit sengal ditumbuk lembut sebentar tadi. Jungwon dan Sunoo diam berpura - pura seakan mereka tidak mendengar aduan itu.
Mereka malah bertepuk tangan suka kerana berjaya.
Sliding door kelas ditolak menarik perhatian tiga orang pelajar tadi. Kelas itu kembali diam, masing - masing berpandangan antara satu sama lain.
"Ah, anyeonghaseyeo. Ha Minseo ibnida" Minseo menunduk hormat kepada tiga orang pelajar yang sedang berbaring meniarapa di hadapannya.
Matanya kelam - kabut mencari arah kekok fikirkan masuk pada waktu yang salah. Niki, Jungwon dan Sunoo terus bangun berdiri menunduk hormat malu. Mereka menggosok leher kekok sambil mencuit sahabat masing - masing di sebelah.
"Eoh, awak pelajar baru tu kan ?" tegur seseorang daripada belakang. Mereka semua berpaling.
Jay, Jake dan Sunghoon masuk memandang Minseo dari atas hingga ke bawah. Niki, Jungwon dan Sunoo berlari mendekati sunbae mereka. Tak menyangka ada orang yang mahu menyertai kelab catur mereka.
Minseo mengangguk menjawab soalan kepada Jake tadi. Senyuman manis diberikan.
"Ini kelab catur sekolah bukan ?" dia membawa keluar borang kelab yang diambil dari bilik guru.
Pelajar - pelajar itu semua berkurumun menjenguk borang yang diambil Sunghoon. Dahi mereka berkerut - kerut membaca maklumat peribadi gadis di hadapan mereka. Sejenak melihat wajahnya keliru sejenak kembali membaca borang tadi kembali.
"Korang buat apa ni ?" mereka berpusing.
"Eoh ? Lee Heeseung ! Bangaweo !" Minseo melambaikan tangannya tersenyum - senyum.
+×+
"Oh, jadinya dia satu kelas dengan sunbae la ?" soal Sunoo sekali lagi. Heeseung diam. Tidak mengangguk mahupun menggeleng.
Mereka kini duduk di dalam bulatan memperkenalkan diri masing - masing. Minseo mengerling lelaki di sebelahnya. Pelajar itu langsung tidak memandang dia sekejap pun.
Melihatkan semua masih kekok, dia bercadang untuk memulakan langkah pertama. Tangannya dihulurkan pada lelaki di sebelah kanan.
"Saya Minseo. Awak ?" pelajar tersebut menunding dirinya sendiri.
"Ah, aku Jay" tangannya turut menghulur mahu menyambut salam itu. Tapi belum sempat disentuh, tangannya ditepis.
Mata Heeseung menjeling tajam. "Kau memang suka bersalam dengan lelaki yang kau tak kenal ke ?" soalnya sinis.
Jay menelan air liur kelat bersandar ke Sunghoon sambil menggosok tangan yang ditampar manakala Minseo menarik tangannya semula. Dia menggeleng kepala pantas.
"Tapi dia kan kawan awak. Awak kawan saya. Jadi siapa kawan awak, kawan saya jugak" terangnya naif membuatkan Heeseung menunduk jengkel.
"Aku dah cakap kan aku tak nak berkawan dengan kau ?"
"Kemudian saya nak berkawan dengan siapa ? Semua pelajar kelas awak tak nak berkawan dengan saya" Minseo bermain dengan jari sendiri.
Jungwon mencuit pinggang sahabatnya. Matanya memberi isyarat menyuruh Sunoo berbuat sesuatu. Sunoo diam sebentar.
"Noona, kawan sajalah dengan kami. Lagipun kelab ni memang ada kami bertujuh je. Tak ada orang yang minat bermain catur. Kelab ni pun hampir saja ditutup" ucap Sunoo setelah menyusun kata. Tidak dia sedar dirinya dijeling seseorang.
Wajah Minseo mula cerah menyala. Senyumannya kembali kini dan semakin melebar.
"Betul ni ! Yes, dah ada kelab ! Hurray !" jeritan gadis itu mengundang senyuman manis di bibir mereka yang memandang. Sudah semestinya tidak termasuk Heeseung.
Niki menunduk ke hadapan mahu bersuara. "Noona, pandai main catur ?" soalnya.
Minseo mengangguk lalu mengangkat borangnya dipamerkan ke muka semua orang. Dia mengukirkan segihan yakin.
"Saya pernah jadi juara catur sekolah sebanyak tiga kali dan pernah menjadi wakil negara. Jadi, korang jangan risau. Kita akan naikkan balik kelab ni sama - sama" dia menggenggam tangan seperti memberi harapan kepada semua orang.
Mendengarkan saja ucapan yakinnya itu, semua orang bertepuk tangan kagum. Minseo kembang - kempis bangga dengan reaksi mereka. Dia tersengih - sengih seperti kerang busuk.
Jake di tepi semakin teruja memegang tangan Minseo dan wajah memints tolong. "Noona tolonglah Heeseung sunbae kami. Kesian dia nak naikkan kelab ni sorang - sorang" tangannya mengelap air mata palsu.
Minseo mengerling lelaki dingin di sebelahnya. Mata mereka bertentang seketika.
"Aku tak perlukan bantuan dan dan lepas ni panggil Minseo sunbae, bukan noona. Faham ?" arahnya tegas sambil menatap tangan Jake yang semakin selesa di tangan pelajar perempuan itu.
Jay menarik tangan sahabatnya pantas.
"Kalau kau tak nak kena tampar macam aku tadi, baik tangan kau duduk diam - diam dekat sini" bisiknya.
TBC
YOU ARE READING
𝗽𝗲𝗿𝗳𝗲𝗰𝘁𝗹𝘆 𝗳𝗶𝗻𝗲 | 𝗅𝖾𝖾 𝗁𝖾𝖾𝗌𝖾𝗎𝗇𝗀 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfiction"Dia seorang yang sempurna, tetapi dia tak tahu" Seorang lelaki yang berjaya menarik perhatian Ha Minseo. Setiap apa yang lelaki itu lakukan, semua dia ikuti. "Kita kan kawan ?" "Saya tak nak berkawan dengan awak" Dari sebuah persahabatan ke perh...