𝗘𝗣𝟭𝟮 | 𝗺𝗮𝗻𝗶𝘀𝗻𝘆𝗮 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮

186 34 62
                                    

"Huwa ! Seronoknya ! Esok cuti !" jerit Jay sambil mendepakan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Huwa ! Seronoknya ! Esok cuti !" jerit Jay sambil mendepakan tangan. Cuba untuk mengambil rasa seperti seorang Hero yang telah banyak berkorban untuk dunia.

Angan - angan lelaki itu terbantut tatkala kakinya dihentak batang mop.

"Sakitlah woi ! " marahnya sambil menjengilkan mata. Jake menjelirkan lidah.

"Kau tu buat drama hindustan apa dekat tengah - tengah sini ? Tak nampak orang tengah sibuk mengemas ?"

Bilik kelab catur petang ini riuh dengan kehadiran ahlinya yang bertugas untuk mengemas bilik kelab mereka. Hanya Jay seorang saja yang sedang bersenang lenang tanpa melakukan apa - apa.

Mereka semua bercekak pinggang tak berpuas hati. Jay ketawa kekok.

"Alah, janganlah marah. Nak berlakon sikit pun tak boleh" pujuknya.

Masing - masing mencebik tak mahu lepaskan dendam mereka tadi. Jay menyusun sepuluh jari mahu membuktikan bahawa maafnya itu ikhlas dari lubuk hati.

Sunghoon menyerahkan penyapu di tangannya. "Daripada kau berlakon tengah - tengah alam ni lebih baik kau tolong diorang menyapu" dia menunding ke arah Jungwon, Sunoo dan Niki.

Ketiga - tiga orang pelajar tersebut mengangguk setuju. Mata mereka menjeling geram. Jay menyerah kalah lalu mula ikut menyapu bilik. Cepat siap, cepat balik.

Pintu sliding dibuka. Heeseung menjengukkan kepala meliar mencari seseorang.

"Ha Minseo mana ?" soalnya pendek.

Mereka berenam berpandangan antara satu sama lain. Sudahlah tegur mereka pun tidak. Masuk - masuk terus cari Minseo sunbae ?

Lagipun kenapa harus Minseo sunbae ? Jarang dia mahu mencari gadis tersebut. Selalunya bertikam mata setiap kali bertemu.

Ini pasti ada sesuatu yang mereka tidak tahu telah berlaku.

"Tak ada. Kenapa sunbae carik dia ?" Niki menyoal semula. Mereka semua penasaran hubungan dua orang pelajar itu.

Heeseung menggeleng. "Tak ada apalah. Aku pergi dulu" ucapnya sebelum menutup pintu.

Semua terdiam. Masuk sini sebab nak cari Minseo sunbae sahaja ? Langsung tidak bertanya khabar kepada mereka mahupun mengucapkan selamat tinggal. Hulurkan tangan lagilah. Jauh panggang dari api.

Sekurang - kurangnya tolonglah susun meja ke apa. Tak guna punya presiden kelab. Mereka mendengus geram memikirkan perangai Heeseung yang pelik secara tiba - tiba.

Tak sampai beberapa minit kemudian, pintu sliding itu ditolak kembali.

"Korang ada nampak Lee Heeseung tak ?" Minseo masuk sambil menyelukkan tangan ke dalam poket jaketnya.

Kini, enam orang pelajar lelaki di dalam bilik kelab tersebut bercekak pinggang. Sah. Mereka berdua pasti mempunyai hubungan antara satu sama lain dan tiada siapa yang tahu.

"Tak ada. Lee Jungwon adalah" Jungwon mengernyitkan mata.

Jake di sebelah mengangguk. "Haah. Ini Lee Jake. Nak ?" dia menunding diri sendiri.

"Saya pula Lee Jay. Pilihlah mana satu yang sunbae nak" lelaki itu bersandar ke meja.

Minseo mencebik. Wajahnya masam mencuka disakat oleh junior sekolahnya sendiri. "Korang perli sunbae eh ?" decitnya. Takkanlah bertanya sikit pun salah ?

Risau gadis tersebut terasa hati, mereka menggeleng pantas.

"Heeseung sunbae tak ada. Baru je tadi cari sunbae. Rasanya dia pergi kelas kot" tutur Sunghoon jujur.

Senyuman Minseo kembali. Kepalanya mengangguk kecil sebagai tanda terima kasih. Kan senang kalau jawab dari tadi. Sebelum pintu ditutup kembali, sempat dia mengerling ke arah Jake di penjuru kelas.

"Jake, pakai tie elok - elok. Berapa kali dah sunbae pesan" bebelnya lalu menutup pintu.

Jake memegang kolar leher kemejanya. Raut wajah lelaki itu pucat kaget dengan sekilas tabiat milik Minseo.

"Aku dapat rasakan aura Heeseung sunbae dalam diri Minseo sunbae" dia menekup mulut ketakutan.


the end

𝗽𝗲𝗿𝗳𝗲𝗰𝘁𝗹𝘆 𝗳𝗶𝗻𝗲 | 𝗅𝖾𝖾 𝗁𝖾𝖾𝗌𝖾𝗎𝗇𝗀 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now