Minseo diam bersandar ke kepala katil. Dia menunduk tanpa membutirkan kata. Kain selimut putih dipandangnya kosong. Rasa seperti mahu meraung tapi entah. Mungkin air matanya sudah kering merayu - rayu pada Aleen sebentar tadi.
Penat dan tidak mahu keluar lagi.
Selepas dibuli, tubuh Minseo terasa lemah kemudian dia jatuh ke lantai pengsan. Sedar - sedar dirinya sudah berada di bilik kesihatan.
Kata jururawat, Heeseung yang mendukung bawanya ke sini. Namun, bayang lelaki itu langsung tak kelihatan. Ah, dia ada masalah dia sendiri. Takkan mahu kisahkan Minseo sepanjang hari.
"Sunbae ! Sunbae okay tak ?" Jay meluru masuk ke dalam bilik tersebut menerpanya di katil. Bergegar besi itu dibuatnya.
Sunghoon dan Jake membuntuti pelajar tersebut dari belakang. Riak mereka bertiga jelas terlihat risau. Senyuman nipis diberikan dengan tenang.
"Sunbae okay. Tak sakit mana pun. Jururawat cakap sunbae cuma terkejut saja"
Mereka mengangguk lega. Jay menghenyakkan punggung di kerusi pelawat manakala Jake duduk di katil sebelah memandangnya gusar. Sunghoon pula berpeluk tubuh bersebelahan gadis tersebut.
Minseo memandang kiri kanan. "Korang dari mana ? Heeseung mana ?"
Semua senyap tak menjawab menunduk kaku. Hati Minseo secara tiba - tiba mulai mendap. Raut wajahnya mendung memikirkan sesuatu yang buruk mungkin sedang berlaku.
"Sunghoon. Heeseung mana ?" soalnya sekali lagi mengharapkan sebuah jawapan.
Sunghoon masih kekal sama. Dia diam.
"Heeseung sunbae suruh kami jaga sunbae deiat sini tadi. Dia kata dia ada hal sikit di pejabat pengetua" Minseo menganggukkan kepala.
Tak mengapalah kalau lelaki itu ada halnya sendiri. Dia risau - risau kalau Heeseung lakukan perkara bodoh sahaja.
Mungkin atau tidak mungkin. Lee Heeseung mana pernah sukakan dia. Setiap apa yang dibuat pasti saja salah di matanya. Entah apa yang dia benci pun Minseo tak tahu. Dia cuma mahu berkawan. Itu sahaja.
"Ish, tak sangka Aleen sunbae tu jahat nak mampus. Kalau aku tahulah dia nak buat Minseo sunbae macam ni. Dah lama aku pijak - pijak muka dia" Jay mengetap gigi. Penumbuknya dikepalkan bulat - bulat.
Jake yang mendengar pun mengangguk setuju. "Dia ingat bapak dia kaya dia boleh buli orang suka hati ?"
Mereka berdua seperti sedang bersiap - siaga untuk berperang dengan Aleen sahaja. Tanpa sedar, Minseo mulai tersenyum.
Tak sangka ada juga yang prihatin tentang dia.
"Aleen sunbae yang mana satu ?" tanya Sunghoon yang tertinggal kereta api. Minseo ketawa kecil. "Awak ikut diorang marah - marah, tapi tak kenal ke Aleen tu siapa ?"
Pelajar tersebut mengangguk naif membuatkan Minseo ketawa lagi. Sunghoom terlalu baik untuk membenci seseorang. Jay menumbuk bahu sahabatnya jengkel.
Bukan main lagi ikut mereka mengamuk tadi. Rupa - rupanya tak kenal siapa yang mereka amukkan itu ?
"Ish, kau ni. Aleen sunbae yang pernah confess dekat kau tahun lepas tu la"
"Dia mana tahu yang mana satu. Tahun lepas nak dekat dua puluh perempuan confess dekat dia. Itu tak masuk sekolah luar lagi" sampuk Jake mengundang jelingan Sunghoon.
"Dah aku tak kenal. Tak kenallah" bebelnya rajuk seorang diri. Mahu main mengungkit kisah - kisah lama pula. Dia tak selesa dengan topik itu.
Minseo gelak hingga menampakkan gigi. Ketiga - tiga pemuda di sekelilingnya ikut tersenyum melihatkan dia yang kini semakin bertenaga. Bersyukur mereka berjaya mengembalikan senyuman manis tersebut.
Namun senyuman itu tidak lama. Pintu bilik kesihatan berdetum kuat dek dirempuh Sunoo kalut. Raut wajah pelajar muda itu kelat gusar kemerahan kerana berlari jauh.
"Hyung ! Betul ke Heeseung sunbae nak kena buang sekolah sebab bakar beg Aleen sunbae ? Nanti macam mana dengan kelab catur kita ?" soalnya tanpa memandang kiri kanan.
Jay, Jake dan Sunghoon meletakkan jari ke bibir namun semuanya sudah terlambat. Minseo membundarkan mata terkejut.
"Mana dia sekarang ?"
TBC
YOU ARE READING
𝗽𝗲𝗿𝗳𝗲𝗰𝘁𝗹𝘆 𝗳𝗶𝗻𝗲 | 𝗅𝖾𝖾 𝗁𝖾𝖾𝗌𝖾𝗎𝗇𝗀 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfic"Dia seorang yang sempurna, tetapi dia tak tahu" Seorang lelaki yang berjaya menarik perhatian Ha Minseo. Setiap apa yang lelaki itu lakukan, semua dia ikuti. "Kita kan kawan ?" "Saya tak nak berkawan dengan awak" Dari sebuah persahabatan ke perh...