𝗘𝗣𝟬𝟳 | 𝗹𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶 𝗱𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗶𝘁𝘂

170 36 74
                                    

Mahu rambang mata Minseo dibuatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mahu rambang mata Minseo dibuatnya. Pelbagai barangan dan perhiasan dipamerkan atas meja peniaga - peniaga di pasar pagi itu. Dia tersenyum lebar teruja.

Heeseung menyelukkan tangannya ke saku seluar. Wajah ceria milik Minseo dikerling sekilas. Kepalanya menggeleng kecil lalu memandang jalan hadapan semula.

"Heeseung, awak-" kata - kata Minseo terhenti saat tubuhnya ditarik ke dalam dakapan lelaki tersebut.

Dagu runcingnya terhentak lembut dengan pangkal kepala milik Minseo. Gadis itu merenung kosong butang putih baju Heeseung yang berada betul - betul di depan muka. Kelopak matanya berkelip tak menentu seiring dengan jantung yang berdengup kencang.

Bunyi geseran tayar kereta sorong ditolak atas jalan tar menyinggah telinga kirinya. Seorang lelaki separuh abad sedang laju menolak sebuah kereta sorong yang penuh dengan kotak tanpa melihat kiri kanan.

Mujur dia ditarik Heeseung tadi. Kalau tidak mahu patah tulangnya dilanggar.

"Lain kali jalan tengok depan. Bukan berangan" ucap jejaka dingin itu selepas pelukan mereka dileraikan.

Minseo hanya menggangguk. Terlalu gugup untuk menjawab. Sebuah dengusan terdengar dari hidung lelaki tersebut.

"Menyusahkan" decitnya lalu berjalan pergi.

Minseo mengejar tanpa banyak soal. Rasa hangat dipeluk tadi masih tersisa di jasad. Dia seperti berada di awang - awangan. Wangian tubuh Heeseung pula masih menari - nari di rongga hidung.

Kepalanya menunduk malu. Bibir merahnya diketap segan.

"Aduh !"

Kepala yang menunduk tersebut digosok sakit. Akhirnya Minseo mendongak untuk melihat dinding lembut yang dilanggar tadi. Wajah kelat Heeseung menerpa pandangannya. Mata lelaki itu tajam menikam dia yang rendah di bawah.

"Aku cakap tengok depan kan ?" soalnya seperti sedang menahan marah.

"So-sorry !" bibir Minseo terjuih tanpa sedar. Lagipun dia bukan sengaja mahu berlanggaran dengan tubuh tegap Heeseung.

Ingat aku suka sangat ?

Tangan kecilnya direntap lembut. "Jalan dengan aku" dia ditarik untuk berdiri bersebelahan dengan Heeseung.

Mereka kini berjalan beriringan dan berpegangan tangan. Waktu itu, Minseo merasakan hari ini hari yang bertuah buatnya. Adakah Heeseung mula sukakan dia ? Mereka boleh berkawan selepas ini ? Sama seperti yang lain ?

Pelbagai soalan muncul di minda.

Dia memandang Heeseung sekali lagi. Lelaki itu masih serius sedang memerhati kawasan sekeliling. Berbeza dengannya yang mudah leka.

Senyuman manis terukir dan dia mulai sambung menimati pemandangan sekitarnya.

Sebuah gerai yang menjual perhiasan wanita menarik perhatian sang gadis. Tanpa sengaja, dia melepaskan pegangan tangan mereka tadi hanya untuk mendekati gerai tersebut.

Tak sampai beberapa detik, pegangan itu kembali mencengkam lembut membuatkan Minseo berpaling.

"Kau nak pergi mana ?"

Entahlah. Bagi Minseo, nada suara Heeseung kini kedengaran seperti sedang khuatir.

"Er- gerai tu" tangannya menunding.

Heeseung memeriksa kawasan tersebut dari jauh. Orang ramai berpusu - pusu ke situ memandangkan gerai - gerai berdekatan dengannya menjual makanan. Ada yang tertolak ke kiri kanan kerana tempat yang padat dan kekurangan ruang untuk berjalan.

Dia memandang Minseo sejenak. Kepalanya menggeleng. "Kita nak pergi beli barang kelab bukan untuk suka - suka"

Gadis itu ditarik pergi sebelum sempat dia membuka mulut.

+×+

Suapan kedua selamat masuk ke dalam mulut.

Minseo melihat tangan kanannya yang masih kemas di dalam genggaman Heeseung. Sejak tadi, langsung tidak dilepaskan. Hinggakan mereka membeli aiskrim pun, lelaki itu masih setia memegang tangannya.

"Heeseung, ahhh" sesudu aiskrim dihulurkan ke wajah jejaka itu.

Heeseung berpaling kemudian pantas mengelak. Tangan kanannya menepis perlahan. "Tak nak" jawabnya pendek.

Suapan itu ditarik dengan wajah masam mencuka. Sudahlah pegang tangan dia hingga mahu lenguh. Bila disuap, ditolak sombong pula.

Aiskrim vanilla di dalam cawan ditikam - tikam benci. Heeseung yang tersedar hanya memerhati tanpa bersuara.

"Awak, boleh tak lepaskan tangan saya ? Nak makan pun susah" dia memujuk.

Heeseung kekal dengan wajah beku miliknya. Dia menggelengkan kepala. "Tak boleh"

"Sekejap saja. Takkan tak boleh ?"

"Tak"

"Sikit ?"

"Tak"

Minseo memuncung. Susah betul nak pujuk lelaki dingin ini. Kalau diletakkan di tepi api pun seperti mustahil untuk cair. Bibirnya mendecit.

"Awak tak penat ke pegang tangan saya ?"

"Tak"

Gadis itu berpaling. Walaupun jawapan tersebut sama sahaja kepada soalan - soalan sebelumnya namun, kali ini terdengar seakan rasa sayang bagi dia.

"Awak suka pegang tangan saya eh ?" dia menyakat mengharapkan perkataan 'ya' sebagai jawapan.

Heeseung kini ikut berpaling menghadapnya. Dia menundukkan kepala membuatkan Minseo mula tak menentu. Bagaimana kalau jawapannya ya ?

Hatinya mula berdebar.

"Tak" jawab Heeseung ringkas.

Minseo mendecit benci. Sengaja mahu beri harapan. Heeseung di sebelah menunduk menyorokkan wajah yang hampir - hampir tersenyum mahu ketawa.

Tangan kecil gadis itu dibawa ke suatu arah. Minseo mendongak.

"Kita nak kemana ?" soalnya. Sejak awal mereka hanya berjalan tanpa henti. Barang kelengkapan yang katanya mahu dibeli langsung tiada.

Soalan tadi terbiar tanpa jawapan.

"Kau cakap kau nak pergi gerai ni" langkah dua pasang kaki itu terhenti di sebuah gerai perhiasan wanita yang kini lengang tanpa pengunjung.

Minseo menekup mulut suka. Gerai di hadapan mereka itu merupakan gerai yang mahu dia singgah sebentar tadi.

Tangannya yang digenggam akhirnya dilepaskan. "Kalau kau sesat aku tak nak tanggung" ucapan itu kedengaran sekadar amaran.

Minseo tersenyum manja. Dia mencapai tangan Heeseung kembali.

"Kalau macam tu jangan lepaskan tangan saya" jarinya menusuk masuk antara celahan jari lebar milik Heeseung.


TBC

𝗽𝗲𝗿𝗳𝗲𝗰𝘁𝗹𝘆 𝗳𝗶𝗻𝗲 | 𝗅𝖾𝖾 𝗁𝖾𝖾𝗌𝖾𝗎𝗇𝗀 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)Where stories live. Discover now