"Heeseung ! Lee Heeseung ! Tunggulah !" kejar Minseo dari belakang.
Heeseung berjalan pergi seakan tidak mendengar panggilan gadis itu. Wajahnya beku berjalan menuruni bukit ke pagar sekolah lalu menghilang di balik tembok.
Bayang lelaki tersebut juga lesap dari pandangan mata. Minseo menunduk mengah menarik nafas sedalam yang boleh. Dia mengelap dahi di peluh. Tak sangka berlari dari kelas mereka hingga ke pagar sangatlah memenatkan.
"Minseo sunbae !" laung seseorang dari belakang.
Minseo berpaling. Kelihatan Jungwon sedang melambai seperti anak kecil kearahnya. Lima orang pelajar lelaki yang dia temui di kelab tempoh hari juga ada berjalan seiring dengannya.
Wajah mereka masing - masing tersenyum manis menegur gadis tersebut.
"Eh, sunbae okay ke ? Muka merah semacam ?" soal Sunoo kerisauan. Dia ikut menunduk mengintai muka Minseo yang berubah kusut.
Minseo mengangguk. Air liurnya ditelan selepas bertakung dek berlari jauh awal tadi. Gadis itu mengemaskan rambutnya lalu diikat toncang satu.
Rasa panas membahang tadi hilang diganti dengan rasa suam - suam sejuk ditiup angin lembut.
"Kejar Heeseung sunbae ke ?" tanya Niki pula sambil memeluk beg galasnya. Minseo mengangguk lagi. Namun kali ini lebih lemah.
"Dia tu kenapa eh ? Langsung tak nak bercakap dengan saya"
Pelajar lelaki itu semua mengangkat bahu menjawabkan soalan Minseo. Masing - masing sebenarnya pelik juga dengan tabiat Heeseung yang berubah secara tiba - tiba.
"Dulu dia okay je. Peramah, suka ketawa, siap boleh melawak lagi" Sunghoon menyeluk tangannya ke dalam poket.
"Tapi lepas Yeobin sunbae pergi perangai Heeseung sunbae terus berubah" sambungnya lagi.
Minseo mengangkat kening. "Yeobin ?" soalnya. Mereka mengangguk. Dia seakan pernah dengar akan nama itu. Selalu terdengar menjadi topik bualan pelajar - pelajar perempuan yang duduk di belakangnya. Tapi tak pula dia bertanya siapakah gadis tersebut.
"Siapa Park Yeobin ?" akhirnya persoalan itu terlepas meniti bibir.
Jungwon mengurut dagu. "Yeobin sunbae tu dulu teman wanita Heeseung sunbae. Mereka berdua pelajar contoh sekolah. Tiap - tiap hari diorang mesti ada berdua. Heeseung sunbae pun tak macam sekarang, dia selalu tersenyum setiap kali ada dengan Yeobin sunbae" dia kemudian senyap.
"Kemudian ? Kenapa Yeobin pergi ?" Minseo ditinggalkan tertanya - tanya sebentar.
"Yeobin sunbae mengandung. Tapi bukan sebab Heeseung sunbae. Sebab lelaki lain" sambung Jake. Dia menyumbat gula - gula getah ke dalam mulut. Minseo pula menanti dengan setia siapa pemberi cerita seterusnya.
Mata Minseo jatuh ke arah Jay. Mereka yang lain memandang lelaki itu juga. Jay mengerling mereka satu - persatu. Masing - masing menjuihkan bibir menyuruh dia menamatkan kisah mereka. Keluhan kecil dilepaskan. Malas untuk dia bercerita tentang gadis itu lagi. Semua yang berlaku sekarang adalah kerana dia.
Jadi mereka sebenarnya telah berjanji untuk tidak mengungkit kisah ini lagi bagi menjaga hati Heeseung sendiri.
"Heeseung sunbae kata dia nak bertanggungjawab. Tapi Yeobin sunbae tolak. Dia bunuh diri dalam rumahnya sebab tekanan dari keluarga dan pihak sekolah. Sejak daripada hari itu Heeseung sunbae salahkan diri dia sendiri atas kematian Yeobin sunbae"
Minseo terdiam. Kenapa lelaki itu mahu salahkan dirinya sedangkan dia tak terlibat langsung dalam kesalahan yang dilakukan Yeobin.
Dahinya berkerut seribu memikirkan motif Heeseung menghukim dirinya sendiri.
"Gila" perkataan itu yang meniti bibirnya.
Sunoo mengangguk sambil memeluk begnya sama seperti Niki. "Kan ? Gila bukan ? Tak sangka pelajar contoh seperti Yeobin subae boleh buat benda macam tu"
"Tsk, Sunoo !" marah sahabatnya yang lain serentak dek mulutnya yang celupar. Sunoo menekup bibir lalu menggeleng meminta maaf.
"Ah, aku tak kira" Minseo menggelengkan kepala. Dia menggenggam beg galas di bahu.
"Yah, Lee Heeseung !!" jerit gadis itu sekuat hati kemudian berlari pecut menuruni tangga mengejar Heeseung yang sudah lama menghilang.
Yang pasti dia mahukan penjelasan lelaki itu sendiri. Takkan hanya disebabkan seorang perempuan, hidupnya mahu dihancurkan. Lagipula tak salah untuk mereka berkawan.
TBC
YOU ARE READING
𝗽𝗲𝗿𝗳𝗲𝗰𝘁𝗹𝘆 𝗳𝗶𝗻𝗲 | 𝗅𝖾𝖾 𝗁𝖾𝖾𝗌𝖾𝗎𝗇𝗀 (𝗰𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝘁𝗲𝗱)
Fanfic"Dia seorang yang sempurna, tetapi dia tak tahu" Seorang lelaki yang berjaya menarik perhatian Ha Minseo. Setiap apa yang lelaki itu lakukan, semua dia ikuti. "Kita kan kawan ?" "Saya tak nak berkawan dengan awak" Dari sebuah persahabatan ke perh...