PART 5

6 1 0
                                    

AUTHOR POV
"Aku nak ikut kau pergi sekolah boleh?" pinta Seungcheol.

Sora yang sedang menyiapkan dirinya memandang Seungcheol di balik cermin. "Tak boleh. Baik kau jaga Niki kat rumah ni. Lagipun aku tengok Niki tu macam dah suka kau."

"Alaaaaa...... Bagi la aku ikut. Aku pun nak tengok sekolah kau macam mana," Seungcheol menayang muka comel.

Sora mengalihkan badannya menghadap Seungcheol. "Ikut suka kau la."

Sora berjalan menuju ke katilnya untuk mengambil beg.

"Bye Niki. Jaga rumah elok-elok ehh. Nah. Makan ni. Kalau lapar jangan sepahkan rumah tau. Aku dah isi penuh makanan dalam ni. Arasseo?" pesan Sora.

"Meow," Niki menggesel kepalanya pada tangan Sora. Manja kucing ni.

"Good kitty," senyum Sora.

🐱🐱🐱

Di depan pintu pagar sekolah
Sora berhenti. Seungcheol juga turut berhenti.

"Kenapa berhenti?"

"Kawan-kawan aku boleh nampak kau tak?"

"Baru sekarang kau nak tanya. Kau jangan risaulah. Diorang takkan nampak aku. Kau sorang je yang boleh nampak aku. Kan kau yang lukis aku."

Sora sekadar mengangguk faham.

"Jomlah masuk."

🐱🐱🐱

Lepas waktu persekolahan
'KRINGG!' loceng berbunyi di sekolah itu menandakan sudah waktu balik. Kebanyakan pelajar sudah keluar dari kelas kerana sudah tidak sabar mahu pulang ke rumah.

"Ra, kau tunggu aku eh? Kita balik sekali," ajak Jungwoo, rakan Sora.

"Ermm sorry Jungwoo. Aku tak boleh balik dengan kau la harini. Aku ada hal. Aku pergi dulu eh. Bye," kalut-kalut Sora mengzipkan begnya lalu meninggalkan Jungwoo yang terpinga-pinga di situ.

"Eh? Dia kenapa? Kalut semacam," tidak berfikir banyak, Jungwoo pun keluar meninggalkan kelas itu.

Tiba di luar pagar sekolah, Sora mencari seseorang.

"Seungcheol-ah! Mana kau?"

"Sora," Seungcheol memanggil Sora dengan suara yang perlahan. Tetapi dia tidak mendengar.

"Sora!" Seungcheol memanggil lagi tetapi dengan suara yang lebih kuat dari tadi.

Sora memalingkan kepalanya ke arah suara tersebut. Seungcheol membuat isyarat untuk menyuruh Sora ke arahnya.

"Laaaaaa kau buat apa dekat situ?"

"Aku tunggu kau lah."

Sora duduk di sebelah Seungcheol.

"So, apa plan k-"

Seungcheol menarik tangan Sora dengan tiba-tiba. Mereka menyorok di belakang perhentian bas itu.

"Kenapa kita menyorok dekat sini?" tanya Sora dengan suara yang sedikit berbisik.

"Nanti orang ingat kau ni orang gila cakap sorang-sorang dekat bus stop," Seungcheol mengintai sedikit untuk memastikan bahawa tiada lagi pelajar yang lalu di situ.

Sora mengangguk perlahan. Dia memerhatikan tangan Seungcheol yang masih memegang tangannya erat. Entah kenapa, dia rasa tidak mahu melepaskan tangan jejaka itu darinya.

"Ok. Diorang dah tak ada. Jom ikut aku," Seungcheol menarik tangan Sora.

Bersambung.....










COMIC •choi seungcheol svt•Where stories live. Discover now