PART 3

8 2 0
                                    

AUTHOR POV
Seungcheol tersenyum senget.

"Kau sebenarnya ada dekat alam mimpi yang kau sendiri pun tak sedar."

Sora mengerutkan dahinya. Alam mimpi? Apa tu?

"Sebenarnya kau tengah mimpi yang kau jumpa aku waktu kau tengah tidur sekarang ni. Bila kau bangun dari tidur nanti, baru kau akan sedar yang kau tengah mimpi pasal aku. Kalau waktu yang macam sekarang ni kau tak akan sedar yang kau tengah mimpi sebab kau jumpa aku sekarang ni dalam keadaan kau yang tak sedar dari tidur. So, sekarang kau faham?"

Sora menggeleng tanda tidak faham.

Seungcheol melepaskan keluhan. "Takpe la kalau kau tak faham sekarang ni. Bila kau bangun dari tidur kau nanti baru kau akan faham maksud aku," Seungcheol menepuk bahu Sora lalu meninggalkan Sora di situ.

Sora masih memproseskan otaknya untuk fahamkan maksud ayat Seungcheol. Alam mimpi?? Apa benda tu???

🐱🐱🐱

Seungcheol memerhatikan segenap rumah Sora. Boleh tahan kecik rumah dia ni. Mak ayah dia tak ada ke?

Di dapur, dia ternampak satu bungkusan yang berwarna ungu. Dia segera menghampiri bungkusan tersebut. Nampak macam sedap. Dia segera mengambil mangkuk yang berbentuk seperti kucing dan menuang makanan tersebut di dalam mangkuk.

Sora yang baru keluar dari biliknya nampak apa yang Seungcheol lakukan dan segera menghampiri lelaki itu. Kelihatan cemas di wajahnya.

"YAHHH! KAU NI AGAK-AGAK LA NAK MAKAN BENDA TU! NI KUCING AKU PUNYALAH!" Sora segera merampas mangkuk tersebut dan menjeling jejaka itu.

'Muka hensem tapi bodoh. Kesiannn,' kutuk Sora dalam hati.

"Manalah aku tau tu kucing punya makanan. Nampak macam sedap aku ambiklah. Nasib aku tak tertelan tadi."

Sora menjeling lelaki itu tajam.

"MEOW! MEOW! MEOW!"

"Ha kau tengok kucing aku ni. Kan dia dah marah sebab kau ambik makanan dia."

"Kau lapar ke?" sambung Sora lagi.

Seungcheol mengangguk sambil memuncungkan mulutnya. Fikir comel la tu.

"Kejap. Aku tengok apa ada kat dapur ni" Sora membuka kabinet dapurnya. Masih ada beberapa paket ramen yang belum dimasaknya.

"Kau nak ramen tak?" soalnya.

Seungcheol mengangguk.

🐱🐱🐱

"Aku masih tak faham la. Apa yang kau maksudkan dengan alam mimpi tu?"

Seungcheol yang mendengar pertanyaan Sora itu tersedak ramen yang dimakannya.

Sora segera mengambil air untuk jejaka itu.

"Kau sekarang ni tengah bermimpi waktu kau tengah tidur," terang Seungcheol setelah meminum air.

Sora masih keliru. "Tidur?? Sekarang ni kan aku ada depan mata kau. Tengah bercakap dengan kau. Aku tak tidurlah."

"Bila kau sedar dari tidur kau nanti, baru kau akan faham maksud aku," Seungcheol menyambung makannya.

Sora hanya mengangguk walaupun dia masih tidak faham.

"By the way, apa motif kau masuk dalam mimpi aku ni?" soal Sora.

Seungcheol tersenyum senget.

"Sebab aku nak tolong kau bagi idea untuk ending komik ni. Aku ada masa tiga hari je. Lepas tiga hari, aku akan diserap masuk balik dalam komik ni untuk pelancaran komik kau."

Sora mengangguk faham.

"So, apa idea kau? Share la dengan aku"

Seungcheol menggeleng. "Tak ada. Bagi aku habis makan dulu lepas tu baru aku fikir," Seungcheol senyum.

Sora mencebik. "Ceh. Ingatkan kau dah ada idea"

Seungcheol hanya senyum menampakkan giginya.

'Hensem jugak laki ni dalam kehidupan sebenar. Pandai jugak aku lukis dia ni. Tapi..... Kenapa macam unta eh?' Sora berbangga diri. Ada masa lagi eh kau kutuk dia. Aku bagitau Seungcheol. Salah kau la sapa suruh lukis dia macam unta. Walaupun muka dia macam unta, tapi dia hensem.

"Kau tengok-tengok aku pahal?" Seungcheol mengangkat kepalanya apabila merasakan ada seseorang yang memerhatikan dia.

Sora yang baru sedar akan kelakuannya memandang Seungcheol.

"A-apa?"

Seungcheol menolak mangkuk yang berisi ramen tadi ke arah Sora. Habis licin mangkuk ramen itu dimakannya.

"Pergi la cuci mangkuk ni. Aku dah habis makan."

"Amboi! Senang-senang je kau suruh aku cuci mangkuk ni ehh?! Banyak hensem muka kau!" Sora memandang Seungcheol tajam.

"Aku memang hensem pun," senyum Seungcheol sambil membuat peace ✌.

Matanya dijulingkan ke atas. Menyampah dengan lelaki di hadapannya ini.

Dia mengangkat punggungnya untuk menuju ke sinki. Setelah habis mencuci, dia menoleh ke belakang untuk meletakkan mangkuk tersebut di rak.

"YAHHH!!" Sora mengusap dadanya kerana terkejut tiba-tiba Seungcheol ada di belakangnya.

"Kau ni memang suka buat aku terkejut kan? Nasib baik aku tak ada sakit jantung," Sora meletakkan mangkuk yang dipegangnya di rak yang disediakan.

Seungcheol gelak. Padan muka!

Bersambung....

COMIC •choi seungcheol svt•Where stories live. Discover now