PART 9

3 1 0
                                    

Waktu malam
Setelah selesai makan malam, Sora dan Seungcheol duduk bersama di katil menghadap jendela rumah. Saja mengambil angin pada waktu malam yang dingin.

"Kau tak ada mak ayah ke? Dari hari first aku masuk lagi aku selalu tak nampak diorang," soal Seungcheol.

"Mak ayah aku ada lagilah. Cuma aku je yang tak nak tinggal dengan diorang."

"Kenapa? Kau ada masalah family?"

Sora menggeleng. "Tak..... aku okey je dengan family aku. Aku bagitahu diorang yang aku nak hidup berdikari. Aku tak nak susahkan diorang. Rumah ni pun ayah aku yang hadiahkan dekat aku. Aku cari duit dengan hasil tempahan lukisan. Aku suka melukis. Duit yang aku ada tu taklah banyak sangat tapi cukup la untuk aku tanggung makan minum aku."

"Ohh," Seungcheol mengangguk tanda faham.

Suasana sepi secara tiba-tiba. Angin kuat dari luar jendela memasuki rumah Sora sehingga langsir rumahnya 'berterbangan' (?) kuat.

"Meow," Niki datang menghampiri Sora. Dia meribakan kucing itu di pangkuannya. Niki memang akan segera ke pangkuan Sora jika dia merasakan 'aura' yang tidak enak di sekelilingnya. Seperti keadaan sekarang.

"Macam dah nak hujan je," Sora melihat ke luar jendela rumahnya. Merasakan angin yang semakin kuat, Sora segera menutup jendela rumah.

Apabila dia menolehkan kembali kepalanya, kelihatan Seungcheol tiada di penglihatannya.

Dia meletakkan Niki di atas katil. Mulutnya tidak henti-henti memanggil nama Seungcheol.

"Seungcheol-ah! Seungcheol-ah! Yah Choi Seungcheol!"

Sora melilau-lilau di sekitar rumahnya mencari Seungcheol. Tidak lupa juga bibirnya tidak henti-henti menyeru nama Seungcheol.

"Choi Seungcheol!"

Tiba-tiba, bunyi guruh kuat berdentam-dentum di langit malam.

"ARGHHH!!!" Sora terduduk di sofa. Dia menutup kedua-dua belah telinganya.

Hujan mulai turun dengan lebat.

"Yah! Kim Sora! Gwaenchana?" Seungcheol muncul secara tiba-tiba.

"Seungcheol! Kau pergi mana?! Aku ingat kau dah hilang!"

"Mana ada. Aku ada jelah kat sini."

Sora menarik kedua-dua lengan Seungcheol dan meletakkan di bahagian lehernya.

"Duduk sini," Sora menepuk pahanya mengisyaratkan Seungcheol supaya duduk di situ.

Seungcheol menurut seperti apa yang diperintahkan oleh Sora.

Sekarang, Seungcheol duduk di atas riba Sora dengan tangannya memaut leher gadis itu. Kedudukan mereka sangatlah rapat seolah-olah mahu bercium.

"Dah, lepas ni tak boleh pergi mana-mana dah. Duduk je rapat-rapat dengan aku," pinggang Seungcheol dipeluk oleh Sora.

Seungcheol ketawa. "Macam mana aku nak pergi kalau kau 'kunci' aku rapat-rapat macam ni?" Seungcheol menggeselkan hidungnya dengan hidung Sora.

"Dah la. Jom tidur," Sora bangun dari sofa dan menarik tangan Seungcheol ke arah katil.

Sora dan Seungcheol tak ubah seperti pasangan kekasih yang duduk serumah. Sora menyelimutkan badannya untuk mengelak dari kesejukan kemudian tangannya memeluk lengan Seungcheol yang sudah baring di sebelahnya.

"Sora?" Seungcheol memandang Sora yang sudah menutup mata itu. Manalah tahu kalau dia belum tidur lagi.

"Nae?" Sora membuka mata. Dia pandang Seungcheol disebelahnya.

Suasana bertukar sepi. Hanya bunyi air hujan lebat kedengaran.

Seungcheol bangun dari baringnya.

Melihat perlakuan Seungcheol itu, Sora juga bangun dari pembaringannya.

"Ap-" belum sempat Sora menghabiskan ayatnya, terdapat satu benda lembut yang mendarat di bibirnya. Bibir Seungcheol dan bibirnya bertemu.

Sora agak terkejut dengan tindakan Seungcheol itu. Namun, dia membalas juga ciuman itu dengan lembut.

Setelah beberapa minit, Seungcheol melepaskan ciuman mereka berdua. Dia tersenyum memandang Sora.

"Itu sebab kau lari dari aku semalam."

Menyedari kata-kata Seungcheol itu, Sora tergelak perlahan. Dia faham maksud Seungcheol.

"Sora, sebelum aku hilang aku nak cakap something,"

"Apa dia?"

"Jaga diri kau baik-baik kat sini. Kalau rindu dekat mak ayah kau, pergilah lawat diorang bila-bila masa kau free. Kalau kau stress, buatlah benda yang kau suka. Janganlah  binasakan diri sendiri buat benda yang kau tak suka. Kau kena banyak berehat jugak."

"Then, tiga tahun akan datang nanti aku yakin kau akan berjaya dalam hidup kau sebagai pelukis komik and kau akan jumpa semula cinta pertama kau."

"Ha? Maksud kau?" Seungcheol ni peramal masa depan ke? Macam mana dia tahu Sora akan jadi pelukis komik yang berjaya? And, pasal cinta pertama tu... apa maksud dia?

Seungcheol tersenyum. Di sebalik senyuman itu ada maksud yang tersirat. "Kau tunggu je tiga tahun nanti."

"And the last one yang paling penting aku nak ucapkan terima kasih dekat kau sebab ciptakan watak aku dalam komik. Terima kasih tunjukkan aku pada dunia kau. Dan terima kasih sebab hadirkan aku dalam mimpi kau. Saranghae Kim Sora," ucap Seungcheol kemudian tersenyum. Ucapan yang pendek tetapi bermakna.

Sora tersenyum mendengar ucapan dari Seungcheol. Masa Seungcheol untuk diserap balik dalam komik hampir tiba.

"Seungcheol-ah, aku pun nak berterima kasih dekat kau sebab tolong carikan idea untuk komik aku. Terima kasih sebab sudi dengar luahan aku. Terima kasih jadi peneman aku kat rumah ni. And terima kasih sebab hadir dalam mimpi aku. Nado saranghae Seungcheol-ah," Sora memeluk Seungcheol seerat-eratnya seperti tidak mahu jejaka itu hilang.

"Dah la. Pergilah tidur. Tadi cakap nak tidur."

"Tak nak tidur."

"Pergilah tidur." Seungcheol membaringkan Sora di tempat tidurnya.

"Dah tidur." Seungcheol menyelimutkan gadis itu.

"Bila aku tidur mesti kau dah hilang kan?"

"Mana ada. Aku ada je kat sini teman kau tidur."

"Tipu. Aku tak nak tidur selagi kau tak hilang depan mata aku."

"Aku tak nak tidur. Aku tak nak tidur. Aku tak nak tidur. Aku.... tak nak...... tidur. Aaaa ku.... taaaak naaaak ti.... dur. Tak nak...... tidur," semakin lama semakin perlahan suara Sora. Gadis itu sudah masuk ke alam mimpi.

Seungcheol yang melihat ketawa perlahan. Lucu melihat perlakuan Sora.

Seungcheol bangun dari katil dan pergi ke arah jendela memerhatikan air hujan yang masih turun. Dia menolehkan kepalanya melihat Sora yang sudah tidur.

'Sora, bila kau bangun nanti aku dah tak ada. Bye. Selamat tinggal Sora,' ketika itu, badan Seungcheol seolah-olah semakin hilang seperti debu dan akhirnya hilang sepenuhnya tanpa meninggalkan apa-apa kesan.

END AUTHOR POV

Bersambung.....










































COMIC •choi seungcheol svt•Where stories live. Discover now