PART 7

6 1 0
                                    

"Kenapa kau bawak aku datang sini?" Sora memandang Seungcheol.

Seungcheol bermundar-mandir di dalam kelas itu.

"Aku sebenarnya dah dapat idea untuk komik tu," Seungcheol berdiri di hadapan Sora sambil memandang wajahnya.

Wajah Sora kelihatan bersinar.

"Idea? Idea apa? Bagitahulah Seungcheol, " Sora sedikit teruja.

"Macam ni," Seungcheol menerangkan satu-persatu ideanya pada Sora. Dia melakar sesuatu di papan hitam itu sambil menjelaskan dengan lebih lanjut. Walaupun lakaran dia tak berapa cantik.

Sora pula mendengar dengan teliti sambil mencatat idea-idea penting yang Seungcheol berikan.

"So? Macam mana dengan idea aku?" soal jejaka komik itu. Dia mengibas-ngibaskan sedikit tangannya akibat debu dari kapur yang dipegangnya tadi.

"Daebak lah idea kau!" Sora menepuk tangannya. Baginya idea Seungcheol sangat memuaskan.

Seungcheol tersenyum senang. "Apa kata kita lakonkan balik apa yang kita dah bincang tadi?"

"Untuk apa?" Sora mengerutkan dahinya.

"Sebagai latihan. Untuk uji kemampuan otak aku berfikir. Kalau kita lakonkan balik, kita bolehlah tahu sama ada idea aku ni berhasil atau tidak. Kita tak boleh bayangkan idea tu dalam kepala otak je. Kita mestilah kena ada angan-angan jugak. Macam kaulah. Sebelum kau buat komik ni mesti kau berangan dulu kan? Sama jugak macam penulis novel. Mesti diorang pun berangan jugak sebelum menulis cerita mereka sendiri."

"Kesimpulannya, jika kita melakonkan balik idea jalan cerita kita akan nampak jalan cerita tu dengan lebih jelas," terang Seungcheol dengan panjang lebar. Dia memeluk tubuh sambil memerhatikan muka Sora.

END AUTHOR POV

🐱🐱🐱

KIM SORA POV
Aku mengangguk perlahan mendengar penerangan Seungcheol. Betul jugak apa yang dia cakap tu. Aku mengaku. Sebelum aku buat komik ni memang aku berangan pun. Aku sebenarnya crush dekat seseorang. Nama dia Lee Taeyong. Senior sekolah aku. Sebab tu la tercetusnya idea aku nak buat komik ni.

Tapi aku tak gunalah nama dia untuk watak hero komik ni. Kang tak pasal-pasal si Jungwoo tu tahu habislah aku. Mesti dia akan beritahu Taeyong punya sebab dia rapat dengan Taeyong sunbae.

"Woi woi. Kau dah termenung sampai mana tu?"

Aku tersentak. Seungcheol melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka aku.

Aku menggapai tangan Seungcheol. "Ok. Aku setuju."

Seungcheol melepaskan tangannya dari peganganku. Dia membetulkan kot sekolahnya dan duduk di kerusi meja sebelah aku.

"Jomlah kita mulakan," ujar Seungcheol. Dia bangun dari kerusinya.

"Kita akan lakonkan part ni," Seungcheol menunjukkan sesuatu yang dilukisnya pada papan hitam.

Aku hanya mengangguk. "Ok. Kalau aku ikut cakap kau, apa yang aku dapat?" aku menanya. Yelah, kita tunaikan permintaan dia kot. Takkan tak dapat ganjaran apa-apa.

"Komik kau akan terkenal satu dunia. Aku yakin seratus peratus," balas Seungcheol dengan yakin.

"Yeke? Boleh percaya ke cakap kau ni?"

"Yes. Aku yakin."

"Ok," hanya itu balasan aku. Seungcheol ni macam yakin sangat. Sekurang-kurangnya bagilah aku duit ke, belanja aku makan ke. Tak pasal-pasal aku jadi pelakon yang tak berbayar.

"Ok. Let's start!"

"Eh? Kejapla. Bagila aku buat skrip dulu. Macam mana nak berlakon kalau tak ada dialog?"

"Heh. Kau jangan risaulah. Aku dah prepare semua ni dari semalam lagi," Seungcheol mengeluarkan sesuatu dari poket kot sekolahnya.

🐱🐱🐱

Seungcheol membuka pintu kelas. Nampaknya, dia betul-betul dalam karakter dia sekarang ni.

"Apa..." aku berjalan beberapa langkah ke hadapan.

"Aku dah lambat tapi.... Ni.... Pasal aku kan?" Seungcheol mengeluarkan sekeping kertas yang sudah direnyukkan dari dalam poket seluar sekolahnya.

Aku dah rasa tak tentu arah.

"Aku...." Seungcheol menggosok leher belakangnya.

"Masa baca ni aku gembira sangat. Kau mengelak dari aku. Malah aku ingat aku dibenci. Tapi resume ni benda lepas," dia berjalan mendekati aku.

"Aku pun tak tau payung ni kau nak kongsi dengan siapa," Seungcheol memerhatikan lakaran yang aku lukis tadi di papan hitam.

"Tapi.... kat sisi kau.... ada aku," Seungcheol menulis namanya bersebelahan dengan nama aku.

Dia pandang muka aku. Aku pun memandang mukanya. Ya Tuhan! Jantung aku berdegup dengan kencang sekarang ni. Pandangan mata dia tu betul-betul menusuk jantung aku.

Aku dah tak senang duduk sekarang ni. Seungcheol memang betul-betul dalam karakter dia sekarang ni. Tolong. Aku nak hentikan semua ni.

Peluh-peluh turun membasahi muka aku. Aku menggenggam kedua-dua tangan aku. Tolong. Aku tak nak buat semua ni.

Aku mengalihkan badan aku untuk lari dari Seungcheol. Aku dah rasa cemas sekarang ni.

"Hei," Seungcheol memegang tangan aku. Taknak aku lari la tu. Aku memandang pegangan itu. Sangat erat. Dia menang taknak aku lari. Seungcheol, tolong jangan buat aku macam ni.

"Ada sesuatu aku tak berpeluang cakap selama ni," aku memandang Seungcheol. Alamak! Kemuncak dah nak tiba. Aku nak lari dari semua ni. Tapi aku tak boleh. Seperti ada sesuatu dari Seungcheol yang menahan aku pergi dari sini.

"Aku suka kau," dia merangkul leher aku sebelum bibirnya mendarat pada bibir aku.

Aku nak lepaskan diri aku dari semua ni!

Satu!

Dua!

Semakin dekat!

Tiga!

Yes! Aku berjaya lepaskan diri aku dari dia. Nafas aku naik turun.

"Seungcheol-ah, a-aku rasa setakat ni je lah. Aku.... balik dulu," aku menolak badan Seungcheol menjauhi aku. Dia memandang aku dengan pandangan yang tak dapat aku tafsirkan. Aku segera mencapai beg aku dan meninggalkan Seungcheol keseorangan di dalam kelas.

Bersambung.....

COMIC •choi seungcheol svt•Where stories live. Discover now