PART 8

4 1 0
                                    

"Kadang-kadang tu ann..... Aku rasa macam tak nak wujud dekat dunia ni. Rasa macam diri ni tak berguna hidup. Aku..... Dah penat nak hidup sebenarnya," Sora memandang Seungcheol lalu mengukirkan senyuman nipis. Senyuman yang membawa maksud bahawa dia sudah penat untuk melalui perjalanan hidup. Hidup terlalu sukar dan menyusahkan baginya.

"Kau patut berterima kasih pada diri sendiri sebab kau dah berjaya harungi pelbagai kesukaran dalam hidup kau. Kau sebenarnya seorang yang kuat Sora. Kau kuat. Kau mampu lalui semua cabaran dalam hidup kau. Kalau kau tak kuat, mungkin kau dah tak ada dekat dunia ni," Seungcheol menepuk bahu Sora memberinya kekuatan dan semangat.

'Terima kasih diri sendiri. Sudah sampai sejauh ini,'

"Gomawo-ya, Seungcheol-ah," ucap Sora. Terbit senyuman manis di bibirnya diberikan kepada Seungcheol.

Seungcheol membalas senyuman itu. "Biasalah, setiap manusia mesti tak akan dapat lari daripada masalah. Mesti ada ujian dalam hidup."

Sora mengangguk. Ada benarnya kata-kata Seungcheol.

🐱🐱🐱

"Kau sukakan dekat seseorang tak?" soal Seungcheol yang sedang menggendong Sora yang berada di atas badannya. Itupun Sora yang suruh. Mengada nak suruh Seungcheol gendong dia. Katanya malas nak jalan kaki untuk pulang ke rumah. Nasibla Seungcheol tu kuat nak gendong dia.

"Aku? Hmm ada," balasnya.

"Sapa?" soal jejaka komik itu lagi.

"Alah, kalau aku cakap pun bukannya kau kenal."

"Alah, bagitahu jelah."

"Hmm yelah yelah. Nama dia Taeyong."

'Taeyong? Cer cita sikit macam mana kau boleh suka dia."

Sora mula membetulkan anak tekaknya. Nak cerita bab-bab crush ni la yang dia suka.

"Actually, Taeyong tu crush aku. Dia senior dekat sekolah aku. Aku minat dia sebab dia leader untuk sebuah kumpulan penyanyi dekat sekolah. Nama kumpulan tu, NCT. By the way, dia rapper tau dalam group tu. Yang penting, dia hensem."

Seungcheol fokus sahaja mendengar apa yang diceritakan oleh Sora.

"Suatu hari, masa aku tengah jalan-jalan sekitar sekolah, aku ternampak dia dekat dance practice room sekolah. Pintu bilik tu terbukak sikit so aku bolehla nampak dia. Masa tu dia tengah practice sorang-sorang kat dalam bilik tu. Aku nak masuk tak boleh sebab hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh masuk. Sejak dari tu, aku minat dia. Macam tu lah ceritanya."

"Kau tak nak confess dekat dia ke?."

"Aku tak terfikir pulak sampai ke situ. Aku just minat dia gitu-gitu je."

"Yeke? Bukan lebih dari tu ke?" senyuman nakal terbit dari bibir Seungcheol walaupun Sora di belakangnya tidak nampak.

Sora menampar belakang badan Seungcheol kuat. "Yah! M-mana ada!" Sora di belakang mukanya sudah merah menahan malu.

Seungcheol tergelak. "Hmm yelah. Takpelah kalau kau tak nak ngaku," Seungcheol tersenyum senget.

Tiba-tiba suasana antara mereka bertukar sepi.

"Aku yakin, suatu hari nanti pasti dia akan notice kau," ujar Seungcheol perlahan tetapi cukup kuat didengari oleh Sora yang berada di belakangnya.

"Ha? Apa? Notice? Maksud kau?"

"Kau tunggu je nanti."

Bersambung.......


















COMIC •choi seungcheol svt•Where stories live. Discover now