PART 12

5 1 0
                                    

Selepas makan minum di kafe tadi, Sora dan Taeyong berjalan-jalan di taman. Kalau ikutkan dia mahu terus balik ke rumah tetapi Taeyong pula mengajaknya untuk berjalan-jalan di taman terlebih dahulu. Sora pun bersetuju untuk mengikutinya memandangkan waktu belum senja.

Mereka duduk di kerusi yang ada di taman tersebut.

Sedang Sora ralit bermain dengan telefonnya, Taeyong menegurnya, "Sora, boleh saya tanya something? "

"Hmm? Apa dia? "

"Kenapa awak nak jadi pelukis komik? "

"Ermm saja nak cipta watak yang tak wujud. Lagipun saya anggap kerjaya saya ni sebagai tempat untuk saya luahkan isi hati. Apa-apa masalah yang saya tak dapat ungkapan dengan kata-kata, saya boleh luahkan dalam karya saya. Melukis juga boleh menghilangkan tekanan saya. "

Taeyong mengangguk.

"Awal tahu tak, kadang-kadang saya harap sangat yang watak komik atau fiksi betul-betul wujud. Kalau mereka wujud di dunia nyata mesti dunia tak sekejam ni kan? "

Taeyong mengangguk mengiyakan.

"Tapi kalau mereka itu wujud, mesti dunia kita indah-indah belaka kan? Tapi tak best jugak dunia ni kalau mereka ada. Tuhan ciptakan dengan berbagai-bagai jenis kan. Kita mesti akan merasai perasaan suka dan duka dalam hidup ni. "

"Betul jugak apa awak cakap tu. Cuma saya rasa macam kalau mereka ada di dunia manusia, mesti tak banyak manusia toksik kat atas muka bumi ni, " Sora membalas pernyataan Taeyong.

"Sebab? "

"Sebab watak mereka diciptakan oleh penulis itu sendiri. "

"Itulah apa yang saya maksudkan dengan isi hati seorang penulis. Mereka meluahkan apa yang mereka rasa di dalam cerita mereka. "

Taeyong terdiam. Dia terasa deep pula dengan kata-kata gadis bernama Sora itu.

"Saya boleh jadi karakter komik awak. Awak nak saya jadi macam Choi Seungcheol dalam komik First Love awak tu? "

"S-sunbae baca komik tu? " soal Sora dengan terkejut. Jadi, selama ini komiknya dibaca oleh crushnya sendiri? Aduh, malulah dia nanti.

Taeyong tergelak kecil sambil mengangguk mengiyakan pertanyaan Sora.

Apa yang dimaksudkan Taeyong dengan menjadi karakter komiknya? Haih ada-ada saja lelaki di sebelahnya ini.

🐱🐱🐱

"Tak sangka awak pakai gelang yang saya bagi tu, " mata Taeyong tertumpu pada gelang di pergelangan Sora. Gelang itu merupakan hadiah yang diberikan oleh Taeyong kepada Sora ketika hari pelancaran komiknya.

"Dah awak yang bagi. Takkan saya tak pakai, " balas Sora. Yalah, hasil pemberian orang haruslah diguna. Kalau tak guna nanti kecil hati pulak pemberi hadiah tersebut.

Taeyong mengukirkan senyuman. "Awak tak perasan sesuatu ke dekat gelang tu? " soalnya.

Gadis itu menilik gelangnya. Dia tidak nampak apa-apa yang menarik pada gelang itu. "Tak ada apa-apa pun. "

Taeyong mencapai tangan Sora dan menunjukkan sesuatu padanya. "Ini. Takkan selama ni awak tak perasan? "

Gelang yang bermanikkan warna baby blue itu ditunjukkan padanya dan ada logam berbentuk hati pada gelang tersebut yang diukirkan huruf TY padanya.

"Selama ni saya fikir ia hanyalah sekadar hiasan sahaja. Ada makna ke di sebalik gelang yang awak bagi ni? "

Taeyong menyembunyikan senyum. Dia menyinsingkan lengan bajunya ke atas sedikit dan menunjukkan sesuatu pada Sora.

COMIC •choi seungcheol svt•Where stories live. Discover now