PART 11

3 1 0
                                    

3 bulan kemudian...

AUTHOR POV
Di sebuah kafe, terdapat seorang gadis di penjuru kafe yang sedang khusyuk melukis sesuatu. Iya gadis itu. Kim Sora.

Gadis itu sibuk melukis di kertasnya sehingga tidak sedar orang sekelilingnya. Tidak lupa juga earphone di telinganya yang membuatkan dia semakin seronok dengan dunianya sendiri. Sesekali mulutnya menyanyi kecil lagu yang didengari di earphonenya.

Kepalanya diangkat apabila ada tangan yang mengetuk meja.

"Eo? Sunbaenim? " Sora mencabut earphonenya.

"Hi Sora, " Taeyong melabuhkan punggung di kerusi sebelah Sora.

"Hi," balas Sora semula. Ini kali kedua dia bertemu dengan Taeyong. Selepas hari pelancaran komiknya tiga bulan lepas, Sora sudah tidak terserempak dengan Taeyong.

"Banyak kali saya panggil awak tapi awak tak dengar. By the way, sedap suara awak menyanyi tadi, " ujar Taeyong. Dia mengukirkan senyuman kepada Sora yang boleh mencairkan mana-mana gadis yang melihat senyumannya itu.

Wajah Sora sudah memerah mendengar pujian Taeyong. Jantungnya berdegup dengan laju. Tak sangka Taeyong mendengar dia menyanyi tadi.

Lelaki itu tergelak kecil melihat wajah Sora yang sudah memerah.

"Dah lama kita tak jumpa kan? Saya rindu awak, " ujar Taeyong spontan. Matanya tertumpu pada wajah Sora yang cantik itu.

Sora tersentak. "Eo? S-sunbae.... rindu saya? "

Bibir Taeyong tersenyum kecil. "Wae? Salah ke saya nak rindu awak? "

"Eh tak! Tak salah!  " Sora menggeleng laju. Taeyong ketawa melihat kelakuan Sora.

Suasana antara mereka senyap kembali. Sora menyambung kembali kerjanya. Taeyong menghirup air coklatnya sambil memerhatikan Sora yang sedang melukis.

"Awak lukis muka sapa tu? " Taeyong mendekatkan mukanya dengan Sora.
Gadis itu tidak menyedari bahawa dirinya terlalu dekat dengan Taeyong. Dia terlalu fokus pada kerjanya.

"Lee Taey..... Lee Taemin! " Sora mengangkat semula kepalanya apabila dia tersedar bahawa dia hampir-hampir sahaja menyebut nama Lee Taeyong.

"Lee Taemin! Itu karakter utama untuk komik terbaru saya nanti, " dia membalas semula dengan bersungguh-sungguh.

Taeyong sekadar membalas dengan anggukan.

Sora yang baru menyedari bahawa dia terlalu dekat dengan Taeyong menjauhkan sedikit dirinya. Degupan jantungnya semakin lama semakin laju apabila dekat dengan lelaki itu.

"Sora..... " panggil Taeyong lembut.

"Nae? " Sora memandang Taeyong di sebelahnya.

"Joahae."

"Hmm?? " Sora mengangkat kedua-dua keningnya. Apa dia salah dengar? Taeyong sukakan dia?

Taeyong ketawa. "Saya suka awak lukis gambar ni. Handsome. "

Sora ketawa kekok. "Ah nae... gomawo, " balasnya. Ketika ini, muka Sora sudah naik merah akibat terlalu malu. Jantungnya juga berdegup laju bagaikan baru sahaja lari marathon.

Taeyong ketawa geli hati dengan Sora. Dia sengaja mahu menyakat gadis itu. "Anyway, lukisan ni macam muka saya je, " ujar Taeyong. Dia mendekatkan mukanya untuk melihat lukisan itu dengan lebih jelas.

Secara automatik, tangan Sora yang sibuk bekerja berhenti bergerak. "Iya ke? Ma-mana ada. " Sora buat-buat ketawa untuk menghilangkan rasa gemuruh di hatinya. Dia tidak mahu pecah rahsia.

Taeyong menyembunyikan senyum. "Really? " Taeyong mendekatkan dirinya dengan Sora membuatkan kedudukan mereka hampir bercium.

Sora juga sudah tidak mampu menjauhkan dirinya lagi kerana dirinya sudah melekat pada dinding. "Y-yeah." nafasnya bagaikan tercungap-cungap akibat wajah Taeyong yang terlalu dekat dengannya. Haihh..... lelaki ini selalu bikin jantungnya tidak berdegup normal.

Lelaki itu menjauhkan mukanya. "Okay."

Setelah itu, Sora menyambung semula kerjanya tadi. Serius talk, dia tidak boleh fokus dengan kerjanya jika Taeyong ada di sebelahnya. Memang matanya menatap kertas kerja itu, tetapi otaknya banyak berfikir tentang Taeyong.

Di situasi Taeyong pula, dia memikirkan apa lagi cara atau perkara yang boleh dibualkan dengan Sora agar gadis itu menumpukan perhatian kepadanya sahaja.

Sora mengemas barang-barangnya di atas meja itu dan menjamah kek red velvet yang dipesannya tadi. Dia berbuat begitu kerana dia tidak mahu suasana kekok antaranya dan Taeyong. Dia mahu ajak lelaki itu berbual.

"Sunbae sebenarnya datang dari mana? " Sora memulakan perbualan.

Taeyong tersenyum. Perhatian inilah yang dia mahukan dari Sora.

"Saya sebenarnya dari studio. Sekarang saya jadi trainee dekat syarikat SM ENTERTAINMENT. Dan saya akan debut tak lama lagi sama-sama dengan Jungwoo. Lepas habis practice dekat studio tadi kami ada masa terluang so saya datanglah sini nak minum-minum sikit. Kebetulan masa saya masuk tadi saya nampak awak, so saya duduklah kat sini. " terangnya. Taeyong menghirup air coklatnya.

Sora mengangguk mendengar penjelasan Taeyong. Sampai hati Jungwoo tidak memberitahunya bahawa Taeyong juga menjadi trainee bersamanya.

Perbualan mereka diteruskan lagi dengan pelbagai topik yang lucu. Gelak tawa menghiasi wajah mereka. Ada kalanya Sora tertawa sambil menolak bahu Taeyong akibat cerita lucu yang diceritakan olehnya.

Bersambung......
























COMIC •choi seungcheol svt•Where stories live. Discover now