PINTU Mini Copper yang baru dibuka, ditutup oleh sepasang tangan. Dia dihalang masuk. Dipandang tidak puas hati lelaki yang memakai tshirt hitam dipadankan dengan jeans biru laut. Memakai kasut sneaker dan rambut disisir kemas. Hidung terhidu wangian yang dipakai.
Wangi!
Tapi sayang, kewangian itu tidak dapat meredakan perasaannya.
"Kita dah putus. Apa lagi yang awak nak?"
Kepala digeleng.
"Tolonglah Izi. Jangan buat saya macam ni. Saya sayang awak." Merayu.
"Saya dah tak boleh go dengan awak. Cubalah faham saya."
"Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu?"
Si gadis senyap. Sukar untuk menjawab.
"Bila saya dah sayang awak, awak pergi macam tu je."
"Saya dah tak nak tipu diri saya lagi. Saya tak bahagia dengan awak."
"Sebab kita tak setaraf ke?"
Dipandang gadis yang membetulkan rambut akibat ditiup angin itu. Memakai blouse biru dan skirt bawah lutut. Cantik penampilan gadis yang telah mencuri hatinya. Tapi kecantikan itu bukan penyebab dia mencintai gadis itu.
"Kalau saya kaya macam awak, baru awak akan bahagia dengan saya?"
Diam.
"Jawab Izi."
"Ya!"
Tinggi suara Izyan mahu menyedarkan lelaki itu. Beg jenama Louis Vuitton diangkat lalu bahu lelaki itu menjadi mangsa. Mahu melepaskan rasa sakit hati yang terbuku dengan kedegilan lelaki itu yang tidak faham bahasa.
"Tengok diri kau dengan aku. Tengok! Kita beza. Kau miskin!"
Ditahan telinga dengan cacian itu. Masih sabar...
"Kalau pasal duit, saya boleh cari. Apa yang awak nak saya akan bagi nanti."
"Stop! Kalau kau nak buktikan, buktikan sekarang bukan nanti."
"Bagi saya masa. Saya perlukan masa."
Izyan senyap. Bukan berfikir tapi mahu menenangkan hati. Jantung kembali berdegup kencang. Mereka sudah bahas isu ini tadi. Tetapi lelaki itu yang tidak dapat terima hakikat. Ini yang buatkan dia makin panas hati.
"Saya takkan boleh lupakan awak. Awak perempuan pertama yang saya cinta. Kalau awak pergi, saya tak tahu hidup saya macam mana nanti." Masih memujuk.
Tangan kanan diangkat. Tidak mahu lelaki itu meneruskan bicara.
"Antara kita tak ada jodoh. Awak pergilah cari perempuan yang boleh terima diri awak. Yang betul-betul setaraf dengan awak. Yang ada SPM, yang kerja gaji RM 1000 sebulan, yang ada motor buruk! Bukan cari perempuan yang high maintenance macam saya. Tolongkan sedar diri, awak miskin tapi nak perempuan yang high class!"
"Awak tahukan saya betul-betul ikhlas cintakan awak. Saya tak pernah pandang harta awak."
"Saya yang tak ikhlas dengan awak."
Dipandang lelaki itu beberapa saat lalu pintu kembali dibuka. Meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta, tidak menunggu lama enjin dihidupkan. Sebelum Mini Coppernya bergerak dipandang lelaki yang berdiri di sebelah motor jenama Kriss itu.
Mata mereka saling bertatapan. Dapat dilihat air mata lelaki itu gugur. Bibir tersenyum sinis lalu gear dimasukkan.
Cukup. Kisah antara mereka sudah tamat.
*Terima kasih sudi baca ❤️ Jangan lupa vote ⭐dah tambah cerita ni dalam playlist reading anda k❤️
YOU ARE READING
DENDAM BEKAS KEKASIH
Romance"Awak pergilah cari perempuan yang boleh terima diri awak. Yang betul-betul setaraf dengan awak. Yang ada SPM, yang kerja gaji RM 1000 sebulan, yang ada motor buruk! Bukan cari perempuan yang high maintenance macam saya. Tolongkan sedar diri, awak m...