PART 6 : MANGSA KURUNGAN

1.5K 40 0
                                    

CELIK. Izyan terjaga daripada lena. Pandangan suram menyapa mata.

Blank!

Beberapa saat dia mamai. Masih terfikir apa yang jadi. Cuba mengingati sesuatu tetapi gagal. Sudah jam berapa? Di mana dia sekarang?

Kiri kanan dipandang. Tempat ini terasa asing. Seingatnya dia berada dalam kereta bersama Rafiqi.

Rafiqi?

Mana lelaki itu? Kenapa tinggalkan dia sendirian? Apa Rafiqi sudah balik setelah membawanya ke hotel? Tapi bukankan tadi dia diculik? Atau itu hanya ilusinya?

Comforter yang membungkus tubuh ditolak. Namun hanya beberapa saat sebelum tangan kembali menarik comforter menutup tubuh. Mata membulat. Terkejut saat melihat dirinya yang tidak lengkap berpakaian. 

Kemejanya tidak berbutang sehingga memperlihatkan pakaian dalam.

Siapa yang membukanya?

Tangan naik menyentuh kepala.

Mana tudung?

Tudungnya pun tiada. Rambut yang berserabai ditolak ke belakang sedangkan saat bertudung dia akan menyanggul kemas rambut.

Apa yang jadi?

Kenapa dia tidak sedar apa-apa?

Mata mula memandang sekeliling sebelum jatuh pada satu susuk tubuh yang duduk sambil menyilang kaki di sofa tunggal. Betul-betul duduk di hadapannya. Ternyata dia tidak sendirian dalam bilik ini.

Mata ditajamkan untuk melihat empunya badan, tetapi kerana kesuraman bilik mata gagal meneka.

Tapi dia tahu orang itu turut memandang ke arahnya dan apabila orang itu bangun lalu berjalan mendekat comforter diangkat menutupi tubuh yang terdedah.

Perlahan-lahan wajah itu makin kelihatan dan...

"Zahrin?"

​"Tak sangka kau masih ingat nama aku."

​Diam.

Jantung berdegup kencang saat mata melihat lelaki yang segak berkot hitam itu. Dia tahu ini bukan mimpi.

Tapi apa semua ni?

Kenapa lelaki itu boleh berada di sini?

Silap.

Kenapa dia boleh berada di sini dengan Zahrin. Mana Rafiqi?

​"Kau buat apa dengan aku?"

​"Buat apa yang aku patut buat...dari dulu."

Mendengar jawapan itu, tidak menunggu lama tangan pantas mencapai bantal lalu dibaling ke wajah itu. Air mata mula bertakung.

"Tak guna kau!"

​Bantal berjaya disambut dengan senyuman sinis. Dengan selamba dilabuhkan duduk di birai katil lalu bantal diletakkan atas paha itu. Wajah kemarahan itu dipandang.

"Apa khabar? Lama tak jumpa. Sekejap je dah lapan tahun, kan."

​Soalan dibuat tidak dengar. Mata memandang sekeliling.

"Mana tudung aku?"

​"Nak buat apa? Dulu kau..."

​"Diam! Kau dengan aku dah lama habis."

​"Itu bagi kau."

​"Sebab tu kau muncul...kau nak balas dendam?"

​Hanya senyuman sinis yang diperolehi sebagai jawapan.

"Kau jangan ingat kau boleh terlepas. Aku akan report polis."​

Telefon miliknya diletakkan atas tapak tangan Izyan.

"Sebelum report apa kata kau tengok ni dulu."
​Sebuah video yang dimainkan buat mata Izyan membuntang. Tidak menunggu habis, telefon dibaling ke dinding. Pecah.

​"Kau tahukan apa nasib kau kalau aku sebarkan video tu..." Tidak sempat Izyan membuka mulut, Zahrin berkata. Wajah selamba dan tenang dipamerkan.

​"Kau nak apa?"

​"Kahwin dengan aku."

​Pandangan mereka bersatu.

DENDAM BEKAS KEKASIHWhere stories live. Discover now